Edisi ini banyak menceritakan persiapan open house dan ilham yang bersesuaian dengan kediaman kita. Warna harmoni menjadi idea dengan sentuhan selamat pereka menjadi panduan asas utuk menghias kediaman. Masih menggunakan teknik pencahayaan semula jadi dan menggunakan teknik suai padan produk dempak yang menjadikan ruang tidak nampak terlalu berserabut.
Permainan bentuk dan garisan mendominasi ruang dengan corak geometri pada permaidani, kemasan lembut sofa utama, bentuk meja kopi utama dan gaya sentuhan lukisan .
Tindakan berani menyediakan segala keperluan dalam rona hampir sedondon merupakan antara tarikan utama terutama sewaktu demam rumah terbuka yang mana pembaca sukakan tata hias yang harmoni dan nampak mewah dalam usaha yang minima.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
POS MALAYSIA LANCAR SETEM EDISI RAYA 2020
Pos Malaysia melancarkan koleksi setem edisi terhad sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, yang memaparkan gabungan elemen senireka Islamik Arabes dan kaligrafi Kufi. Koleksi setem edisi terhad Hari Raya Aidilfitri 2020 ini boleh dibeli sekarang melalui atas talian di www.eziemall.com. Koleksi setem ini juga akan mula dijual di 13 Pejabat Pos Besar seluruh negara mulai 18 Mei 2020. Reka bentuk setem Hari Raya Aidilfitri 2020 membawa maksud erti dan nilai perayaan Hari Raya seperti “Kemenangan” dalam menghadapi dugaan di bulan Ramadan dan keadaan yang mencabar, “Kesyukuran” di atas segala kurniaan yang diterima semasa bulan yang mulia ini dan “Keikhlasan” yang mencerminkan sifat jujur di dalam semua perkara, terutamanya pada masa-masa yang sukar ini. Melalui siri setem yang unik ini, Pos Malaysia berharap ia dapat melahirkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat Malaysia dan saling menerima kepercayaan dan budaya yang berbeza dan yang paling utama, sentiasa bersatu dan menjaga kebajikan satu sama lain terutamanya sepanjang tempoh yang mencabar ini.
Ketua Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor berkata “Kita sedang menghadapi norma baru pada tahun 2020 akibat daripada pandemik global ini dan adalah penting bagi kita untuk sentiasa tabah dan bersatu untuk melawan musuh yang tidak kelihatan ini. Tahun ini perayaan Hari Raya Aidilfitri amat berbeza buat semua, namun ia tidak bermakna semangat perayaan ini berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Koleksi setem Hari Raya Aidilfitri kali ini akan menjadi penanda Kemenangan kita dalam mengatasi kesukaran ini, Kesyukuran atas keselamatan dan kesihatan yang baik dan Keikhlasan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ahli masyarakat.”
Setem Hari Raya Aidilfitri 2020 ini berharga RM25.00 untuk setiap helaian setem dengan nilai muka RM0.60 untuk setiap setem. Pengumpul setem, peminat dan orang ramai harus memiliki koleksi ini, kerana hanya dicetak dalam jumlah terhad sebanyak 1,000 lembaran sahaja. Pengumpul setem dan orang ramai juga boleh membuka Standing Order Deposit Account (SODA) untuk memudahkan pembelian koleksi setem terkini serta menikmati faedah eksklusif yang ditawarkan oleh SODA.
Mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti SODA, boleh mendaftar di mana-mana pejabat pos seluruh negara ataupun melalui atas talian di www.posonline.com.my. Untuk maklumat lanjut mengenai setem dan produk filateli yang lain, boleh menghubungi Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia di 03-2267 2267 samb 2000 atau emelkan pertanyaan anda ke filateli@pos.com.my. Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, Pos Malaysia juga menawarkan kempen dalam talian #RayaDiRumah untuk membantu usahawan Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan dan peniaga kecil dengan mempromosikan perniagaan dan produk mereka.
Melalui kandungan media sosial #RezekiDiKongsi di Instagram dan Twitter, Pos Malaysia membolehkan para peniaga dalam talian berhubung dengan pelanggan-pelanggan melalui iklan di media sosial dan penglibatan sosial, serta berkongsi tips membeli-belah dan peringatan mengenai hari terakhir pengeposan untuk Hari Raya. Pos Malaysia juga ingin mengingatkan semua pelanggan untuk mengepos bungkusan Pos Laju dan Mel sebelum 18 Mei 2020 dan kad ucapan Hari Raya sebelum 20 Mei 2020 untuk memastikan serahan dapat dilakukan sebelum Hari Raya Aidilfitri. Maklumat terkini mengenai perkhidmatan Pos Malaysia, aktiviti dan segala informasi terkini boleh didapati di pos.com.my, Facebook (facebook.com/PosMalaysiaBerhad), Twitter (twitter.com/pos4you) dan Instagram (instagram.com/pos4you).
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Meriah Raya Dengan The LEGO Group memperkenalkan dua set baharu koleksi LEGO® Botanical yang indah untuk dijadikan hiasan rumah Syawal nanti
Meriah raya tahun ini dengan LEGO, hiasi rumah anda dengan koleksi LEGO® Botanical agar lebih bermakna dan lebih istimewa.
Dekorasi rumah menjadi antara wish-list utama dalam persediaann untuk meraikan Aidilfitri saban tahun. Mahukan kelainan lebaran ini? The LEGO Group memperkenalkan dua set baharu melalui rangkaian LEGO Botanical, LEGO Orchid dan LEGO Succulents yang sesuai dijadikan item hiasan rumah bersempena kehadiran Syawal nanti.
Koleksi LEGO Orchid dan juga LEGO Succulents bukan sahaja sesuai dijadikan sentuhan unik pada seni dekorasi rumah, ia turut sama sesuai sebagai hadiah isitmewa Hari Ibu juga buat pencinta tanaman dan alam semulajadi. Kedua-dua set ini khusus dihadilkan buat golongan dewasa dalam memberikan pengalaman yang penuh kreativiti.
LEGO bukan hanya permainan untuk kanak-kanak. 73% golongan dewasa mengatakan mereka sering mencari cara untuk menghilangkan stres dan lebih dari 72% pula mengatakan bermain dapat membantu mereka untuk bersantai dan berasa lebih relaks. Set terbaharu ni dapat memberikan rekaan pokok bunga yang luar biasa sambil memberikan ketenangan sebelum dan selepas proses untuk menyiapkannya.
LEGO Orchid menampilkan pokok bunga anggerik yang sedang mekar cukup indah. Ia mempunyai enam bunga besar serta dua bunga yang masih muda. Persis pokok orkid sebenar, ia pasti menyuntik sisi elegan pada ruang rumah anda, tanpa perlu untuk menjaga dan menyiramnya nanti.
LEGO Succulents pula merupakan set yang dikaryakan dengan sembilan jenis pokok kaktus berbeza. Setiap satunya mempunyai pasu yang tersendiri. Oleh itu, setiap pokok kaktus ini boleh disatukan atau dipisahkan mengikut cita rasa yang tersendiri.
Rangkaian LEGO Botanical akan dilancarkan bersempena Hari Ibu thaun ini pada 1 Mei 2022, selain boleh dijadikan sebagai dekorasi untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Setoap satu berharaga RM219.90 dan boleh didapati melalui LEGO Certified Stores, LEGO Official Store di Lazada dan Shopee, LEGOLAND, juga stor terpilih di seluruh Malaysia.
Foto: Lego Malaysia
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Lampu ‘Lantern’ Dengan Rekaan Gaya Ala-Ala Morocco, Dekorasi Hiasan Dalaman Rumah Akan Tampak Lebih Mewah!
Pencahayaan adalah sangat penting dalam rekaan hiasan dalaman rumah bagi memberikan sesuatu ruang tampak lebih menarik dan berseri.
Maka dengan itu, penggunaan aksesori perhiasan adalah sangat penting dan disarankan bagi pencahayaan yang lebih sempurna untuk sesuatu ruang dekorasi dalaman rumah.
Sekiranya anda inginkan dekorasi ruang dalaman rumah anda tampak lebih menarik dan bergaya, apa kata anda menggunakan lampu lantern dengan rekaan gaya ala-ala Morocco ini.
Dengan penggunaan lampu lantern ini, bukan sahaja membuatkan dekorasi hiasan dalaman rumah anda tampak lebih bergaya malah mewah dan menarik.
Bukan itu sahaja, harga yang dijual adalah sangat berpatutan serendah dari RM26 sahaja untuk sebuah lampu lantern. Ia juga didatangkan dengan pelbagai saiz dan reka bentuk yang menarik mengikut kesukaan citarasa masing-masing.
Sekiranya anda mahu mendapatkan lampu lantern yang sama seperti pada gambar tertera anda boleh membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk membuat pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Guna Satu Bahan Ini Sahaja, Masalah Serangga Kutu Beras Dapat Dihapuskan Dengan Mudah!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI