Bila tetamu datang rumah, seperti biasa barulah kita kemas rumah dan tukar apa yang patut. Keluarlah semua pinggan baru, begitu juga dengan alas meja, telekung dan sebagainya.

Sedangkan bila tiada tetamu kita pakailah pinggan plastik dan pinggan kaca lama malah ada yang sumbing.

Perkongsian daripada Nurlia Mohd Nor ini mengingatkan kita bahawa tak perlu tunggu tetamu datang untuk menyediakan yang terbaik. Seharusnya kita merai ahli keluarga terlebih dahulu dengan perkara terbaik yang kita ada.

3 perkara ini tak perlu tunggu tetamu datang baru guna

 

1. Pinggan mangkuk cantik untuk keluarga

Pinggan mangkuk untuk kegunaan famili dalam rumah sebolehnya jangan tangkap muat. Kalau raikan tetamu kita keluarkan pinggan mangkuk cantik, sebenarnya di rumah pun sama. Tak kisah la plastik/ kaca tapi kalau boleh seragam.

Jangan Tunggu Tetamu Datang Baru Guna 3 Perkara Ini. Pakailah Setiap Hari

Ads

Biasa kalau ada anak kecil kita guna pinggan plastik kan. Mahal atau murah tak jadi isu, tapi biarlah sedap mata memandang. Sebenarnya ahli keluarga dalam rumahlah yang kita  kena raikan. Takkan tunggu tetamu datang baru suami atau anak- anak dapat merasa guna pinggan cantik

2) Telekung solat kena sentiasa bersih

Pastikan telekung solat kita bersih dan cantik. Mampu beli yang mahal, belilah. Bila nak jumpa orang kita beria pilih baju cantik, siap bersolek bagai tapi bila nak mengadap Allah kenapa tak boleh cantik jugak kan. Tetiba jadi berkira dan cincai saja.

Janganlah pakai telekung yang dah bertahi lalat, yang kuning dan kusam. Murah pun tak apa asalkan bersih. Mak dulu telekungnya sentiasa bersih. Kalau tak sebab reput/ kain dah jarang memang boleh guna lagi. Bila Mak meninggal saya wakafkan telekung- telekung dia yang masih elok di surau- surau.

Jangan Tunggu Tetamu Datang Baru Guna 3 Perkara Ini. Pakailah Setiap Hari

Ads

 

3. Sejadah pun kena cuci

Ada masa sejadah perlu dicuci. Jangan biarkan berbau kepam. Macam mana kita nak perkara lain pun cantik dan elok, sama jugalah dengan sejadah. Nak menghadap Allah jangan ambil mudah. Sampai masa kalau perlu tukar baru, tukarlah. Baju boleh beli dan tukar, kenapa sejadah tak bolehkan.

Jangan Tunggu Tetamu Datang Baru Guna 3 Perkara Ini. Pakailah Setiap Hari

Ads

 

Beberapa hari lepas saya beli set pinggan mangkuk ni memandangkan set pinggan mangkuk yang kami guna seharian dah banyak yang sumbing dan pecah.

Suami saran beli yang baru. Senang, tetamu datang pun guna yang sama, orang dalam rumah pun pakai juga yang itu juga. Harta benda dah beli, sila guna.

Sumber: Nurlia Mohd Nor

Mesti baca: Tak Jemu Mata Memandang, Dekorasi Rumah Flat Tampak Elegan, Cantik & Kemas

Baca lagi: Rumah Kecil Atau Besar Bukan Penentu BAHAGIA, Deko Ikut Kemampuan Asalkan Kemas & Tenang

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI