Begini cara betul tanam terung dalam pasu. Lagi-lagi bagi yang tinggal di rumah taman dan miliki ruang tanah yang terhad. Kaedah penanaman pokok terung dalam pasu merupakan pilihan terbaik.
Bolehlah tanam di tepi-tepi rumah. Jika mempraktikkan kaedah penanaman berpasu yang tepat, terung akan menghasilkan buah yang lebat dan elok hasilnya. Mohd Amri berkongsi cara dan kaedah penanaman pokok terung dalam pasu tepi rumah.
Kaedah Tanam Terung Dalam Pasu
Siapa tak suka kalau pokok terung menjadi seperti ini kan? Saya suka untuk berkongsi dengan tuan/puan berkaitan dengan penanaman terung di dalam pasu. Saya tanam terung ini sekitar empat hingga lima pasu sahaja. Kenapa pasu? Kerana saya tinggal di rumah taman. Tak cukup tanah. Hihi.
Jadi saya kongsikan serba sedikit pengalaman dan caranya.
1. Penyediaan Bekas & Medium
Saya hanya menggunakan pasu yang dibeli di kedai eco. Manakala medium yang saya gunakan ialah tanah campuran yang terdiri daripada tanah hitam sawit, tanah merah bakar, sekam mentah dan bakar dengan nisbah 2:1:1. Sambil itu saya akan gaulkan dengan dua sudu makan baja organik seperti mana yang saya gunakan iaitu baja nlegrow.
Gaulkan dan siramkan setiap hari sehingga tiba hari pemindahan anak pokok. Kaedah ini saya anggap sebagai baja lapik bertujuan untuk “menghidupkan tanah” melalui mikrob yang ada pada baja.
Ads
2. Penanaman Pokok
Setelah anak pokok yang disemai sudah cukup tiga minggu, saya pindahkan ke dalam pasu. Gaulkan tanah dan terus pindahkan anak pokok. Pada peringkat ini saya belum beri sebarang baja kerana sudah ada baja lapik seperti mana point pertama.
3. Penjagaan
Setelah dua minggu selepas tanam atau dalam bahasa pertanian, (HST), saya berikan lagi baja sebanyak dua sudu makan. Dan begitulah setiap dua minggu sekali aktiviti pembajaan saya. Saya tidak gunakan baja kimia kerana, saya lebih suka menggunakan baja organik. Selamat.
Setiap tiga hari sekali, saya akan membuat semburan organik seperti mana yang telah diajar di dalam group ini. Selain itu, penggunaan cuka kayu juga dilakukan secara berselang-seli.
Booster yang paling kerap saya gunakan ialah, booster yang dibuat secara mudah iaitu menggunakan yakult dan telur ayam. Cuma berbeza dengan orang lain, saya tambah sedikit molasess untuk menjadikan baunya lebih harum dan manis sedikit. Kurang bau hanyir.
4. Pemangkasan
Saya kerap melakukan pemangkasan “ringan” untuk membuang daun-daun yang lebar supaya cabang baru dan putik bunga cepat keluar. Sesetengah orang berpendapat, kalau dibiarkan sahaja daun lebau tu, jadinya mabuk daun.
Ads
5. Lalat Buah
Ada juga kes terung yang terkena serangan lalat buah. Simptomnya ialah, buah terung berlubang dek serangan lalat buah. Jadi saya kawal melalui penggunaan perangkap lalat buah. Alhamdulillahh, berkesan. Sebaik-baik elakkan penggunaan semburan kimia.
6. Siraman
Saya akan menyiram dua kali sehari iaitu setiap pgi dan petang. Kalau kebetulan hari hujan, memang tak siram lagi kecuali medium nampak kering. Yang penting, pastikan medium selalu lembab. Kalau tak, daun akan layu. Kalau ada modal yang lebih, boleh gunakan sistem siraman automatik.
7. Kebersihan
Pastikan daun yang dipangkas atau ada daun yang gugur ambil dan buang jauh-jauh. Kerana kalau dibiarkan akan menyebabkan pokok mudah terkena penyakit. Kalau sekitar pasu dah bersih, mata pun sedap memandang.
So, itulah sahaja perkongsian ringkas dari saya tentang tanaman terung di tepi rumah. Selamat mencuba ya.
Pokok Ketumbar Jawa sering digunakan sebagai penambah perisa dalam masakan mahupun untuk penjagaan kesihatan.
Rasanya sedap dan wangi bau daunya.Daunnya pula boleh dicampur dalam kuah tomyam sebab baunya sama macam daun ketumbar.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Shariffuddin Ar Lambensa ini sebagai panduan untuk menanamnya di sekitar rumah.
Tip supaya pokok Ketumbar Jawa daun lebat dan banyak.
Cara-Caranya:
Setiap kali pokok Ketumbar Jawa menghasilkan bunga, pastikan bunga dipotong.
Bunga yang dipotong boleh dijadikan ulam.Ambil bunga muda sahaja yang baru naik, barulah ia lembut tak lah beduri tajam.
Ini kerana apabila pokok berbunga, pertumbuhan menjadi perlahan. Apabila bunga ketumbar jawa dipotong ianya akan menghasilkan anak-anak pokok yang merimbun dan sentiasa ada pucuk baru muncul di setiap pokok.
Jangan lupa membaja sekali setiap minggu sebagai nutrisi pemakanan pokok.
Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!
Khasiat Lain:
Daun Ketumbar Jawa ini direbus dan diminum untuk merawat demam, diabetes dan radang paru-paru.
Akarnya juga boleh direbus dan diminum untuk merawat batuk, selsema, merangsang peluh, menghentikan pendarahan rahim dan lain-lain.
Rebusan daun dan akar Ketumbar Jawa juga boleh merawat demam kuning, merangsang haid dan lain-lain.
Malah boleh juga dimasukkan di dalam masakan seperti sup, tomyam, telur goreng, rendang dan sebagainya.
Ancaman fizikal utama pada tanaman adalah serangga. Antara yang ramai risau adalah serangan beluncas hijau yang besar jari tu. Tu memang satu malam boleh botak pokok dikerjakan.
Hipni Jafar berkongsi cara mudah atasi masalah serangan beluncas hijau ini hanya dengan menggunakan bahan dari dapur
BAHAN-BAHAN:
1 sudu Cecair pencuci pinggan Glo
2 sudu Aji no moto
1 sudu minyak masak
1 liter air
CARA-CARA:
Campurkan semua bahan ke dalam botol semburan. Goncang sampai larut dan sembur pada seluruh pokok.
Selepas 2 hari, semua ulat mati termasuk siput perosak.
Tugas Edry Setiap Tahun ‘Selimut’ Tanaman ‘Daphne’ Di Laman Rumah Dari Terkena Salji.
Siapa sangka selain menggemari bidang seni, penyanyi dan komposer Edry Abdul Halim,48 juga meminati bercucuk tanam di laman rumah.
Dalam perkongsian terbaru di Instagram, Edry yang baru sahaja kembali ke rumahnya di Bamford, Manchester, United Kingdom (UK) setelah 7 bulan bertugas di tanah air, berseloroh telah bertukar profesion menjadi ‘pekebun antarabangsa’.
“Tugas dari artis Malaysia, menjadi pekebun antarabangsa 😜
Tugas Setiap Kali Musim Sejuk
Edry berkongsi pengalaman ketika ini kebanyakan negara di Eropah telah memasuki musim sejuk dan jangkaan daripada ramalan kaji cuaca salji akan turun salji di kawasan rumahya dari malam sehingga ke pagi.
6 tahun berhijrah ke Manchester, Edry ada menanam pokok ‘daphne’ di laluan masuk rumahnya. Setiap kali tibanya musim sejuk, juri jemputan Kilauan Emas 2024 ini akan melakukan rutin ini bagi mengelakkan tananam tersebut mati.
Edry menjelaskan bahawa tanaman tersebut jenis ‘manja’ dan tak tahan sejuk. Ia akan jadi lebam dan mudah mati apabila terkena salji.
Jadi sebagai langkah penjagaan tanaman ini, menjadi tugas Edry setiap tahun setiap kali tibanya musim sejuk melindungi pokok-pokok tersebut dengan kain ‘fleece’. Ia bertujuan mengelakkan dari terkena salji serta mengekalkan suhu pokok dalam keadaan panas.
Cold icy start to the day in Bamford ❄️
Mendirikan rumahtangga bersama Milia Mohammed, pasangan bahagia ini baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan ke-25 pada 5 November lepas dan dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Emil, 24; Edylia, 21, Emery, 17 dan Elya, 14.
IMPIANA: Terima kasih berkongsi tip dan pengalaman penjagaan tanaman pada musim sejuk. Memang sayang, jika dah tanam pokok bertahun lamanya akhirnya mati begitu sahaja setiap kali perubahan musim. Semoga menjadi panduan buat pencinta laman yang lain.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.