Memberi makan kepada burung-burung liar merupakan salah satu cara atau aktiviti yang dapat membantu untuk mengeratkan hubungan seisi keluarga selain anda juga mendapat pahala berpanjangan kerana hasil tanaman anda memberi manfaat kepada makhluk lain. Keseronokan bertambah terutamanya apabila aktiviti tersebut di sertai oleh semua ahli keluarga. Memerhatikan gelagat burung yang sedang makan sedikit sebanyak dapat membantu untuk menghubungkan anda dengan alam semula jadi.
Untuk memastikan laman rumah anda sentiasa dikunjungi oleh unggas yang berwarna-warni ini, beberapa perkara dalam mereka bentuk laman anda perlu dititik beratkan antaranya penyediaan birdbath dan rumah burung sebagai tempat perlindungan. Terdapat beberapa tip yang telah disediakan oleh National Bird Feeding Society untuk menarik minat burung ke laman anda.