Berpindah ke kediaman bujang baru di kota. Ruang kamarnya sekangkang kera sahaja? Bagaimanalah nak hidup selesa jika itu sahaja ruang yang ada? Bagi yang memiliki kamar sebegini kecil jangan resah dan terus membosankan diri. Kuasa warna ada dan mulakan eksperimen anda sendiri jika mahu. Ruang yang kecil wajar dilihat ceria!
Selalunya warna-warna pastel menjadi pilihan. Ia tidak membosakan dan menjadikan kita sakit mata. Ia juga mudah di suai padan dan nampak menyenangkan. Pertama, cari ruang sesuai untuk katil dan kedua ruang menempatkan almari. Maka yang lain anda boleh bermain dengan ruang atau mencari ceruk mana yang boleh dimanfaatkan bagi menempatkan keperluan yang lain. Tempatkan barangan yang penting sahaja.
Jika anda sendiri di kediaman tersebut tidak mengapa. Tetapi jika anda berkongsi ruang, pastikan anda mendapatkan katil bertingkat atau berpoket bagi keselesaan bersama. Tidak lama dahulu katil tarik iaitu disimpan sebagai panel dinding begitu popular dalam menyelesaikan masalah ruang. Jadi ruang kompak anda boleh bertukar rupa dalam sekelip mata sahaja.Simple-simple je di IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Transformasi Dapur Gelap Dalam Masa 3 Hari Jadi Terang
Nama pemilik: Ahmad Hadri Ahmad Rosli
Nama Pereka: IDW Design & Build
Lokasi: Taman Pinggiran USJ, Selangor
Konsep Dapur: Monokrom Terang
Dapur ini pada mulanya berwarna malap serta tidak mempunyai sebarang elemen tarikan semasa menyediakan juadah buat seisi keluarga. Pemiliknya En Ahmad Hadri Ahmad Rosli bercadang untuk menukar dapurnya daripada malap kepada lebih terang serta mempunyai pertambahan dari sudut meja island. Pada masa yang sama dia risau akan impiannya jika dilaksanakan secara sendiri tanpa rujukan pakar, ia akan memakan ruang dapur rumahnya sehingga menjadi sempit dan lebih gelap.
Pemilik kediaman dan dapur ini amat pemurah dan sentiasa bersikap terbuka semasa sesi photoshoot dan temuramah dijalankan antara wartawan serta jurugambar IMPIANA dijalankan. Beliau berkongsi tentang bagaimana hasrat hatinya yang selama ini mahukan sebuah dapur yang indah serta terang untuk membantunya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dalam mahligai yang dibina bersama isteri tersayang.
Menurut En Hadri Rosli, beliau menyatakan bahawa dapurnya mempunyai kadar cahaya yang terhad, berikutan pemilik sebelum ini tidak ada memasang apa-apa lampu tambahan, justeru beliau mengambil pendekatan untuk membuat penambahan sendiri tetapi masih lagi merasakan terdapat banyak kekurangan yang harus diperhalusi semula.
Gelap Berganda
Dapurnya bukan sahaja gelap dari sudut penggunaan cahaya, terdapat juga pemasangan lantai jubin bertona gelap dan tingkap dapur hanya mempunyai satu sahaja sumber cahaya yang masuk dan ianya telah dilekatkan dengan kertas lut gelap untuk memastikan jiran dibahagian belakang rumahnya tidak dapat melihat penghuni rumah dibahagian dalam.
Selain itu, pintu kabinet dapur disebelah atas dan bawah berwarna coklat gelap. Selain itu, elemen praktikaliti juga tidak ada dalam dapurnya walaupun dia ada memasang mini meja kaunter yang hanya boleh menempatkan satu tempat sahaja.
Dibawah ini, IMPIANA buatkan kompilasi selepas dekor, dan untuk maklumat lanjut, ikuti siaran IMPIANA TV di Saluran Astro Prima dan Maya HD pada hari Selasa 1230 Tgh dan siaran ulangan pada pukul 9 malam.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Banglo Mewah Disamakan Dengan Kedai Tom Yam, Alif Syukri Saman Pereka Dalaman
Isi Kandungan
ToggleSiapa tak marah apabila kediaman mewah yang dibina disamakan dengan kedai tomyam.
