Beras ada kutu, nak dibuang boleh lah jemur. Tapi, kalau gula dimasuki semut, takkan nak jemur juga kan? kang lain jadinya. Kebiasaanya ramai akan hentak-hentak je bekas berisi gula tadi untuk halau semut tu. Tapi, selalunya tak semua akan keluar dan makan masa juga.
Ameera ada cara yang lebih mudah untuk atasi masalah semut dalam gula. Cara Mudah Keluarkan Semut
1. Ambil balang gula yang penuh dengan semut kemudian letak beberapa batang kulit kayu manis di dalamnya.
2. Biarkan balang atau plastik berisi gula terbuka supaya semua boleh keluar.
3. Selepas satu jam semut dalam balang akan hilang dari balang. Jika masih ada, biarkan lagi kulit kayu manis di dalamnya hingga semut tiada.
4. Sebaiknya periksa jika ada semut m4ti yang tertinggal dalam bekas gula, keluarkan sebelum ditutup ketat.
Baca juga: Pembasmi Semut Dan Lalat “Homemade” Guna Cuka Dan Sabun Pencuci
HUKUM MINUM ATAU MAKANAN BERSEMUT
Sebagaimana yang kita tahu, semut adalah binatang yang tidak mengalir darah. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun masuk semut dalam minuman atau makanan hukumnya terdapat dua keadaan.
Pertama, semut masuk dalam keadaan sudah mati. Semut itu sudah tentu menjadi bangkai. Jika bangkai semut masuk dengan ikhtiar manusia seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut ke dalam air minuman, maka air tersebut menjadi najis dan tidak boleh diminum.
Sebaliknya jika bangkai semut masuk di dalam air minuman bukan kerana ikhtiar manusia, seperti ditiup angin, selagi tidak mengubah sifat air maka ia boleh diminum dengan syarat membuang dahulu bangkai semut tersebut.
Kedua, jika semut yang masih hidup masuk ke dalam minuman, kemudian ia mati sendiri di dalam air dengan sebab ikhtiar manusia, maka air itu menjadi najis dan tidak boleh diminum.
Ini mungkin boleh berlaku jika air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut yang hidup. Atau mungkin kerana memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut hidup.
Sebaliknya jika bukan dengan ikhtiar manusia seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka minuman itu tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu telah dibuang dahulu.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI