Pemilihan warna cat untuk kediaman sangat penting kerana ia menentukan keceriaan dan keharmonian seisi keluarga.
Menurut pakar, Nor Hanita Mohd Shariff, Ketua Perunding Psikologi & Kaunseling, Pusat
Transformasi Kendiri, Personaliti & Imej@TWINsTALK Studio, Shah Alam, warna mampu
meningkatkan kualiti dan keharmonian kehidupan kita. Justeru itu, salah satu cara untuk
rumah tangga ceria dan harmoni adalah melalui ‘Warna’.
Daripada perspektif rumah tangga, warna dapat membangkitkan emosi kasih sayang, keyakinan, keberanian, ketabahan, imaginatif, bertimbang rasa, fokus, bekerjasama dan sebagainya, di mana penggunaan warna sebagai salah satu medium terapi rumah tangga yang dibuktikan melalui penentuan julat frekuensi yang diukur dalam bacaan nanometer dengan menggunakan spectrum analyser.
Beberapa fungsi warna yang boleh bantu dalam meningkatkan keharmonian rumah tangga:
MERAH
- warna merah mempunyai kadar frekuensi 730 -780 nanometer. Warna ini mampu merangsang otak manusia agar lebih bersemangat, berkeyakinan, optimis, berani menghadapi cabaran, kemampuan mempengaruhi, yakin mengambil risiko, menonjolkan diri dan lebih bersifat pemimpin.
- Hiaslah rumah dengan sedikit unsur warna merah seperti bunga, gambar, kusyen, alas meja dan lain-lain bagi membangkitkan mood atau semangat positif.
INGAT!, Janganlah dihiasi semua sudut dekorasi rumah dengan warna merah kerana sekiranya berlebihan warna merah ia berpotensi menjadikan seseorang agak angkuh, keras hati atau sensitif.
MERAH JAMBU
- Bagi menyemarakkan lagi kasih sayang dalam rumah tangga, gunakan kreativiti diri untuk dekorasi rumah dengan menggunakan warna merah jambu yakni frekuensinya ialah sama seperti warna violet iaitu 308 nanometer – 409 nanometer.
- Hiasi ruang tamu atau bilik tidur dengan warna ini kerana ia boleh meningkatkan perasaan positif yang membangkitkan keceriaan, kecintaan, menghargai orang lain, menenangkan perasaan, riang, berkomunikasi secara berhemah, terbuka, tidak suka melengah-lengahkan sesuatu perkara dan rajin menolong.
BIRU
- Warna biru boleh meningkatkan lagi komunikasi di rumah di mana frekuensinya ialah 490 nanometer – 544 nanometer. Warna biru lebih dikenali sebagai warna yang seimbang.
- Banyakkan warna biru dari segi berpakaian atau dekorasi di rumah untuk meningkatkan lagi elemen karisma dan ciri-ciri seorang pemimpin yang adil, stabil dan suka mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan yang dihadapi.
HIJAU
- Frekuensi warna hijau ialah 545 nanometer – 554 nanometer di mana penggunaan warna ini secara maksimum dapat meningkatkan ciri-ciri seorang yang bijaksana, bersyukur, pemurah, mengamalkan kesederhanaan, suka bekerjasama, seorang yang terbuka dan sentiasa berlapang dada dalam menghadapi sesuatu permasalahan, mempunyai sifat simpati dan penyerahan diri kepada Penciptanya.
- Warna hijau juga mampu mengurangkan stres dan mampu memberi ilham yang baik di samping mampu merehatkan kepada mata yang kepenatan. Bayangkan sekiranya di dalam rumah tangga, tiada langsung unsur hijau dalam dekorasi rumah, warna pakaian atau pemakanan seharian.
PUTIH
- Warna putih (frekuensi 0 nanometer – 279 nanometer) juga adalah yang sering dikaitkan dengan sistem otak yakni kelenjar pineal sebagai kelenjar pertama yang terbentuk di dalam rahim semasa ibu melalui proses mengandung bayinya.
- Penggunaan warna putih dari segi pakaian atau dekorasi rumah boleh mencetuskan unsur spiritual yakni kelebihan mensyukuri nikmat kehidupan. Di samping itu, gelombang yang terdapat pada warna putih membolehkan merangsang ahli keluarga menjadi lebih tenang, bercita-cita tinggi, suka membantu orang lain, kuat berusaha, tabah menghadapi ujian, optimis, suka tepati janji dan mementingkan persaudaraan serta ketuhanan.
Info Tambahan : Warna Rumah
- Pemilihan warna rumah perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana setiap warna menghasilkan gelombang yang berbeza. Seandainya terdapat ahli keluarga yang panas baran, maka kurangkanlah penggunaan warna merah dalam dekorasi rumah sebaliknya gunalah warna kasih sayang seperti merah jambu, biru, violet, hijau atau putih.
Mesti Baca:Ini Cara Semai Ros Jepun Super Mudah Yang Boleh Hasilkan Bunga Merimbun
Baca Lagi Di Sini:Ini Sebabnya Batas Padi Di Vietnam Penuh Dengan Ros Jepun Yang Anda Tidak Tahu
Artikel Menarik:10 Tanaman Renek Berbunga Yang Tahan Panas Dan Cuaca Kering
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi sebelum mengecat rumah atau kediaman cuba praktikkan tip yang dikongsikan ini. Barulah hidup harmoni.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.