Mungkin ada segelintir dikalangan anda yang masih belum mengenali dengan jenama Epitex, untuk maklumat anda ia adalah salah satu jenama barangan kelengkapan rumah antarabangsa keluaran daripada negara Singapura.
Setelah lebih 26 tahun berada di pasaran Singapura, jenama Epitex International ini tidak dapat disangkalkan lagi ia adalah merupakan salah satu jenama barangan kelengkapan rumah yang dipercayai ramai di negara jiran dan antarabangsa.
Bagi mahu memperluaskan lagi pasaran jenama Epitex, kini telah mula mengorak langkah untuk memasuki pasaran di Malaysia. Epitex kini sudah berada di pasaran Malaysia dengan membuka cawangan kedai mereka yang pertama di Pusat Membeli-belah Pavilion, Bukit Jalil pada tahun lalu dan seterusnya di IOI City Mall, Putrajaya, pada Julai lalu.
Mahir dalam penghasilan fabrik kain sarung cadar katil dan tuala mandian yang berkualiti tinggi serta tahan lasak, Epitex telah menjadi jenama yang dipercayai ramai menerusi rangkaian barangan kelengkapan rumah yang bermutu tinggi.
Selain itu, Epitex juga turut mempunyai pelbagai barangan aksesori rumah seperti lilin wangian, bantal, selimut dan lain-lain.
Jadi, tunggu apa lagi? Segera berkunjung di cawangan kedai Epitex untuk rasai sendiri pengalaman rangkaian produk barangan kelengkapan rumah jenama Epitex hari ini.
Untuk info dan maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang di https://my.epitexhome.com
atau hubungi di talian +603-8074-7253.Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Jenama Funbies Dengan Kerjasama CLV Glasstech Kini Telah Membuka Bilik Pameran Yang Pertama Berkonsepkan Teknologi Pintar