Tular apabila usahawan dan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri berang dengan kenyataan dikeluarkan oleh seorang wanita yang mendakwa rumah mewahnya itu terlihat murah dek susunan perabot dan perhiasan yang digunakan.
Bidas Aliff, rumah mewahnya itu dihasilkan oleh pereka dalaman terkemuka di dalam Malaysia.
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff atau nama sebenarnya Alif Syukri Kamarzaman, 37, meminta agar individu yang dipercayai merupakan pereka dalaman itu agar tidak memetik namanya semata-mata untuk meraih perhatian ramai.
Cita rasa berbeza-beza
Jelas Aliff lagi, setiap individu memiliki cita rasa yang berbeza-beza dalam aspek mendekorasi rumah.
” Sibuk pula nak komen rumah saya macam kedai tomyam lah, buruk lah. Ini rumah saya, suka hati saya. Awak tak perlu nak sebut-sebut nama saya. Awak nak buat bisnes rekaan dalaman, awak buat. Tapi jangan guna populariti saya untuk naikkan bisnes awak.” ujarnya.
Dalam pada itu, Aliff menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
” Tunggu surat saman daripada saya ya. Saya malas nak bising-bising pasal awak, awak ni jenis terpaling pereka dalaman tau. Awak rasa rumah awak paling cantik, awak buat rumah paling cantik.”
Aliff juga juga mendakwa individu berkenaan tidak mendaftar Malaysian Institute of Interior Designers (MIID) selepas melakukan pencarian di internet.
Maaf Secara Terbuka
Susulan itu, pereka dalaman tersebut telah tampil dengan satu kenyataan maaf secara terbuka menerusi aplikasi TikTok.
Pereka dalaman, Filla Ismail berkata kenyataan yang dibuatnya mengenai rumah Aliff Syukri sebelum ini hanyalah bertujuan untuk ilustrasi, bukan fakta.
Dia tidak berniat untuk menyindir dan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah tehadap mana-mana pihak termasuklah Aliff Syukri. Filla juga mengaku baru tahu bahawa pereka hiasan dalaman untuk rumah jutawan kosmetik itu dalam kalangan profesional.
Pihaknya sangat menghormati dan menghargai sumbangan pihak itu kepada industri hiasan dalaman.
15 Fakta Aliff Syukri Palace
- Konsep rumah Aliff adalah Royal modern classic
- Dibeli pada 2015 dan melakukan pengubahsuaian sepenuhnya pada 2016 dan siap pada April 2018
- Dibeli dari seseorang yang begitu dikenali di Malaysia
- Mempunyai 12 orang pengawal keselamatan
- Aliff Syukri Palace berkeluasan 1 ekar
- Mempunyai 30 buah bilik termasuk gimnasium, surau, bilik kebal dan rumah untuk kucing kesayangannya, Dodi
- Ada Pelbagai bilik, Rumah Aliff dilengkapi bilik ‘luggage’, bilik teater, dining room, ruang pejabat, show kitchen, powder room dan beberapa bilik mandi mewah
- Selain itu ianya turut dilengkapi master jacuzzi room, wardrobe room, bilik barangan kemas, ruang keluarga, pantry, bilik belajar dan second master bedroom
- Bilik Tetamu Yang Mewah. Mempunyai 4 bilik tetamu dimana salah satu daripada bilik tersebut mempunyai 2 king bed dan 1 single bed.
- Hampir disetiap koridor mempunyai gambar Aliff dan keluarga
- Tingkat bawah tanah juga mempunyai bilik, bilik pinggan mangkuk dan kawasan parkir kereta yang boleh memuatkan 8 buah kereta dalam 1 masa
- Tandasnya juga serba mewah dan terlihat arca patung yang berasal dari Itali
- Semua perabot di dalam rumahnya ini diimport dari Itali, Sepanyol, London dan Jakarta hasil pereka hiasan dalaman
- Boleh dikatakan semua perabot dan hiasan rumah adalah bertemakan emas dan edisi terhad
- Bilik teater Aliff direka oleh pereka yang sama membuat TGV cinemas
Mesti Baca:Dekorasi Kediaman Tema Warna Monokrom, Semua Buat Sendiri Tanpa Upah Tukang
Baca Lagi Di Sini:Renovasi RM60K Kediaman Moden Minimalis Tampil Sempurna Dengan Rona Monokrom
Artikel Menarik:DIY Tangga Jadi ‘Monochrome’ Hanya Guna Cat. Hasilnya Memang Menarik!
Sumber: Datuk Seri Aliff SyukriTikTok @Filla Studio
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Idea Laundry Room Ini Bakal Buat Kediaman Anda Lebih Kemas Dan Teratur
Bilik laundry merupakan satu ruang yang semakin popular di kalangan pemilik rumah. Sebuah rumah yang ideal sudah tentu memiliki bilik khas untuk kerja mencuci dan melipat baju.
Jika anda tertanya-tanya manakah bahagian yang paling sesuai untuk kita letakkan bilik laundry ini, perkara pertama yang perlu anda titik beratkan adalah kemudahan. Mudah atau tidak untuk bawa pakaian kotor ke bilik laundry? Serta mudah atau tidak untuk membawa pakaian bersih yang telah dilipat masuk ke almari di dalam bilik? Ada juga yang meletakkan ruangan ini berdekatan dengan dapur atau bilik air mengikut kesesuaian.
Selain itu, point lain yang perlu kita ambil kisah ialah bunyi mesin basuh yang bising. Perkara ini nampak remeh tapi bila keadaan rumah tidak tenang, kita nak buat kerja pun tak boleh fokus. Bagi megelakkan bunyi yang terlalu kuat, boleh lapikkan mesin basuh anda dengan alas anti-vibrasi. Perlu juga kita ingat, kadangkala bilik ini boleh ‘banjir’ tanpa disengajakan. Oleh itu kita perlu lebih peka dan berhati-hati ya.
Mari kita lihat 10 idea menarik untuk bilik laundry anda.
- Sinki, ruang melipat dan tempat menggantung pakaian dikelilingi kabinet kayu warna gelap. Mesin basuh dan dryer disusun bertindih agar dapat menjimatkan ruang.
2. Laundry room bertemakan scandinavian moden serba putih dengan kemasan kayu sebagai counter top ini nampak segar dengan simbahan pencahayaan semulajadi iaitu cahaya matahari.
3. Warna mint green yang dipadankan dengan jubin bercorak geometri nampak lembut dan kemas. Kabinet built-in pula dibina untuk memastikan setiap inci ruang dapat digunakan.
4. Lantai gelap tampak menonjol apabila dipadankan dengan all white interior. Kabinet ceiling to floor di pasang untuk memberi lebih ruang penstoran agar anda dapat meletakkan pelbagai barangan yang berkaitan. Lebih nampak kemas dan tersusun.
5. Tingkap dua daun sebagai focal point ruang memberikan ilusi bilik yang luas. Warna kelabu kabinet sangat cantik digandingkan dengan warna hijau jubin backsplash. Membina laundry room sebenarnya tidak memerlukan ruang yang luas, ia boleh juga kelihatan seperti ruang rahsia yang disembunyikan.
6. Ruang kecil tidak menjadi penghalang untuk anda menyusun atur bilik cucian agar nampak kemas. Gunakan setiap penjuru yang ada dengan bijak agar dapat bergerak dengan selesa ketika melakukan kerja di bilik laundry.
7. Baju, tuala dan bahan cucian tersusun rapi di atas rak yang dipasang cermat. Jubin dinding dipasang agar ruang nampak menarik selain mudah untuk dibersihkan.
8. Rak dinding diisikan dengan bakul untuk baju yang telah dilipat atau barang keperluan di bilik cucian. Penyangkut juga boleh dipasang pada dinding untuk alatan seperti penyapu, penyodok dan berus.
9. Kombinasi warna biru, soft pink dan marble amat sesuai untuk jiwa yang lebih muda. Terdapat juga artwork yang digantung pada dinding untuk menaikkan mood ruang.
10. Layout yang memanjang mungkin membuatkan bilik nampak sempit tetapi dengan penggunaan warna putih dan siling gelap, ruang dapat ditransform menjadi lebih selesa dan tersusun.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI