Mungkin ada segelintir dikalangan anda yang masih belum mengenali dengan jenama Epitex, untuk maklumat anda ia adalah salah satu jenama barangan kelengkapan rumah antarabangsa keluaran daripada negara Singapura.
Setelah lebih 26 tahun berada di pasaran Singapura, jenama Epitex International ini tidak dapat disangkalkan lagi ia adalah merupakan salah satu jenama barangan kelengkapan rumah yang dipercayai ramai di negara jiran dan antarabangsa.
Bagi mahu memperluaskan lagi pasaran jenama Epitex, kini telah mula mengorak langkah untuk memasuki pasaran di Malaysia. Epitex kini sudah berada di pasaran Malaysia dengan membuka cawangan kedai mereka yang pertama di Pusat Membeli-belah Pavilion, Bukit Jalil pada tahun lalu dan seterusnya di IOI City Mall, Putrajaya, pada Julai lalu.
Mahir dalam penghasilan fabrik kain sarung cadar katil dan tuala mandian yang berkualiti tinggi serta tahan lasak, Epitex telah menjadi jenama yang dipercayai ramai menerusi rangkaian barangan kelengkapan rumah yang bermutu tinggi.
Ads
Selain itu, Epitex juga turut mempunyai pelbagai barangan aksesori rumah seperti lilin wangian, bantal, selimut dan lain-lain.
Ads
Jadi, tunggu apa lagi? Segera berkunjung di cawangan kedai Epitex untuk rasai sendiri pengalaman rangkaian produk barangan kelengkapan rumah jenama Epitex hari ini.
Untuk info dan maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang di https://my.epitexhome.com atau hubungi di talian +603-8074-7253.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Buah delima memang telah diperakui mempunyai khasiat yang tinggi di seluruh dunia. Antara khasiat buah delima yang sering diperkatakan adalah seperti berikut:
1) Mengandungi zat besi, kalsium, folforus dan vitamin Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.
2) Mempunyai khasiat anti-radang. Dalam perubatan Cina, biji delima putih mempunyai khasiat anti-radang. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawat menggunakan buah delima. Airnya bertindak sebagai astrigen disapu kebahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.
3) Buah delima mengandungi antioksidan Buah delima mengandungi antioksidan. Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser dan penyakit jantung.
4) Mencegah Penyakit Jantung Buah delima dapat melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
5) Menurunkan Kadar Kolesterol Buah delima dapat Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
6) Mencegah Kanser Buah delima dapat Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
7) Mencegah Alzheimer Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studio, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
8) Buah delima Sumber nutrisi
Sebiji buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
9) Melindungi hati dan ginjal Penelitian terbaru menunjukkan bahwa ekstrak delima mencegah kerosakan ginjal dan melindungi ginjal dari racun berbahaya. Selain itu, delima juga melindungi hati Anda dan membantu untuk meregenerasi hati yang mengalami kerosakan.
10) Buah delima dapat memberikan zat dan menyegarkan badan
Buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.
Namun, dalam memilih buah delima yang digunakan untuk tujuan perubatan ada beberapa perkara perlu diteliti. Menurut beberapa orang pakar, antara perkara yang perlu diperhatikan ketika memilih delima yang hendak dijadikan ubat adalah seperti berikut:
1. Buahnya haruslah sempurna bentuk fizikalnya
2. Bukan dari buah yang telah merekah atau pecah 3. Buah yang tidak diserang sebarang penyakit atau perosak
4. Kelopak pada hujung buahnya tidak ada yang patah walaupun sedikit 5. Sebaiknya, buah yang digunakan untuk tujuan perubatan dipetik sendiri
6. Untuk memetik buah delima, Lafazkan bismillah dan niat ketika petik untuk jadikan buah ini sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Zaman sekarang ni kalau boleh berjimat, lebih baiklah kita berjimat. Bukan sikit-sikit kalau nak baiki barang eletronik ni. Kadang-kadang memang di luar kemampuan kita. Tapi apa nak buat bila kerosakan tak dijangka. Nak tak nak kena baiki juga. Impiana kongsi tip dari Malaysia D.I.Y ini cara baiki kipas rumah ber’remote’ yang rosak.
Kerosakkan pada kipas siling yg ber ‘remote’ selalunya terjadi pada litar dc untuk controllernya. Ada 2-3 problem seperti kipas langsung tak pusing, jerk atau kipas pusing bergetar atau remote tak boleh control. Ada org kasi pada admin problem yang sama mintak betulkan. Di sini admin tunjukkan bagaimana nak settle problem yang macam ni. Kos nak tukar litar ni agak mahal, jika nak tukar component perlukan masa utk cari barang. Buat mcm ni 10min siap. Sila rujuk gambar utk keterangan.
Sumber : Malaysia D.I.Y
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mari kita kenali dengan lebih dekat salah satu bangunan bersejarah di selatan tanah air iaitu Istana Lama Seri Menanti yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Bangunan yang diperbuat daripada kayu ini mula dibina sekitar tahun 1902 dan siap sepenuhnya pada 1908 telah menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertua Besar Negeri Sembilan.
Istana Lama Seri Menanti ini juga dibangunkan ekoran selepas peristiwa hitam yang berlaku di Istana Pulih yang telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah sewaktu peperangan Bukit Putus.
Masih tersergam indah sehingga ke hari ini, Istana Lama Seri Menanti ini telah menjadi sebuah bangunan yang terkenal di serata negeri dengan keunikan struktur bangunan yang dibina daripada kayu tanpa menggunakan sebatang paku.
Bagi anda yang masih belum menjejakkan kaki di Istana Lama Seri Menanti ini, untuk maklumat anda struktur bangunan bersejarah ini mempunyai ketinggian empat tingkat dan pelan asalnya dipercayai telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib.
Namun begitu, sehingga kini tidak dapat dibuktikan bahawa kedua-dua figura ini yang menjadi tukang pembinaan Istana Lama Seri Menanti.
Istana Lama Seri Menantu ini berjaya dibangunkan dengan menggunakan paku diperbuat daripada kayu yang dipanggil Pasak. Bukan seperti kayu biasa yang lain, Pasak ini mempunyai struktur yang keras dan kukuh untuk pembinaan sebuah bangunan.
Dari segi reka bentuk bangunannya pula, Istana Lama Seri Menanti ini direka daripada simbolik tanduk Kerbau yang melambangkan keamanan.
Kemudian, atas kesedaran DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Istana ini secara rasminya diwartakan sebagai ‘Muzium Diraja’ dan perasmiannya telah dilakukan pada tanggal 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah.
Kini, Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Manakala setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.