Berita

Jangka Masa Pinjaman Akan Bertambah, Adakah Digalakkan Untuk Membuat Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah?

Share

Bagi anda yang pernah atau telah membuat pinjaman rumah bersama bank untuk satu jangka tempoh masa yang lama, sudah pasti ada di kalangan anda yang pernah ditawarkan pembiayaan semula pinjaman oleh pihak bank sebelum. 

Seperti sedia maklum, apabila anda ditawarkan pembiayaan semula pinjaman, sudah pasti anda akan berdepan dengan tempoh pembiayaan pinjaman yang lebih lama dan panjang. Tetapi adakah anda benar-benar mengetahui kesan yang bakal anda hadapi sekiranya berbuat demikian atau anda sememangnya digalakkan untuk membuat pembiayaan semula pinjaman rumah anda?

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup ‘Ikat Perut’ Demi Mahu Memiliki Rumah Yang Cantik, Adakah Tindakan Wajar Untuk Dilakukan?

Maka oleh itu perkara tersebut sudah semestinya menjadi persoalan orang ramai antaranya kesan jangka masa panjang khusus bagi mereka yang mahu melakukan pembiayaan semula pinjaman rumah bersama bank. 

Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan perkara tersebut di bawah program khas yang bertajuk ‘Syoknya Petik Di Laman Sendiri’ bersama para penonton. 

Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Puan Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama panel tetamu jemputan istimewa iaitu Encik Faisal Ja’afar selaku Naib Presiden Kanan Distribution Channel, Perbankan Pengguna Bank Islam Malaysia Berhad. 

Ketika sesi temu bual yang diadakan di Karnival Putrajaya 2022 anjuran Perbadanan Putrajaya, Encik Faisal atau lebih mesra disapa FJ berkata para peminjam amat disarankan untuk melakukan pembiayaan semula pinjaman rumah anda. 

“Bagi anda yang umur atau usianya masih muda lagi dalam 30-an sampai 40-an, contoh anda beli rumah itu pada tahun 2017 berharga RM300,000 dengan tambahan pula keadaan situasi sekarang yang semua kos bahan mentah serta buruh meningkat jadi sudah pastinya kalau kita nak beli baharu sekarang kos harganya lebih tinggi.

“Jadi secara tidak langsung, harga rumah yang kita beli pada tahun 2017 itu juga nilai harganya juga akan meningkat. Contoh masa kita beli rumah tu harganya cuma RM300,000, kemungkinan sekarang bila kita semak nilai harganya sudah mencecah RM500,000.

“Di situ kita sudah ada lebihan wang lebihan dalam anggaran RM200,000. Jadi kalau kita sekarang umur masih muda, masih berkerja dan ada keupayaan untuk membayar, anda kena bijak apabila ada wang lebihan atau aset itu kita dibekukan begitu sahaja.

“Jadi kita kena bijak untuk gunakan wang tunai lebihan itu untuk kita strukturkan segala hutang yang kita ada atau mungkin kita boleh buat pelaburan-pelaburan lain yang lebih menguntungkan.

“Kalau kita masih lagi memiliki keupayaan yang lebih, duit lebihan itu boleh juga kita gunakan untuk membeli aset rumah yang lain,” katanya.

Walaupun anda sememangnya disarankan untuk membuat pembiayaan semula pinjaman rumah, tetapi apa kesan-kesan yang bakal anda hadapi untuk jangka masa panjang? Ketahui kesemua kupasan topik perbincangan ini dengan menonton pautan video episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;

Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang keemasan merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

 

Published by
Nazar Rafiqhi