Musim hujan kadangkala mendamaikan, dengan suhu yang dingin terasa menyejukkan. Namun terdapat beberapa hal dan urusan harian yang boleh terbantut akibat hujan. Selain perlu sentiasa bersedia dengan payung, hal lain yang akan terganggu akibat hujan adalah jemuran di luar rumah.
Bagi yang mempunyai mesin pengering di rumah, mungkin hal ini tidak menjadi masalah. Tetapi bagaimana pula untuk yang tiada? Bagaimana nak pastikan pakaian cepat kering?
TIP MENJEMUR PAKAIAN KETIKA HUJAN
Ketika hujan, basuhan akan lambat kering dan boleh membuat pakaian berbau hapak atau kepam. Disamping itu, keadaan yang lembab juga boleh menyebabkan timbulnya tahi lalat pada baju.
Jadi, jom kita semak 6 cara untuk menyidai pakaian ketika musim hujan agar permasalahan tadi tidak berlaku.
Ads
1.GUNAKAN PEWANGI/ PELEMBUT PAKAIAN KETIKA MENCUCI Ini adalah bagi memastikan baju tidak berbau busuk walaupun dalam keadaan lembab. Tuangkanlebih sedikit dari biasa, biar bau wangi ini melekat.
2.ASINGKAN PAKAIAN TEBAL DAN NIPIS Sudah tentu pakaian yang lebih tebal akan mengambil masa yang lebih lama untuk kering, jadi seeloknya asingkan siap siap supaya mudah untuk diuruskan.
Ads
3.KIBAS PAKAIAN SUPAYA TIDAK RENYUK DAN BERLIPAT Sejurus keluar dari mesin basuh, kibas pakaian sehelai demi sehelai. Ini bagi memastikan tiada bahagian yang terlipat. Kerana bahagian yang terlipat mungkin akan melambatkan proses pengeringan.
4.GUNAKAN PENYANGKUT BAJU/ HANGER Lebih mudah jika gunakan hanger. Kemudian jarakkan ruang antara jemuran agar aliran udara mudah masuk untuk mengeringkan setiap helai jemuran.
Ads
5.SIDAI DI TEMPAT TERBUKA Elakkan menyidai didalam tempat tertutup yang tiada aliran angin/ udara langsung. Kerana jika tiada aliran udara di tempat menyidai, basuhan akan lebih lambat kering.
6. MANFAATKAN KIPAS ANGIN
Tetapi jika tiada pilihan untuk tempat yang terbuka,boleh juga gunakan kipas angin sebagai alat membantu mengeringkan pakaian.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Nak halau lipan dan haiwan kotor sewaktu dengannya bukanlah satu hal yang mudah. Tetapi jika tidak dibendung, mereka akan bermaharajalela di rumah kita pula. Jadi nak tak nak, kenalah rajinkan diri cari petua dan penawar buat menghapus lipan durjana ini.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Lipan
Lipan amat sukakan tempat atau kawasan lembab.
Lipas dan semut merupakan makanan untuk lipan.
Badan lipan yang leper memudahkannya untuk masuk kedalam rumah melalui celah-celah lubang atau bukaan walau sekecil mana pun.
Lipan akan tertarik dengan kediaman yang tidak membersihkan longkang dan mempunyai air bertakung didalamnya.
Selain itu, laman yang dibiarkan tidak terurus dengan daun kering bertaburan juga boleh menarik lipan.
Lipan rumah biasanya mempunyai kepanjangan 1 hingga ke 2 inci dan bergerak sangat laju.
Lebih besar saiz lipan, lebih bisa sengatannya.
Cara Menghalau & Membasmi Lipan
#1 GARAM
Garam amat berkesan dan efektif untuk menghalau haiwan melata seperti ular dan lipan dari rumah. Anda hanya perlu taburkan garam di kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tempat persembunyian lipan dan biarkan sehingga yakin tiada lagi lipan.
#2 DAUN PANDAN
Selain berfungsi untuk mengharumkan bau nasi yang dimasak, daun pandan juga boleh digunakan untuk megusir lipan. Caranya, hiris daun pandan halus-halus supaya baunya lebih kuat dan letakkan hirisan tadi didalam mangkuk. Kemudian letakkan di setiap sudut rumah kerana bau pandan yang kuat akan membuat lipan tidak selesa lalu keluar dari rumah.
#3 KAPUR BARUS
Kapur barus amat sesuai diletakkan di kawasan lembab yang merupakan tempat kegemaran lipan.
Itulah bahan-bahan mudah yang anda boleh dapati di rumah berkesan menghalau lipan. Selamat mencuba!
Wainscoting merupakan susunan bingkai pada dinding yang tidak hanya kelihatan anggun, malah juga merupakan salah satu perincian atau kemasan hiasan dalaman tertua di dunia. Ia telah menjadi sebuah simbol status dan unsur prestij dalam kediaman. Tetapi zaman semakin maju, wainscoting kini tidak lagi hanya untuk golongan atasan. Sesiapa pun boleh menambah elemen ini untuk kediaman lebih elegan. Malah, anda boleh DIY sendiri hiasan ini dengan bajet yang rendah!
Melalui perkongsian Puan Hazilla Hasan di fb miliknya, pertama sekali anda perlu kenalpasti dinding yang mahu dipasang wainscoting kemudian ambil ukuran berdasarkan rekabentuk yang telah dipilih.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :
“Saya beli kayu wainscoting secara dalam talian sahaja. (Juga boleh didapati di hardware) Ada pembekal sudah potong siap-siap mengikut ukuran tertentu (2,4,5,6 kaki) untuk memudahkan pengguna tetapi saya beli yang panjang dan potong sendiri.
Banyak design kayu utk buat frame tu. Boleh pilih mengikut budget masing-masing. Saya beli yang berharga RM1.70 sekaki.”
“Potong hujung kayu tepat 45 darjah. Saya hanya gunakan sesiku L untuk mengukur.”
“Untuk proses menampla, hanya perlukan gam dan water level. Ukur dengan tepat dan tandakan pada kawasan yang ingin ditampal. Sapu rata gam pada kayu dan beri tekanan selama 2 ke 3 minit agar kayu melekat pada dinding. Boleh gunakan masking tape dan biarkan selama beberapa jam sehingga gam kering.
Periksa jika ada lubang atau gam yang tidak melekat. Gunakan sealent untuk mengemaskan lagi wainscoting.
Langkah terakhir, boleh cat dinding dan wainscoting mengikut kesesuaian konseo kediaman anda. Selamat Mencuba!
Sejak akhir-akhir ni warna pastel menjadi pilihan ramai diluar sana. Pernah dengar bukan bunga Hydrangea atau orang panggil bunga Siti Zubaidah. Cantik kan bunga ni. Terdetik IMPIANA untuk kongsikan perkara ini apabila terbaca satu rencana oleh Pusat Racun Negara, tumbuhan ini walaupun cantik, ia mempunyai bahaya yang tersembunyi.
TRIVIA TUMBUHAN BERACUN – BUNGA SITI ZUBAIDAH (HYDRANGEA)
Pokok bunga Hydrangea merupakan pokok hiasan yang paling sesuai hidup di kawasan tanah tinggi.
Ia semakin mendapat tempat di hati peminat bunga kerana warna bunganya yang lembut.
Selain daripada itu, keistimewaan bunga ini ialah ia mengambil masa selama tiga (3) bulan untuk mekar sepenuhnya dan warnanya akan bertukar-tukar sepanjang masa tersebut.
BAHAN KIMIA MERBAHAYA PADA HYDRANGEA
Namun, dalam kecantikan itu ternyata ada bahaya yang tersembunyi.
Penggemar bunga perlu tahu bahawa bahagian tumbuhan ini terutama getahnya mengandungi hydrangin (sejenis bahan sianogenik glikosid), febrifugine, hydrangenol dan loganin.
Bahan kimia ini boleh menyebabkan
rasa loya
sakit perut
muntah-muntah
cirit birit
lemah otot
sawan
koma
kematian
(*bergantung kepada kuantiti yang terdedah.)
Peminat bunga ini perlu berhati-hati mengendalikannya terutama sekali jauhkan daripada capaian kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan.
Pakai sarung tangan ketika mengendalikan tumbuhan ini dan cuci tangan dan pakaian selepas itu.
NOTA:
1. Macam mana pokok ini beracun? Sentuh je boleh keracunan?
TIDAK, jika terkena cecair / getah baru ada risiko keracunan.
2 . Adkah jika potong pokok ini untuk tanam balik akan keracunan?
Pakai sarung tangan jika berkebun. Segera cuci tangan jika terkena, terutamanya sebelum makan dan minum.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.