Setiap rumah pasti ada ruang menonton, pastinya kita inginkan ruang menonton yang selesa. Bagaimana nak kenal pasti ruang menonton yang selesa. Perkara yang perlu kita ambil tahu adalah set sofa yang kita nak duduk tu haruslah selesa dan boleh duduk lama. Pendek kata empuk.
Bukan set sofa sahaja penting dalam memiliki ruang menonton yang selesa untuk anda miliki. Jarak diantara sofa dan televisyen anda juga adalah perkara yang sangat penting dan ramai yang tak tahu macam mana kedudukan sofa dan televisyen yang tepat.
Jadi, anda perlu pastikan jarak tempat duduk anda dengan televisyen tidak terlalu dekat dan tidak terlampau jauh. Jarak sofa dan televisyen yang betul akan memberikan keselesaan kepada penonton dan tidak memberikan kesan sampingan yang lain seperti sakit mata atau lain-lain.
Ads
Di sini IMPIANA kumpulkan jarak sofa dan televisyen, sudut tontonan, ketinggian televisyen dan pencahayaan yang sesuai dengan rumah anda.
Jarak Sofa Dan TV Yang Selesa
Kebiasaannya, jika anda membeli TV tentu pengeluar akan sediakan manual dan mengesyorkan kepada anda jarak yang sesuai untuk menonton TV. Tetapi jika tidak ada, anda boleh gunakan cara ini untuk menentukan jarak tontonan TV anda!
Saiz skrin diagonal
Jarak sofa dan TV
26″
3’3″ – 6-6″ (1.0m – 2.0m)
32″
3’8″ – 7’6″ (1.1m – 2.3m)
37″
4’3″ – 8’5″ (1.3m -2.6m)
43″
5’3″ – 10’5″ (1.6m – 3.2m)
47″
5’9″ – 11’8″ (1.8m -3.6m)
51″
6’3″ – 12’5″ (1.9m -3.8m)
55″
6’9″ – 12’8″ (2.1m – 3.9m)
60″
7’5″ – 15′ (2.3m – 4.6m)
65+”
8’1″ – 16’2″ (2.5m – 4.9m)
Ads
Sudut Tontonan TV
Sudut tonton maksimum TV akan bergantung pada TV anda dan teknologi yang digunakannya sama ada LCD, LED atau pun plasma.
Ads
Kebanyakan skrin TV menawarkan sudut tontonan TV yang sangat lebar, kira-kira 160 darjah. Justeru, anda boleh melihat imej pada skrin TV dari hampir mana-mana arah sahaja di dalam bilik.
Tetapi untuk tontonan TV yang baik pastikan anda mendapatkan sudut tontonan 45 darjah dari tempat duduk yang anda letakkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan dalam bahagian ruang rumah, meja makan memainkan peranan penting dalam membentuk sesebuah keluarga yang harmoni dan berjaya. Jangan pandang remeh, ia hanya sekadar tempat menikmati makanan & minuman, malahan fungsinya sebenarnya lebih daripada itu. Ada sebabnya meja makan ini layak dijadikan ‘pusat pentadbiran’ dalam setiap rumah.
Jemput baca perkongsian ilmu yang bermanfaat daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, semoga menjadi panduan buat mak ayah dalam membina keluarga.
Berikut antara perkongsiannya;
MEJA MAKAN
Ni meja makan di rumah saya. Anda lihat susun atur atas meja tu. Pinggan plastik dan cawan plastik itu anak saya yang berumur 2 tahun yang susun.
Dulu, Ibubapa saya latih kami adik-beradik beberapa perkara.
1. Tempat Wajib Berkumpul
Bila tiba masa makan, tak kiralah kami lapar atau tidak, dah makan atau belum, kami kena berkumpul di meja makan di dapur. Pada hari minggu, minum petang dan makan malam adalah waktu wajib berkumpul. Pada hujung minggu, semua waktu makan adalah waktu wajib berkumpul.
2. Laporan Harian
Masa makan, adalah masa beri laporan harian. Belajar apa di sekolah, makan apa di sekolah, tonton kartun apa petang tadi, keputusan peperiksaan, dan sebagainya. Masa itu jugalah nak sampaikan pesan apa-apa. Cikgu suruh bawa kertas warna, tarikh mesyuarat PIBG, dan lain-lain.
3. Makan Apa Yang Dihidangkan
Apa sahaja yang dihidangkan, kami kena makan. Tak ada istilah, kalau lauk tu saya tak suka, saya akan dapat lauk gantian (contoh:telur goreng). Jangan berangan. Kalau kami keluar makan pula, kami selalunya akan order makan hidang, jarang ala-carte. Jika order ala carte, kami order makanan lain-lain, tapi pasti kami kongsi supaya semua orang dapat rasa.
Nampak macam ibubapa saya rigid, tapi sebenarnya ada banyak kebaikan dalam amalan yang mereka budayakan ini.
Kebaikan Amalan Ini;
[0] Adik beradik saya, semuanya jadi doktor(seorang masih pelajar perubatan).
[1] Jimat masa dan tenaga. Semua orang makan serentak, jadi perlu makanan hidang sekali dan cuci pinggan mangkuk juga sekali harung.
Di samping itu, waktu makan juga jadi teratur. Ini baik untuk kesihatan tubuh badan.
[2] Ada masa bersosial yang tetap. Aktiviti dan peristiwa harian dilaporkan kepada ibubapa setiap hari. Kerana laporan-laporan ini, ibubapa saya kenal hampir semua kawan-kawan saya dan adik-adik saya. Kami juga sentiasa sepakat dalam membuat keputusan.
[3] Adik-beradik saya tiada yang cerewet bab makan. Kami makan semua aneka lauk-pauk, kuih-muih, buah-buahan, sayur-sayuran, asalkan halal. Ketika anak saya berumur 6 bulan, ibubapa saya dah ajar anak saya rasa(bukan makan) makanan harian yang kami makan. Hasilnya, kini anak saya tak cerewet sangat bab makan. Peria pun dia makan.
Selain itu,
[4] Anak saya membesar lihat atok nenek dia, pakcik makcik dia, ibubapa dia makan pakai tangan dan pakai sudu garfu, jadi pada umur dia 1 tahun, dia dah mula belajar gunakan peralatan. Kawalan motor halus mula dilatih pada usia itu.
Umur dia 2 tahun, dia dah pandai pegang pensel dengan cara yang betul(macam orang dewasa pegang). Saya tak ajar bagaimana nak pegang, saya cuma perlihat macam mana saya pegang pensel.
[5] Pada umur 2 tahun setengah, anak saya dah tahu meja makan adalah tempat untuk berkumpul. Dia tahu bagaimana nak susun atur pinggan dan cawan di atas meja. Setiap hari, jam 10 pm, bila saya balik dari pada kerja. Anak saya akan teman aku makan malam. Tak kiralah dia dah makan ke belum, dia akan makan bersama, atau teman saya makan.
[6] Saya ada pembantu rumah. Selepas makan, pembantu rumah akan kemas meja. Jadi, selepas makan, anak saya akan ambil tisu dan lap meja. Kalau makan di luar pun, selepas makan, dia nak lap meja. Dia lap tak bersih pun. Yang penting dia faham konsepnya.
Pada saya, dalam setiap rumah, meja makan adalah pusat pentadbirannya. Di situlah, rezeki dinikmati. Disitulah diskusi dan perbincangan di lakukan. Disitu jugalah, budaya, disiplin dan sahsiah dibentuk.
Oleh itu, pastikan meja makan di rumah anda sentiasa kemas, bersih dan teratur. Semoga kita semua sukses!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Aktivis Meja Makan
Nota: Jika tiada meja makan, gantikan dengan tikar. Sama sahaja mujarabnya.
Ramai dah tahu resepi baja roti expired ni. Tapi, ramai juga tak tahu bahawa baja roti expired ni mempunyai jangka hayat yang pendek iaitu 14 hari. Tak habis pakai kan rugi.
Antara kegunaan baja roti expired ni adalah:
1. Menghijaukan daun pokok. Amat sesuai untuk pokok yang kurang Nitrogen
2. Menghasilkan saiz tanaman atau daun yang lebih lebar
3. Sesuai untuk pokok yang kedekut bunga
Tapi, En Adam Akmal ada cara nak jadikan baja roti expired tadi boleh tahan selama 6 bulan sehingga setahun. Bahan-bahan dan cara buat tersedia di dalam video Youtube yang dikongsikan oleh En. Adam
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Siapa nak rumah yang catik dan selesa? Mesti semua orang mengidamkan bukan. Tetapi ada pula persoalan yang menjadi tanda tanya dalam situasi kekangan kewangan. Anda kena ingat setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Jika sudah mempunyai niat untuk menghias rumah pasti anda akan mula menabung atau menyimpan dari awal duit untuk merealisasikan impian.
Setiap pemilik mempunyai kehendak dan keperluan yang tersendiri di dalam rumah. Jika inginkan sesuatu kelainan anda harus mempelajari teknik untuk menghias dengan sempurna. Dapatkan inspirasi untuk kediaman anda, yang baru dapat kunci harus rancang apa yang perlu anda lakukan dahulu sebelum anda masuk ke dalam rumah baru.
Ambil langkah sewajarnya untuk mendapatkan rumah yang cantik dan selesa didiami. Jangan asal dan sahaja untuk menghias ni, sebab rumah ni ibarat syurga dunia kita. Jika tak indah di dalamnya pasti anda akan menghabiskan masa di luar berbanding di rumah sendiri. Membeli rumah bukanlah murah dan bukan seperti membeli ikan dipasar.
IMPIANA kongsikan make over kediaman ini, untuk inspirasi pembaca. Kali ini IMPIANA memilih Pakar Hiasan Dalaman pilihan IMPIANA iaitu MAMY HOME dengan projek make over di Cyberjaya yang cukup mengujakan.
.
.
.
.
.
.
.
.
Setiap idea dan impiana anda mampu menjadi realiti. Usah gusar dengan harga, setiap ruang dalam rumah pasti mempunyai bajet yang tersendiri. Anda hanya perlu nyatakan bajet anda pastinya rumah impian anda menjadi kenyataan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.