Bunga hitam mempunyai elemen estetika yang tersendiri, walaupun secara realitinya tiada bunga yang mempunyai warna hitam asli. Kebiasaannya, bunga yang digelar ‘bunga hitam’ ialah yang mempunyai rona-rona gelap kehitaman seperti ungu, merah atau coklat. Rona hitam menjadi simbolik kepada kuasa, keanggunan, perpisahan dan ucapan selamat tinggal. Maka, tidak hairanlah sejak dahulu lagi, bunga hitam sering menjadi buruan pencinta flora kerana sifatnya yang eksotik. Peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi pula menjadi pemangkin kepada pelbagai jenis hibrid bunga yang hampir berwarna hitam.

Meskipun warna-warni bunga-bungaan dilihat cukup sebagai penghias taman, implementasi bunga-bunga ‘hitam’ sebenarnya mampu menambahkan elemen drama dan misteri kerana warna bunga yang gelap memberikan kontras yang menawan kepada tanaman-tanaman lain yang berwarna cerah, lebih-lebih lagi warna kuning, merah, jingga dan putih. Antara spesis-spesis bunga hitam yang popular ialah:

 

  1. Black Calla Lily (Zantedeschia aethiopica)

Bunga yang berasal dari benua Afrika Selatan ini mendapat jolokan ‘calla’ yang bermaksud      cantik dalam bahasa Greek. Rona maroon dan ungu gelap yang dimiliki calla lily ini       menjadikannya hampir kelihatan seperti warna hitam. Kewujudannya yang nadir berbanding      varian berwarna putih menjadikan spesis ini amat dihargai oleh pencinta bunga.

Jangan Tak Percaya Wujudnya Bunga Berwarna Hitam Di Dunia Ini, Cantik Pula Tu

Ads
  1. Black Tulip (Tulipa)

Bunga tulip hitam ialah spesis bunga hibrid yang memiliki campuran warna ungu, merah wain   atau merah baldu yang hampir kepada hitam. Tulip hitam terbahagi kepada dua kategori iaitu         spesis dan taman. Antara jenis tulip hitam yang banyak ditanam ialah Queen of the Night,            Paul Scherer, Ebony Queen, Nearly Black dan Black Parrot.

Jangan Tak Percaya Wujudnya Bunga Berwarna Hitam Di Dunia Ini, Cantik Pula Tu

Ads
  1. Black hollyhock (Alcea rosea nigra)

Varian hollyhock ini pernah dinyatakan pada 1629 dan ditanam di taman-taman di Monticello    oleh Thomas Jefferson. Spesis tradisional ini sememangnya memukau dengan rona hampir hitam dengan sedikit bayangan merah.

Jangan Tak Percaya Wujudnya Bunga Berwarna Hitam Di Dunia Ini, Cantik Pula Tu

Ads
  1. Petunia

Bunga petunia ‘hitam’ pertama di dunia ini berjaya dibiakkan oleh Ball FlowerPlant hasil           kajian selama empat tahun. Seperti kebanyakan bunga ‘hitam’, ia sebenarnya berwarna ungu     gelap yang hampir menyerupai hitam. Lebih dikenali sebagai ‘Black Velvet’, spesis ini            mempunyai kelopak yang bertekstur seakan baldu.

Jangan Tak Percaya Wujudnya Bunga Berwarna Hitam Di Dunia Ini, Cantik Pula Tu

  1. Hyacinth

Hibrid ‘midnight mystique’ ialah bunga hyacinth hitam yang pertama diperkenalkan pada           tahun 2005, selepas ujian benih selama 16 tahun oleh pakar daripada Thompson and Morgan.   Spesis hibrid ini menghasilkan bunga berwarna ungu hitam yang sangat harum.

Jangan Tak Percaya Wujudnya Bunga Berwarna Hitam Di Dunia Ini, Cantik Pula Tu

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI