Setiap rumah pasti ada ruang menonton, pastinya kita inginkan ruang menonton yang selesa. Bagaimana nak kenal pasti ruang menonton yang selesa. Perkara yang perlu kita ambil tahu adalah set sofa yang kita nak duduk tu haruslah selesa dan boleh duduk lama. Pendek kata empuk.
Bukan set sofa sahaja penting dalam memiliki ruang menonton yang selesa untuk anda miliki. Jarak diantara sofa dan televisyen anda juga adalah perkara yang sangat penting dan ramai yang tak tahu macam mana kedudukan sofa dan televisyen yang tepat.
Jadi, anda perlu pastikan jarak tempat duduk anda dengan televisyen tidak terlalu dekat dan tidak terlampau jauh. Jarak sofa dan televisyen yang betul akan memberikan keselesaan kepada penonton dan tidak memberikan kesan sampingan yang lain seperti sakit mata atau lain-lain.
Kebiasaannya, jika anda membeli TV tentu pengeluar akan sediakan manual dan mengesyorkan kepada anda jarak yang sesuai untuk menonton TV. Tetapi jika tidak ada, anda boleh gunakan cara ini untuk menentukan jarak tontonan TV anda!
Saiz skrin diagonal | Jarak sofa dan TV |
26″ | 3’3″ – 6-6″ (1.0m – 2.0m) |
32″ | 3’8″ – 7’6″ (1.1m – 2.3m) |
37″ | 4’3″ – 8’5″ (1.3m -2.6m) |
43″ | 5’3″ – 10’5″ (1.6m – 3.2m) |
47″ | 5’9″ – 11’8″ (1.8m -3.6m) |
51″ | 6’3″ – 12’5″ (1.9m -3.8m) |
55″ | 6’9″ – 12’8″ (2.1m – 3.9m) |
60″ | 7’5″ – 15′ (2.3m – 4.6m) |
65+” | 8’1″ – 16’2″ (2.5m – 4.9m) |
Sudut tonton maksimum TV akan bergantung pada TV anda dan teknologi yang digunakannya sama ada LCD, LED atau pun plasma.
Kebanyakan skrin TV menawarkan sudut tontonan TV yang sangat lebar, kira-kira 160 darjah. Justeru, anda boleh melihat imej pada skrin TV dari hampir mana-mana arah sahaja di dalam bilik.
Tetapi untuk tontonan TV yang baik pastikan anda mendapatkan sudut tontonan 45 darjah dari tempat duduk yang anda letakkan.