Bagi anda yang pernah atau telah membuat pinjaman rumah bersama bank untuk satu jangka tempoh masa yang lama, sudah pasti ada di kalangan anda yang pernah ditawarkan pembiayaan semula pinjaman oleh pihak bank sebelum.
Seperti sedia maklum, apabila anda ditawarkan pembiayaan semula pinjaman, sudah pasti anda akan berdepan dengan tempoh pembiayaan pinjaman yang lebih lama dan panjang. Tetapi adakah anda benar-benar mengetahui kesan yang bakal anda hadapi sekiranya berbuat demikian atau anda sememangnya digalakkan untuk membuat pembiayaan semula pinjaman rumah anda?
Maka oleh itu perkara tersebut sudah semestinya menjadi persoalan orang ramai antaranya kesan jangka masa panjang khusus bagi mereka yang mahu melakukan pembiayaan semula pinjaman rumah bersama bank.
Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan perkara tersebut di bawah program khas yang bertajuk ‘Syoknya Petik Di Laman Sendiri’ bersama para penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Puan Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama panel tetamu jemputan istimewa iaitu Encik Faisal Ja’afar selaku Naib Presiden Kanan Distribution Channel, Perbankan Pengguna Bank Islam Malaysia Berhad.
Ads
Ketika sesi temu bual yang diadakan di Karnival Putrajaya 2022 anjuran Perbadanan Putrajaya, Encik Faisal atau lebih mesra disapa FJ berkata para peminjam amat disarankan untuk melakukan pembiayaan semula pinjaman rumah anda.
“Bagi anda yang umur atau usianya masih muda lagi dalam 30-an sampai 40-an, contoh anda beli rumah itu pada tahun 2017 berharga RM300,000 dengan tambahan pula keadaan situasi sekarang yang semua kos bahan mentah serta buruh meningkat jadi sudah pastinya kalau kita nak beli baharu sekarang kos harganya lebih tinggi.
“Jadi secara tidak langsung, harga rumah yang kita beli pada tahun 2017 itu juga nilai harganya juga akan meningkat. Contoh masa kita beli rumah tu harganya cuma RM300,000, kemungkinan sekarang bila kita semak nilai harganya sudah mencecah RM500,000.
“Di situ kita sudah ada lebihan wang lebihan dalam anggaran RM200,000. Jadi kalau kita sekarang umur masih muda, masih berkerja dan ada keupayaan untuk membayar, anda kena bijak apabila ada wang lebihan atau aset itu kita dibekukan begitu sahaja.
Ads
“Jadi kita kena bijak untuk gunakan wang tunai lebihan itu untuk kita strukturkan segala hutang yang kita ada atau mungkin kita boleh buat pelaburan-pelaburan lain yang lebih menguntungkan.
“Kalau kita masih lagi memiliki keupayaan yang lebih, duit lebihan itu boleh juga kita gunakan untuk membeli aset rumah yang lain,” katanya.
Walaupun anda sememangnya disarankan untuk membuat pembiayaan semula pinjaman rumah, tetapi apa kesan-kesan yang bakal anda hadapi untuk jangka masa panjang? Ketahui kesemua kupasan topik perbincangan ini dengan menonton pautan video episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;
Ads
Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang keemasan merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Anda miliki ruang yang terhad untuk menghias itu semua boleh diatur, kita buat dia bukan dia buat kita ingat tu! Jadi tidak kisahlah sama ada ruang tamu anda sempit atau tidak. Impiana nak kongsikan tip mudah macam mana nak bagi ruang nampak luas dan selesa.
Pilih warna dinding dan lantai cerah, ini mampu memberikan ilusi yang lebih luas selesa kepada pemilik.
Jangan rapatkan perabot dengan dinding serta perhiasan yang lain, biar ada ruang diantara perabaot yang membolehkan ia kelihatan lebih luas.
Pilih kertas hiasan dinding atau cat yang sesuai untuk memberi impak yang luas dalm ilusi ruang tersebut, warna corak amat penting dititik beratkan.
Guna atau gayakan perabot multi fungsi untuk mendapatkan ruang yang lebih sempurna dan pelbagai kegunaan dalam masa yang sama
Pilih saiz perabot yang sesuai dengan saiz ruang kediaman anda, dan kenal pastikan perabot yang penting.
Jangan pakai aksesori / ornamen ruangan yang terlalu besar.
Atur rak buku agar kelihatan kemas dan rapi.
Biarkan tirai jendela anda terbuka untuk membuat ruangan anda terlihat lebih cerah dan luas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Salah satu teknik penjagaan dan merawat rumah kayu adalah dengan menggunakan cat. (kilik sini untuk artikel lengkap). Tapi, tahukah anda cat yang bersesuaian dengan perabot kayu.? Jika dibicarakan mengenai cat kayu, terdapat dua jenis iaitu cat solid yang terus menutupi ira kayu atau cat transparent seperti varnish dan syelek.
Sebelum itu, anda WAJIB faham terlebih dahulu apa fungsi cat terhadap kayu. Cat kayu digunakan bagi melindungi dan memberikan warna. Penggunaan cat pada permukaan kayu merupakan salah satu langkah untuk melindungi kayu dari serangan serangga perosak terutamanya anai-anai.
Namun, untuk cat solid pada permukaan kayu, tidak boleh guna cat biasa yang digunakan pada dinding. Terdapat pelbagai cat khas untuk kayu, tapi yang mana betul-betul berkualiti dan hasilnya menjadi? Berikut, ciri-ciri cat kayu yang perlu diperincikan
Tentukan kegunaan
Seperti cat biasa, kayu juga ada cat untuk kegunaan indoor atau outdoor. Kayu yang sering terpancar dengan terik matahari dan UV cepat kusam. Bagi memastikan fasad dan perabot taman anda tahan lama dan sentiasa cantik, gunakan cat kayu yang dikhaskan bagi kegunaan outdoor
Tentukan jenis warna yang diinginkan
Seperti yang dikatakan sebelum ini, jenis keamasan kayu ada dua iaitu cat solid dan transparan. Jika memilih permukaan cat solid menutupi ira kayu, pilihlah cat minyak. Sebaliknya untuk kemasan transparan, karekter iara kayu perlu ditonjolkan. Jadi, pilihalah varnish atau syelek. Kedua-dua jenis kemasan kayu transparan ini pun hadir dalam pelbagai rona pilihan
Tentukan cara aplikasi
Untuk mengecat permukaan kayu, ada du acara sama ada dengan menggunkan semburan atau sapuan. Setiap kaedah mempunyai kesan yang berbeza. Namun jika anda merancang untuk menggunkan kaedah semburan, peralatan khas diperlukan untuk memastikan permukaan semburan kemas dan rapi
Baiki kerosakan
Jika terdapat permukaan kayu yang berlubang atau rosak, sumbatkan dengan wood filler dan biarkan ia kering sepenuhnya sebelum dicat. Ia untuk memastikan, segala rongga yang buruk dapat ditutupi sepenuhnya. Bila kerja mengecat selesai, barulah permukaan kayu kelihatan lebih kemas
Buang lapisan lama
Permukaan kayu perlukan tuntutan tugas yang lebih untuk memastikan hasil cat yang di lakukan menjadi dan cantik. Jika cat dinding konkrit cukup sekadar lapisan under layer untuk meenghilangkan lapisan cat lama dan memastik cat baru dapat diserap sepenuhnya, untuk permukaan kayu, ia perlu digosok dengan kertas pasir. Jika lapisan lama telah hilang, barulah lapisan cat baru dapat diserap sepenuhnya oleh permukaan kayu
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan, bukan semua orang ada memiliki sebuah kediaman yang besar dengan saiz keluasan ruang dalaman rumah yang luas.
Bagi yang memiliki saiz rumah yang kecil, sudah pasti setiap sudut keluasan ruang dalaman rumah juga adalah lebih terhad termasuk ruang dapur.
Sudah semestinya dengan ruang yang lebih terhad ini, rekaan hiasan dalaman rumah serta kelengkapan dan susunan perabot turut menjadi terhad.
Untuk ruang dapur misalnya, mesti ada segelintir di kalangan anda yang pernah menginginkan sebuah ‘Kitchen Island’ namun angan-angan tersebut tidak dapat dilaksanakan oleh kerana saiz keluasan ruang dapur yang kecil serta terhad.
Tetapi kini ianya bukan lagi penghalang untuk anda memiliki sebuah ‘Kitchen Island’ di ruang dapur.
Ini kerana, hasrat anda untuk memiliki sebuah ‘Kitchen Island’ yang cantik bagi menyerikan lagi ruang dapur anda bukan lagi angan-angan.
Maka, bagi mencapai hasrat dan angan-angan itu anda boleh mendapatkan sebuah ‘Kitchen Island’ yang bersaiz kecil seperti yang tertera dalam gambar di bawah.
‘Kitchen Island’ ini bukan sahaja memiliki saiz reka bentuk yang kecil malah ia juga didatangkan dengan rekaan moden dan ‘minimalist’ yang membuat kelengkapan perabot ini tampak lebih mewah.
Sekiranya anda mahu memiliki ‘Kitchen Island’ yang sama seperti gambar tertera, anda boleh mendapatkan dengan membuat pembelian di aplikasi Shopee. Klik di sini.
Sumber: Facebook Kaki Deko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.