Jika Anda Terletak Dalam 3 Golongan Ini, Sampai Bila Pun Tak Mampu Beli Rumah

Share

Memiliki sebuah rumah atas nama sendiri menjadi impian setiap orang. Tapi selalu kita dengar alasan tak mampu walaupun gaji RM 3K sebulan. Nak tahu kenapa anda tak mampu?

Orang tak mampu beli rumah terpecah kepada beberapa golongan:-

1. Asyik complain

harga rumah mahal. Tapi tak tahu pun dia sebenarnya layak je nak beli dengan gaji dia. Tapi tak tahu nak kira kelayakan.

2. Asyik complain harga rumah mahal, sedangkan dia asyik tengok rumah idaman. Rumah idaman semua orang memang mahal. Yang murah ialah rumah mampu milik.

Kalau search kat mudah, julat harga ada dari puluh ribu sampai ratus ribu. Kena rajin je nak pergi melawat.

3. Asyik complain tak mampu beli rumah, tapi beli kereta mahal berhutang, beli handphone mahal berhutang, duit setiap bulan habis pergi jalan, shopping barang baru dengan korek duit simpanan. Kalau matlamat jelas, boleh disiplin, boleh je nak kumpul duit bayar deposit rumah.

Jaga DSR. Kalau loan pun dah bertingkek tingkek (kata WARIS dalam lagu dia), jangan la mimpi nak beli rumah idaman.

4. Memang duduk dalam golongan kurang berkemampuan.

Tak semua orang Allah rezekikan harta dan ilmu. Cuma jangan merungut, teruskan usaha dan kalau tak mampu beli rumah, tak salah pun untuk menyewa.

Sumber: Hannan Shawalludin

Published by
Impiana