Jenama terkenal untuk peralatan rumah premium seperti pengering rambut dan pembersih vakum, Dyson Ltd dilapor sedang mengurangkan operasi di Malaysia, lapor Bloomberg.
Perubahan ini berlaku di tengah-tengah usaha syarikat itu untuk menstruktur semula perniagaannya di rantau ini. Menurut sumber yang enggan dikenali, Dyson sedang merangka langkah untuk memperkemaskan operasi di Johor, Malaysia
Kilang Dyson di Johor
Kira-kira 47 kakitangan daripada kemudahan pembuatan canggih di Senai akan dipindahkan ke kampus pembangunan global syarikat itu di Johor, yang ketika ini menggaji 1,400 orang.
Walaupun begitu, syarikat itu menegaskan bahawa Malaysia kekal sebagai hab global kedua terbesar untuk Dyson.
Menurut kenyataan rasmi Dyson, makmal dan fasiliti di Johor adalah “penting untuk pembangunan dan ujian teknologi masa depan” mereka.
Namun, sumber turut mendedahkan bahawa Dyson berada dalam peringkat awal perbincangan untuk menyemak semula kehadirannya di Malaysia.
Ads
Walaupun keputusan akhir belum dibuat, kemungkinan pengurangan operasi lebih besar tidak boleh diketepikan.
Hubungan antara Dyson dan kerajaan Malaysia didakwa tegang akibat kontroversi buruh yang bermula pada 2019.
Ads
Aktivis hak asasi manusia, Andy Hall, pernah menuduh pembekal utama Dyson di Malaysia, ATA IMS Bhd, melanggar hak pekerja migran.
Untuk indo, Dyson ialah sebuah jenama teknologi terkemuka daripada United Kingdom yang dikenali untuk siri pembersih vakum mereka yang bukan sahaja nirwayar, tetapi juga berkuasa tinggi.
Negara Singapura dikhabarkan sedang merancang untuk membangunkan sebuah menara pencakar langit tertinggi dinegaranya tidak lama lagi.
Menurut sumber Skyscrapers MY menerusi satu ciapan di laman media sosial Twitter memaklumkan bahawa syarikat gergasi internet dari China iaitu Alibaba akan membangunkan sebuah menara pencakar langit tertinggi di Singapura dengan ketinggian hanya 305 meter sahaja.
Ini kerana, maksimum ketinggian bangunan yang mahu dibina harus tidak boleh melebihi dengan ketinggian 290 meter seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan negara Singapura sebelum ini.
Maka, perancangan pembinaan menara pencakar langit ini harus melalui standard piawaian dan undang-undang yang telah ditetapkan serta kelulusan oleh pihak kerajaan Singapura.
Untuk maklumat anda, menara itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2028 dan akan menempatkan pejabat, kediaman, hotel dan pusat membeli-belah.
Sehingga kini, menara Guoco masih kekal dinobatkan sebagai menara pencakar langgit tertinggi di Singapura dengan ketinggian 283.7 meter selepas ia telah siap dibina sekitar pada tahun 2016.
Sumber: Twitter Skyscrapers MY
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Kalau kita bercakap tentang serangga lipas, pasti ramai yang berasa geli dan takut terutamanya kaum wanita sekiranya haiwan perosak ini berlegar-legar di setiap sudut dalam rumah.
Meski lipas ini hanya bersaiz kecil namun ianya ternyata sangat bahaya sekaligus boleh mengundang persekitaran yang tidak bersih dan sihat buat anda sekeluarga.
Bukan apa, makhluk perosak ini sememang bahaya kerana ia memiliki satu sifat tabiat yang tidak baik di mana mereka di mana mereka akan mengeluarkan makanan yang separuh hadam dan meninggalkan najis ketika sedang makan.
Jadi, makanan-makanan yang telah dicemari dengan bakteria daripada lipas boleh menyebabkan penyakit serius kepada tubuh badan manusia.
Antaranya adalah anda berkemungkinan akan menghadapi masalah seperti berikut:
Cirit-birit
Keracunan makanan
Alahan kulit
Disenteri
Malah, masalah cirit-birit atau keracunan makanan ini boleh mengundang maut sekiranya tidak dirawat lebih awal atau dengan kadar segera.
Selain tu, ada juga perlu tahu di mana tempat serangga lipas ini tinggal dan membiak. Untuk pengetahuan anda, lipas adalah salah satu haiwan ‘nocturnal’, yang mana mereka gemar tinggal di tempat yang gelap dan tersembunyi. Contohnya:
Dalam almari dapur
Bawah peti ais
Tangki najis
Tempat-tempat lain yang sejuk dan lembap
Maka itu, anda dinasihatkan supaya tidak memandang remeh terhadap masalah kewujudan makhluk perosak ini di kediaman anda.
Sumber: PropertyGuru Website
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Backley oleh LUMBERmart mempersembahkan perabot Bespoke yang tahan lebih lama untuk pemilik kediaman masa kini. Bagi pengemar perabot kayu dengan koleksi Perabot Backley kali ini pastinya mencuri perhatian.
Terdapat kisah disebalik sekeping kayu, yang ingin dijadikan perabot terpilih dan eksklusif ini. Memperkenalkan Backley oleh LUMBERmart, sebuah koleksi perabot yang menakjubkan yang menarik kepada warisan kebanggaan hasil kerja kayu halus dan ketukangan yang tidak dapat ditandingi.
Setiap rekaan Backley membawa etika reka bentuk LUMBERmart, menggabungkan teknik tradisional dengan rangkaian eksklusif dengan penuh berhati-hati dipilih untuk ciri-ciri semulajadi.
“Kami suka akan hardwood seperti jua dengan softwood. Pelbagai warna, tekstur, dan corak butiran dari kayu keras terutama membuat beberapa perabot yang cantik dan menarik, “kata Charles Lee, Pengasas dan Pengarah Urusan LUMBERmart.
Melalui penggunaan jentera berat, jentera canggih, LUMBERmart dan pasukan pemotong kayu menghiasi papan pengukuran dengan tepat, di mana setiap kepingan dengan teliti diposisikan, dan dipaku serta digilap dengan teliti.
Hasilnya adalah karya yang unik, sesuai dengan pilihan kayu, reka bentuk dan dimensi pilihan anda, sehingga anda dapat memastikan perabot Backley tidak seperti yang lain, dibuat untuk mengilhamkan ruang hidup atau ruang kerja dan dibina untuk ketahanan yang lebih baik sehingga generasi akan datang.
Walaupun rekaan LUMBERmart ini tidaklah tampak moden dengan rekaan yang menjadi kegilaan ramai pada masa kini, tetapi ia adalah satu pilihan yang terbaik untuk kegunaan dalam jangka masa yang lama, bahkan rekaannya juga adalah lebih evergreen membuatkan ia sesuai sahaja digayakan dengan apa juga tema dalam kediaman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.