
Jenama barangan elektronik antarabangsa, Xiaomi kini telah mengeluarkan sebuah model televisyen terbaharu dengan skrin bersaiz 100”, iaitu Xiaomi Redmi MAX TV 100”.
Selain direka sebagai sebuah televisyen skrin bersaiz gergasi, ia juga merupakan ’SmartTV’ yang dilengkapi dengan fungsi dam teknologi terkini seperti ‘AndroidTV’.
Manakala, skrin televisyen ini juga menggunakan paparan skrin LCD dengan resolusi 4K HDR dijamin akan memberikan visual yang lebih terang dan jelas.
Bukan itu sahaja, Xiaomi Redmi Max TV ini didatangkan dengan empat pembesar suara ditambah dengan Dolby dan DTS decoding.
Untuk maklumat anda, harganya pula cuma RM16,999 sahaja dan anda boleh memilikinya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat dapatkan Xiaomi Redmi MAX TV selagi stok masih ada! Ada televisyen seperti ini di rumah, baru puas hati ketika menonton!
Sumber: Facebook Pen Hitam
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Tiada Smart TV Di Rumah? Gunakan Alat Mi TV Stick Ini Pada TV Lama Anda Sebagai Penyelamat!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
7 Tip Penting PETI SEJUK Tahan Lama, Dapat Jimatkan Bil Elektrik!

Isi Kandungan
ToggleBoleh dikatakan setiap kediaman pasti mempunyai sekurang-kurangnya sebuah peti sejuk yang digunakan dan ianya akan dipasang 24 jam sehari secara berterusan. Ini tip penting yang boleh dijadikan panduan supaya peti sejuk tahan lama, tak mudah rosak serta dapat jimatkan bil elektrik bulanan.
1. Label Star-Rating &Teknologi Inverter
Disarankan beli peti sejuk yang mempunyai label penggunaan elektrik cekap star-rating yang baik, dan lebih baik lagi jika ada teknologi inverter. Inverter berfungsi untuk mengawal penggunaan motor peti sejuk secara automatik dan seterusnya akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik untuk peti sejuk tersebut.
2. Kedudukan Peti Sejuk
Kedudukan peti sejuk perlu strategik dan terlindung daripada cahaya matahari ataupun peralatan sumber haba seperti cerek, periuk nasi dan dapur memasak. Pendedahan pada cahaya matahari akan menyebabkan peti sejuk berkerja lebih keras untuk memastikan suhu di dalam ruang simpanan berada dalam keadaan optimum.
Pastikan juga peti sejuk diberikan ruang pengudaraan yang mencukupi; sebaik-baiknya jarakkan peti sejuk (10-30 cm) daripada dinding di bahagian belakang, tepi dan atas.
3. Jangan Masukkan Makanan Panas
Penting, elakkan memasukkan makanan yang masih panas ke dalam peti sejuk. Ia boleh merosakkan thermal fuse dan menyebabkan compressor bekerja keras. Sekaligus mengakibatkan peti sejuk gagal berfungsi.
4. Kurangkan Kekerapan Buka-Tutup
Kurangkan kekerapan buka-tutup pintu peti sejuk. Peti sejuk yang terlalu kerap dibuka akan menyebabkan udara sejuk kerap keluar dan meningkatkan suhu peti sejuk. Ini juga meningkatkan beban kerja peti sejuk tersebut.
5. Tetapkan Suhu Optimum
Tetapkan suhu peti sejuk pada suhu yang optimum; suhu yang sesuai bagi ruang biasa adalah sekitar 2-8 ºC, manakala suhu ruang sejuk beku adalah sekitar -18 ºC. Kecekapan suhu di dalam ruang simpanan amat penting bagi memastikan makanan yang disimpan berada dalam suhu yang tepat bagi mengelak pembiakan bakteria.
6. Ada Ruang Aliran Udara
Jangan terlalu penuhkan peti. Pastikan ada ruang untuk aliran udara didalamnya. Tetapi, pada masa yang sama, jangan biarkan peti sejuk terlalu kosong pula. Jika tiada barang untuk disimpan dalam peti sejuk, letakkan sahaja beberapa bekas kosong. Ini akan mengurangkan aliran keluar udara sejuk.
7. Wangikan Peti Sejuk
Akhir sekali, cuci peti sejuk sekurang-kuranya 1-2 minggu sekali. Keluarkan semua bahan, dan bersihkan. Kemudian, langkah terakhir, titiskan sedikit asen vanilla di atas kain bersih dan lap keseluruhan permukaan dalam peti sejuk. Tutup dan biarkan 30 minit sebelum masukkan semula barang untuk disimpan.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi jika nak peti sejuk di rumah tahan lama, tak mudah rosak dan dapat jimatkan bil elektik bulanan, ikut tip yang dikongsikan ini.
Mesti Baca: Tip Beli Peti Sejuk Baru, Ini Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu
Baca Lagi Di Sini:Elak Simpan 10 Jenis Makanan Ini Dalam Peti Sejuk, Boleh Mengundang Bahaya!
Artikel Menarik: Cara Mudah Tukar Sendiri Getah Pintu Peti Sejuk Rosak
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Berkesan Halau Cicak Di rumah, Paling Penting Jimat Dan Selamat

Isi Kandungan
ToggleMasalah cicak sering dihadapi di rumah selain masalah lipas. Lebih menjijikkan apabila ada banyak najis cicak yang melekat di dinding dan juga di lantai rumah. Kabinet dapur juga antara ruang yang sering menjadi tempat cicak bersembunyi. Seperti yang kita ketahui, cicak dan najis cicak boleh menganggu kesihatan dan mengundang pelbagai jenis penyakit.
Info tentang cicak:
*Makanan cicak: binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.
*Pemangsa cicak: burung.
*Habitat cicak: Tempat yang hangat, belakang almari, belakang televisyen, sekitar peti sejuk, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.
*Kesukaan: persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut dan timbunan baju.
*Kebencian: bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka dan ubat gegat.

Berdasarkan info tentang cicak seperti di atas, berikut dikongsikan 10 cara bagaimana hendak mengelakkan cicak daripada terus ‘berkampung’ di rumah anda.
1. Hilangkan bekalan makanan cicak di rumah kita. Uruskan dahulu masalah nyamuk dan semut yang banyak di rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket RM1 itu sangat berkesan) dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk. Apabila bekalan makanan cicak tiada di rumah kita, secara automatik cicak akan berkurang atau tiada langsung.
2. Disebabkan cicak takut pada burung, sediakan jejak burung seolah-olah ada burung di rumah kita dengan cara:
*Letak beberapa kulit telur burung puyuh di kawasan tingkap atau mana-mana tempat cicak boleh masuk. Apabila cicak nampak kulit telur burung puyuh itu, cicak tidak akan masuk ke rumah anda.
*Jangan dihancurkan kulit telur burung puyuh ini. Memadai letak seketul dua di tempat masuk cicak.
*Lekatkan bulu pelepah burung di tempat cicak selalu masuk. Kalau hendak kelihatan cantik, boleh letak bulu pelepah burung merak, lekat pada dinding untuk jadikan perhiasan.
3. Disebabkan cicak suka ‘lepak’ di belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa menyusun atur perabot jangan rapatkan perabot pada dinding. Jarakkan dalam 10 sentimeter dari dinding. Kalau di rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan yang bersangkut-sangkut seperti bingkai cermin dan gambar.
4. Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Selalunya sampah dan sisa makanan akan menarik perhatian lalat, automatik cicak pun akan tertarik untuk datang kerana ada banyak makanan.
5. Elakkan suka melonggok barang-barang sama ada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Susun semua barang supaya teratur di tempat khas untuk setiap barang-barang.
6. Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi anda perlu rajin sebab perlu ditukar selang 3 hari. Jika tidak, bawang akan membusuk.
7. Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Walau bagaimanapun laci/kabinet berisi makanan tidak digalakkan.
8. Lap permukaan meja makan/kaunter kabinet dengan semburan campuran:
250 ml air biasa (air paip)
50 ml cuka
3 sudu plastik dish soap
1 sudu plastik Dettol
*bertujuan mengelakkan cicak melintas di atas meja makan/kaunter kabinet dapur.
9. Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di kedai Eco. Tampalkan di sebelah peti sejuk atau di belakang televisyen, bingkai cermin atau gambar. Cicak akan melekat di atas pelekat itu dan kita boleh buang apabila sudah ada beberapa cicak melekat. Bagaimanapun car aini tidak digalakkan untuk mereka yang penggeli cicak.
10. Memelihara kucing juga dapat membantu menghalau cicak di rumah. Kucing biasanya suka menangkap cicak tetapi tidak memakannya. Jadi jangan risau akan kesan pada kucing anda.
Serangga tidak suka kawasan yang bersih dan kering. Pastikan anda membersihkan rumah dan mengelap lantai sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan kemas.
Kredit: Hani Mynis
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Alih Barang Berat Tanpa Angkat, Gunakan Vynil Je!

Semasa musim perayaan, ramai yang menggunakan masa untuk mengemas rumah, namun mengalihkan perabot berat seperti almari dan peti sejuk menjadi cabaran utama. Dinas Elni berkongsi satu tip yang dipelajari dari YouTube untuk memudahkan proses ini. Caranya adalah dengan menggunakan beberapa keping vynil, membolehkan perabot berat dialihkan dengan mudah tanpa memerlukan bantuan orang lain.
Tip alih perabot besar dengan mudah
Ini cara kami alihkan perabot berat masa buat projek di rumah. Saya gunakan kepingan vynil jenis tampal untuk alihkan mesin basuh dan peti sejuk sewaktu proses mengecat rumah.
1. Caranya, cuma angkat satu sisi perabot berat dan selit masuk kepingan vynil. Angkat sisi satu lagi pula dan selit lagi kepingan vynil (boleh rujuk gambar).
2. Kemudian boleh tolak atau tarik dengan lebih mudah. Lantai tak calar, perabot pun tak rosak, paling penting barang mudah digelongsorkan. Yang rosak cuma vynil berpelekat saja.
3. Disarankan agar lebih mudah, guna empat vynil supaya boleh tolak lebih jauh. Bila dah sampai hujung sambung lagi dengan vynil seterusnya.
4. Supaya vynil tak jejaskan lantai, sebaiknya buka bahagian adhesive dan cantumkan dua keping jadi satu. Ia untuk elak bahagian berpelekat tertanggal protective sheet dan melekat di lantai.
Cara lain
Boleh juga guna kotak atau pun kain yang keras supaya tak koyak. Cuma guna vynil lebih mudah sebab ia licin dan barang mudah ditolak.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dinas Elni
Baca Lagi Di Sini:Nak Bunga Kertas Lebat Berbunga, 8 Perkara Ni Wajib Anda Lakukan
Artikel Menarik:Tanam Sendiri Pokok Selom Dalam Polesterin, Lebih ‘Fresh’ Buat Ulam-Ulaman
Mesti Baca:Pokok KESUM Tumbuh Subur Merimbun, Kena Kerat Selalu Biar Bertunas Baru!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI