Jenama funbies dan CLV Glasstech, dua jenama di bawah CLV Group of Companies telah melancarkan kedai pameran cermin dan perabot berkonsepkan teknologi pintar (AI) yang pertama di Malaysia. Kedai pameran tersebut yang dikenali sebagai funbies x CLV Glasstech Experience Hub yang bertempat di Emporis, Kota Damansara mempamerkan rangkaian produk yang boleh di lihat oleh para pengunjung. Keunikkan bilik pameran jenama ini adalah, setiap slot kunjungan hanya di tempah khas untuk seorang pengunjung dan apa yang menjadikannya benar-benar unik ialah ketiadaan pembantu kedai pameran yang akan membimbing lawatan para pengunjung, ini kerana keseluruhan konsep kedai pameran dikendalikan oleh sistem penderia audio yang inovatif bagi memudahkan para pengunjung untuk mendapatkan maklumat produk dengan lebih jelas. Antara matlamat utama bilik pameran konsep pintar ini dibangunkan adalah untuk memberikan para pengunjung dengan pengalaman revolusi baharu serta moden, melihat dan berinteraksi dengan produk.
Selain itu, kios digital berinteraktif tersedia di kedai pameran tersebut bagi membolehkan anda meneroka rangkaian produk dengan cara yang menarik dan bermaklumat. Sama ada untuk mencari maklumat khusus, membuatkan perbandingan produk yang berbeza atau sekadar menyemak imbas, kios interaktif ini akan menjadi teman yang sempurna buat anda. Di samping penggunaan kios interaktif secara terus, para pengunjung juga boleh menghubungi talian khidmat pelaggan secara panggilan audio atau video melalui kios tersebut sekiranya terdapat sebarang soalan atau ingin membuat pembelian.
Untuk maklumat anda, CLV Glasstech, jenama Malaysia di bawah CLV Group of companies ini menyediakan rangkaian produk cermin pelbagai jenis dengan reka bentuk yang unik sejak tahun 2020. Keunikkan jenama cermin ini adalah, para pelanggan boleh mereka bentuk sendiri bentuk dan saiz mengikut kehendak tersendiri. CLV Glasstech berhasrat untuk menjadi jenama utama di Malaysia bagi sektor produk cermin dan kaca seterusnya mendorong inovasi cermin dan kaca ke peringkat yang lebih tinggi.
Manakala funbies pula, merupakan sebuah jenama tempatan yang juga di bawah naungan CLV Group of companies yang berpengalaman khusus dalam kelengkapan perabot nurseri dan barangan keperluan bayi selama 20 tahun dalam industri eksport, dan mula menceburi pasaran Malaysia sejak tahun 2019. Jenama ini amat mementingkan kualiti serta keselamatan produk perabot nurseri dan kepelbagaian fungsi bagi setiap satu produk. Untuk memastikan produk mereka setanding dengan piawaian keselamatan, funbies menggunakan bahan utama yang kukuh seperti rubberwood yang terkenal dengan keutuhan dan jangka hayat yang lama. funbies juga berharap agar syarikat mereka dapat mengorak langkah di sektor perabot antarabangsa pada masa akan datang.
Di samping perasmian funbies x CLV Glasstech Experience Hub, majlis tersebut juga mengetengahkan rancangan masa hadapan CLV Group of companies buat julung kalinya. Memegang slogan “Clear Possibilities”, CLV Group of companies mengambil peluang dengan bekerjasama dengan syarikat bersama serta syarikat perkongsian untuk mencapai visi menjadikan syarikat tersebut sebagai sebuah syarikat pelaburan kepada syarikat bersama dan jenama di bawah naungan pada masa yang akan datang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari platform media sosial rasmi Instagram serta Facebook funbies (@funbiesmy) dan CLV Glasstech (@clvglasstech) atau laman sesawang mereka diwww.funbies.com.my dan www.clvglasstech.com.my.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Bersempena Ulang Tahun Ke-20 IKEA Damansara, Pelbagai Tawaran Istimewa Menanti Buat Para Pelanggan!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI