Dengan iklim Khatulistiwa negara ini, sudah menjadi kebiasaan untuk setiap kediaman mempunyai kedua-dua kipas dan pendingin hawa (aircond).
Biasanya, pengguna akan buka salah satu sama ada kipas atau aircond tetapi untuk hari yang luar biasa panasnya, seringkali kita lihat kedua-duanya dipasang. Full blast lagi!
Tapi tahukah anda, dengan menggunakan kipas dan aircond dalam satu masa yang sama, kita sebenarnya hanya akan memburukkan lagi keadaan?
Menurut perkongsian facebooknya, seorang juruteknik Muhammad Noramin Mat
telah menjelaskan kenapa hal tersebut bakal memberi kesan kepada prestasi aircond anda. Ikuti penjelasan lanjut dalam perkongsian seperti di bawah :“Assalamualaikum.
Semalam aku ada bagitau pasal ON AIR COND + ON KIPAS BIASA.
Kalau korang nak tahu, bila korang on je dua dua benda ni dalam masa yang sama, nanti suhu panas dengan suhu dingin boleh bergaul, lepastu nanti filter air cond korang pun cepat tersumbat.
Jadi benda macamni, korang kene kerap cuci filter air cond korang. Kalau tak cuci macam mana laa nak rasa SENSASI dingin air cond tu kan? Korang banyak rasa angin dari korang rasa dingin.
Kalau macam tu rugi je pasang air cond kat rumah kalau rasa dingin tu tak BEST! kan?
Situasi normal bila ON AIR COND & off kipas biasa.
Kitaran hawa panas dan dingin dalam kondisi yang baik.
Situasi ni kedua-dua on yang menyebabkan air cond pening dengan suhu ruang bilik.
Secara ringkasnya, Encik Noramin menerangkan bahawa penggunaan kedua-dua alat tersebut dalam satu masa akan menjejaskan keadaan penapis udara di dalam pendingin hawa seterusnya akan mengganggu prestasinya. Kediaman anda tidak akan sesejuk yang anda mahukan walaupun setelah membuka aircond.
Sumber : Muhammad Noramin Mat