
Jangan Main Redah ‘Sign Loan’ Beli Rumah, Salah Pilih Bank Rugi Beribu Setiap Tahun. Apabila merancang untuk membeli rumah, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah pinjaman perumahan daripada bank.
Terutamanya dari segi kadar faedah dan aspek lain yang tersembunyi. Kena saring semua bank dan buat keputusan yang terbaik. Jangan terburu-buru hanya terus ‘sign’ kerana salah pilih bank boleh buatkan pemilik kediaman rugi beribu setiap tahun.
Baca perkongsian daripada Perunding Hartanah, Zam Sani ini sebagai rujukan.
APRIL 2025: Bank Mana Paling Untung untuk Loan Rumah?
Kalau korang plan beli rumah sekarang, jangan main redah je sign loan. Tengok betul-betul kadar faedah. Salah pilih bank, rugi beribu setiap tahun.
Realiti di Pasaran Sekarang
- OCBC, BSN, CIMB, RHB antara yang tawarkan kadar bawah 4% untuk pinjaman atas RM300K.
- Public Bank, AmBank, BSN (loan kecil) antara yang paling tinggi boleh cecah 5.5% untuk pinjaman rumah bawah 100k!
- Bank macam HSBC, Affin, Standard Chartered pula ikut skor kredit kau. Kalau profil cantik, boleh dapat deal menarik. Kalau tidak, bayar lebih.
Persoalannya? Kenapa beza jauh sangat?
Sebab bank tak tengok jumlah pinjaman je, tapi;
– Skor kredit (CTOS/CCRIS)
– Komitmen sedia ada
– Ada pakej MRTT atau tidak
– Status pekerjaan & gaji
Apa Patut Buat?
1. Elakkan loan bawah RM100k, kadar selalunya tinggi.
2. Kalau boleh, combine loan suami isteri untuk capai RM300K ke atas.
3. Check skor kredit dulu sebelum apply.
4. Bandingkan bank berdasarkan keperluan kau, bukan ikut cakap ejen.
5. Cari bank yang tak paksa beli produk sampingan (MRTA tinggi, kad kredit dll.).
Jangan tengok kadar je. Tengok juga syarat tersembunyi. Ada bank letak kadar cantik, tapi ikat MRTT mahal, loading fee tinggi, atau penalty lock-in 5 tahun.
Kalau serius nak beli rumah, saring dulu semua bank. Jangan biar bank tentukan nasib kewangan kau.
Nak mudah, contact mortgage specialist atau tanya ejen berpengalaman yang neutral dan bukan ejen bank.
Disclaimer: Info ini dikumpulkan dari sumber terbuka sebagai rujukan umum sahaja. Kadar tertakluk kepada kelulusan dan profil pemohon. Hubungi pegawai bank atau mortgage advisor anda untuk info terkini.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca: Ketahui Proses ‘Refinance’ Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah Untuk Dapatkan ‘Cashback’ Tutup Hutang Lain
Baca Lagi Di Sini: Mengapa Golongan Umur Lebih 25 Tahun Tidak Digalakkan Membuat Pinjaman Rumah Untuk Tempoh 30 Tahun?
Artikel Menarik: Pro & Kontra Buat Pinjaman Bersama Beli Rumah, Peluang Lulus Bank Tinggi Tapi…
IMPIANA: Jadi sebaiknya sebelum tandatangan untuk pinjaman rumah, lihat kadar faedah dan pilihan bank yang betul untuk membuat pinjaman. Ia memberi kesan jangka panjang dan boleh rugi beribu setiap tahun.
Sumber: Zam Sani
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI