20 April 2022, tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pemilik akaun KWSP yang telah memohon pengeluaran khas. Jumlah kelayakkan bagi setiap pemegang akaun KWSP adalah sejumlah RM 10,000.
Menurut KWSP, seramai 5.3 juta pemegang akaun telah membuat permohonan dengan kos keseluruhan adalah Rm 40.1 bilion. Walaupun baru sahaja pembayaran dilakukan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sudah mula menerima aduan dari penerima caruman yang diganggu oleh kumpulan sendikit “scamer”
Menurut Datuk Nadzim Johan selaku ketua Aktivis Persatuan Pegguna Islam Malaysia (PPIM), berdasarkan laporan sendikit tersebut dipercayai mencari mangsa secara dalam talian
Walaupun tiada data rasmi, pihak penerima pengeluran khas KWSP disarankan supaya tidak berkongsi cerita atau gambar bahawa anda telah memohon atau menerima bayaran di mana-mana media sosial.
Baca juga: Status ‘Permohonan Anda Telah Diterima’ KWSP Belum Bertukar LULUS?
“Jadi kita harap mereka yang dapat bantuan khas KWSP ini agar berhati-hati. Jika perlu menyemak status dengan pihak kami, semaklah.
“Ini kerana terlalu ramai di luar sana yang macam nak menerkam sahaja. Sentiasalah berhati-hati,” katanya