Jika dahulu televisyen kita didatangkan dengan kaki dan badan seumpama peti. Kini tdak lagi malah ruang tamu telah disediakan tempat untuk televisyen Bahkan di pasaran banyak juga kabinet – kabinet yang menempatkan televisyen, direka khas agar mampu menempatkan segala bagai keperluan menonton.
Ads
Selalunya kita diberi jarak dalam lima kaki dari sinar televisyen dan aras paling ideal adalah apabila anda duduk, anda selaras dengan ketinggian titik tumpu peti televisyen tersebut. Jadi anda tidaklah perlu mendongak, lebih selesa menonton dan tidak mengganggu pandangan.
Ads
Paling menarik adalah pereka menyediakan dinding yang cukup luas khas untuk menempatkan televisyen dan aksesori lain. Ini termasukla koleksi peribadi, bahan bacaan dan lain-lain. Dinding juga direka berbeza dan diberi kemasan berlainan.Umpama kereta lumba, kabinet dan dinding diberi tumpuan khas agar mampu bertindak sebagai satu nilai estetika pada ruang.
Selalunya di datangkan dalam lima hingga tujuh kaki lebar bagi sebuah kabinet sedia ada atau bina dalam. Dan ketinggian boleh mencecah ke tujuh kaki tinggi. Jadi anda boleh melaras di mana kedudukan televisyen dan sebagainya selaras dengan keselesaan anda.
Ads
Di samping memenuhi keperluan tuan rumah yang mahukan segalanya lebih tersusun rapi, adanya kabinet seumpama ini, ia mempercepatkan kerja anda. Malah ruang kediaman juga nampak hebat dan eksklusif. Barulah segalanya terancang dengan rapi dengan kemas. simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memang jarang-jarang kita dapat lihat dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan gaya ala-ala New York City diketengahkan dan menjadi pilihan ramai. Meski pun begitu, konsep seperti ini tetap memiliki kelebihan serta keunikan yang tersendiri.
Bagi anda yang inginkan dekorasi hiasan dalaman rumah yang tampak lebih bergaya serta moden urban, mungkin konsep seperti ini boleh dijadikan sebagai pilihan anda.
Namun begitu, dekorasi hiasan dalaman yang berkonsepkan gaya ala-ala New York City ini lebih sesuai bagi anda yang memiliki jenis kediaman seperti apartment dan kondominium.
Selain itu, konsep seperti sememangnya amat sesuai digayakan dan dijadikan sebagai pilihan oleh golongan generasi muda khususnya. Bukan sahaja sesuai dan seiring dengan usia, ia juga merupakan pilihan konsep yang paling tepat untuk golongan muda.
Lihat sahaja pada perkongsian foto yang tertera, dengan menggunakan tona warna yang gelap dan kontra hasilnya dekorasi hiasan dalaman rumah tampak lebih elegan serta menawan.
Sumber: Facebook Kakidek
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Anda inginkan rumah kelihatan seperti berlian? Jangan risau. Di NU INFINITY, semuanya ada. “Diamond In The Rough” adalah nama yang diberi oleh pereka interior design ini. Jika anda duduk di rumah ini, anda tidak perlu risau tentang kegelapan dalam rumah kerana ada banyak sumber cahaya didalamnya. Boleh dikatakan setiap sudut dan celah-celah dinding tu ada lampu lah. Akan tetapi, saya lebih berminat dengan pemilihan kayu yang digunakan itu kerana ia sangat masuk atau kena dengan lampu yang bewarna seperti kekuningan. Baru lah nampak premium! Hahahahaha. Bukan itu sahaja, keadaan dalam rumahnya pun, nampak seperti senang untuk ke mana-mana. Ruang tamu dengan bahagian dapur. Dengan mudahnya, jika kita sedang duduk di sofa, dan berasa lapar atau dahaga, terus bangun dan pergi ke dapur.
Seterusnya adalah, demi untuk tidak dihalang oleh saiz, sebaliknya memberikan peluang untuk mereka bentuk ruang yang menakjubkan. Pada peringkat awalnya, reka bentuk yang difikirkan dengan baik adalah tepat. Koridor, yang mempunyai cermin kelabu samar tetapi padan, membesarkan unit sebaik sahaja seseorang memasukinya. Kerana tiada kawasan stor fizikal, kedalaman yang diperlukan untuk pemain elektronik menawarkan kami alasan untuk membina storan. Dapur berwarna gelap, dan kontras yang indah pada kemasan kayu dipertingkatkan dengan pencahayaan terarah.
Akhir sekali, bilik tidur mempunyai ciri-ciri yang sama tetapi telah dilembutkan dengan menggunakan kemasan yang lebih lembut, seperti kusyen di kepala katil. Tambahan lagi, pereka ini memilih biru mewah yang cantik untuk Bilik Tidur Utama dan biru semangat untuk Ruang Tamu untuk memberikan sedikit warna kepada keseluruhan harta tanah. Nada tambahan berfungsi sebagai aksen kepada keseluruhan warna tirai latar unit.
Kesimpulannya, interior design ini juga bagus dan sesuai untuk orang yang bujang dan meminati rumah yang dengan warna gelap.
Hasil seni kreatif anak muda ini memang tidak dapat disangkal. Juara Pereka Muda Milik Pelajar UIAM & City University Of Malaysia (AYDA). IMPIANA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada kedua pelajar yang mempunyai bakat menzahirkan sebuah rekaan terbaik.
Muhammad Afzal Hasmi dari kategori Seni Bina dan Amirah Afiqah Abdullah dari kategori Reka Bentuk Dalaman, diumumkan sebagai pemenang emas Anugerah Pereka Muda Asia 2021 (AYDA) ke-14 untuk kedua-dua kategori berkenaan.
Pengumuman itu dibuat pada majlis kemuncak anugerah yang disiarkan secara maya baru-baru ini.
Anugerah AYDA 2021 dianjurkan oleh Nippon Paint Malaysia bersama rakan kerjasama syarikat IJM Land Berhad. Sebanyak 1,276 penyertaan diterima dari kedua-dua kategori Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman pada tahun ini.
AYDA 2021 bertemakan ‘FORWARD: Amplifying Empathy Through Design’ dan mencabar generasi pereka muda untuk melangkaui batasan reka bentuk di luar ruang satu dimensi.
Ia juga menilai permintaan pelanggan yang kian berubah menurut zaman di samping mengambil kira kemampanan dan penjagaan alam sekitar.
Pengarah Urusan Kumpulan Nippon Paint Malaysia, Yaw Seng Heng, berkata reka bentuk pada masa kini perlu menerokai pemahaman emosi pada tahap yang kian meningkat.
“Pereka seni bina dan reka bentuk dalaman bukan sahaja perlu meningkatkan nilai komersial rekaan mereka tetapi juga memelihara alam semula jadi dan memahami emosi manusia.
“Pemenang kami berjaya menyampaikan objektif tema di dalam rekaan mereka dengan penyelesaian reka bentuk yang berkesedaran dan merangkumi kemampanan serta mangambil kira faktor sosial dan emosi,” katanya.
Muhammad Afzal dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dianugerahkan pemenang emas bagi kategori Seni Bina dengan projeknya yang bertajuk `Pusat Komuniti Sejahtera’.
Rekaan seni binanya mempunyai kemudahan yang inovatif dan bertujuan memperkasakan keusahawanan tempatan agar rezeki mata pencarian dan keperluan sosial rakyat dapat dikekalkan pada `norma baharu’ demi mencapai komuniti sosio ekonomi yang harmoni dan berdaya tahan.
Manakala Amirah Afiqah dari City University Malaysia muncul sebagai pemenang emas untuk kategori Reka Bentuk Dalaman dengan projeknya yang bertajuk ‘Bakau’.
Rekaan ini berikhtiar membangunkan hab pertanian dengan pelbagai aktiviti harian seperti komersial, sosial, pendidikan dan pusat pemeliharaan agar manusia dapat hidup di alam sekitar ekosistem kehutanan paya bakau yang mampan.
Kedua-dua pemenang membawa hasil rekaan mereka dan mewakili Malaysia ke pusingan akhir di peringkat antarabangsa di mana mereka akan bersaing dengan barisan pemenang emas dari 16 negara yang lain.
Pemenang hadiah utama untuk kedua-dua kategori tersebut berpeluang menghadiri program Design Discovery selama enam minggu yang dibiayai penuh pada tahun 2022 di Universiti Harvard Graduate School of Design di Boston, Amerika Syarikat dan bernilai ASD10,000.
Pengarah Urusan IJM Land Berhad, Dato’ Edward Chong, pula berkata reka bentuk pemenang anugerah adalah penuh dengan pembaharuan.
“Kami percaya usaha kerjasama syarikat kami dengan AYDA dapat terus menggalakkan pelajar Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman untuk cemerlang dan memperkasakan kebolehan mereka sebagai pemangkin yang boleh mempengaruhi persekitaran masa hadapan.
“Sudah lapan tahun kami bekerjasam dengan AYDA. Ia adalah satu perjalanan yang sungguh hebat dan kami berharap dapat terus menjalinkan kerjasama ini bersama AYDA,” katanya.
Ini adalah tahun kedua pertandingan AYDA dikendalikan secara maya oleh kerana COVID-19.
Bagi menambahkan pengalaman yang unik kepada para peserta AYDA, Nippon Paint Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menyediakan beberapa sesi interaksi dan bimbingan secara digital dan maya demi memastikan peserta dapat berinteraksi dengan mentor dan jurulatih industri.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.