Mencari idea hebat bagi menghias pokok-pokok kecil di sudut kediaman anda? Mungkin kelihatan begitu biasa apabila meletakkan pokok ke dalam pasu dan hiasnya begitu sahaja. Jom lakukan sedikit kelainan , idea plant cover ini amat sesuai disarungkan pada pasu pokok-pokok kecil di dalam kediaman. Selain kelihatan menarik dan cantik, ia juga mudah untuk dihasilkan.
Anda perlukan:-
Kain belacu
Pita pengukur
Gunting
Gam Lilin
Cat Fabrik
Berus
Pita pelekat
Ads
Ukur lilit saiz lebar dan ketinggian pasu. Ukur biar berlebihan bagi ketinggian untuk proses lipatan kain nanti.
Tandakan saiz ukuran yang telah diambil pada kain belacu.
Gunting dan lekatkan pita pelekat pada hujung kain yang hendak disatukan. Kemudiam gamkan kain belacu menggunakan gam fabrik.
Lekatkan pita pelekat pada kain belacu bagi menghasilkan corak.
5. Hasilkan corak tiga segi menggunakan pita pelekat.
Ads
6. Lekatkan gam lilin pada bahagian lipatan kain bagi kelihatan seperti kain sarung.
7. Sapukan cat pada bahagian kain belacu yang terdedah daripada pita pelekat. Biarkan kering seketika.
Ads
8. Tanggalkan pita pelekat. Masukkan pokok bersama pasu ke dalam sarung.
IDEA IMPIANA
Jika sarung pokok anda terkena kotoran, IMPIANA sarankan anda bersihkannya secara manual dan tidak menggunakan mesin basuh.
Anda juga boleh menghasilkan pelbagai orak menggunakan pita pelekat seperti corak geometrik ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
“Twinkle, twinkle, little star, how I wonder what you are, up above the world so high, like a diamond in the sky..” Jom hasilkan diy bantal bintang ini, ia amat sesuai dijadikan sebagai dekorasi di dalam bilik si kecil, bilik bacaan atau di hias di ruang tamu. Lebih besar saiz bintang lebih menarik hasilnya.
Anda Perlukan:
Fabrik cotton
Gunting
Pola bentuk bintang
Pen
Jarum menjahit
Jarum peniti
Benang
Loose polyester fiberfill
+Kos/Masa: RM20 / 1 Jam
Ambil fabrik cotton dan lipat dua secara terbalik. Lukiskan pola bentuk bintang di atas fabrik.
2. Pinkan kedua-dua lapis fabrik dengan jarum peniti supaya fabrik tidak bergerak ketika digunting.
3. Gunting mengikut bentuk dengan menganggar jarak sebanyak 1 cm sebagai basi jahitan. Bintang yang telah siap digunting.
4. Garisan yang dilukis tadi akan dijadikan panduan semasa menjahit nanti. Ini akan memudahkan proses menjahit.
5. Jahit sekeliling fabrik dengan jahitan lurus. Jahit mengikut garisan yang dilukis. Tinggalkan jarak sebanyak 10sm tanpa perlu dijahit sebagai ruang untuk diisi dengan loose polyester fiberfill. Nota: Gunting disetiap lekuk basi fabrik dengan bentuk V untuk memastikan bentuk bintang terhasil dengan cantik.
6. Terbalikkan fabrik dan kemaskan. Bentuk bintang akan elok kelihatan.
8. Jahit bahagian yang terbuka dengan jahitan sembat atau jahitan sorok.
9. Bantal bintang sudah pun siap.
TIP IMPIANA
Anda boleh jadikan bantal bintang ini sebagai arca mobil, di mana anda hanya perlu hasilkan lebih banyak bantal bintang ini dengan saiz yang kecil dan gantungkan ia di bilik tidur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perabot lama atau rosak jangan dibuang kerana anda mampu mengubahnya menjadi sesuatu yang baru dan lebih menarik. Seperti lelaki ini, dengan kreativiti dia miliki, perabot yang rosak berubah menjadi perabot baru. Secantik dari gudang malah fungsinya juga telah di ‘upgrade’.
D.I.Y?
Tiga abjad yang semakin popular dengan masyarakat kita sekarang ini. Gedung besar dan kedai serbaneka seperti IKEA, ‘Mr. DIY’, Daiso, Kaison dan sebagainya sudah tidak asing lagi bagi kita. Banyak barangan yang memerlukan kreativi kita untuk memasangnya atau mengubah fungsi asal.
Kadang-kadang, berpusu-pusu orang ke gedung perabot yang mahal tapi hanya sekadar mencuri idea dan ‘window shopping’. Hal ini kerana dengan kenaikan kos barangan, servis dan cukai segala bagai sekarang ini, membuatkan dahi kita terkerut-kerut melihat tanda harga sesetengah barang keperluan bila tiba waktu berbelanja. Alternatif lain harus dicari ialah DIY.
Makeover yang telah dilakukan oleh Encik Salleh Saad sememangnya harus diberi pujian, kerana hasilnya sangat kemas dan menarik. Apa yang dilakukan oleh En Salleh, pada asalnya sofa sulaman rotan yang dimilikinya ini telah rosak kerana kualiti rotan yang reput. Tambahan pula, pemilik membela kucing, dan kucingnya suka mencakar rotan tersebut. Hendak dibuang sayang, jadi pemilik telah membuat ‘ubah wajah’ terhadap sofanya itu.
Bahan-bahan yang telah digunakan adalah papan plywood 9mm, gam kayu, paku kecil, pemegang laci dan syelek warna mahogany.
Ukuran yang tepat telah dibuat mengikut saiz rangka sofa lalu di potong plywood mengikut saiz yang telah diukur.
Pemilik telah membuat penambah suai tiga laci penyimpanan pada bahagian bawah sofa.
Untuk pemasangan, pemilik hanya menggunakan gam kayu dan juga paku kecil.
Akhir sekali, kemasan telah dibuat dengan sapuan syelek bewarna mahogany.
Sumber: Salleh Saad
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
6 Perkara Perlu Dipertimbangkan Sebelum Beli & Pasang Paip Pancuran Bilik Air. Bilik Air merupakan antara ruang yang penting bagi sesebuah kediaman. Selain kemasan lantai dan dinding, aksesori seperti penyangkut tuala, kepala paip, rak sabun dan paip pancuran juga memainkan peranan penting dalam melengkapkan lagi fungsi dan kemudahan di bilik air untuk kegunaan seharian serta jangka panjang.
Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli dan memasang paip pancuran di bilik air ini.
1. Corak Semburan
Apakah corak semburan yang disukai? Sesetengah pengguna sukakan semburan tetap, semburan yang menyegarkan, semburan lembut dan ada yang suka semburan dalam dimensi lebih luas.
Jika hanya anda seorang yang akan menggunakan bilik mandi, mungkin tidak perlu bimbang mengenai tetapan tambahan. Walau bagaimanapun, jika berkongsi bilik air dengan orang lain yang menyukai corak semburan berbeza, anda perlu cari kepala pancuran air tambahan atau yang fleksibel untuk dikawal.
2. Pemasangan Mudah
Lebih bagus jika dapat mencari model kepala paip pancuran yang mudah dipasang sendiri dengan hanya sepana boleh laras dan pita plumber serta satu set arahan dan talian bantuan pelanggan untuk membuat proses lebih mudah. Disini anda dapat menjimatkan perbelanjaan upah pemasangan, membuat penyelenggaraan nanti.
3. Jenis ‘Shower Head’
• Kepala seperti single spray shower head dan rain shower head sesuai bagi yang gemarkan semburan tetap.
• Handheld shower heads dilihat lebih versatile berbanding model tetap. Ia boleh berfungsi seperti kepala pancuran air tetap apabila ditempatkan dalam confinement dan boleh dikeluarkan untuk fokus semburan pada bahagian badan tertentu.
• Bagi yang mempunyai haiwan peliharaan, model handheld dengan long hos handy sesuai untuk membersihkan haiwan kesayangan di dalam tab dengan mudah.
4. Tekanan Air & Aliran Air Kuat
Sejauhamana kekuatan tekanan air di rumah? Tekanan air rendah cenderung menyebabkan kepala pancuran standard menghasilkan pancuran air yang lemah malah tidak cukup kuat untuk membilas sabun dan shampoo. Kini banyak pengeluar memberi respon terhadap isu ini dengan mencipta teknologi membantu aliran air lebih kuat.
5. Harga
Pancuran harga kepala pancuran terdiri daripada puluhan hingga ratusan ringgit. Cara yang paling mudah mengecilkan skop pilihan model kepala paip pancuran adalah dengan berpegang kepada bajet yang ditetapkan.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.