Apabila kain ‘buruk’ untuk mengelap kekotoran di ruang dapur selalu digunakan, sudah pasti ianya akan meninggalkan kesan kotoran degil dan sukar untuk dibersihkan.
Malah, bukan itu sahaja, kain ‘buruk’ juga akan berbau busuk apabila ia semakin kerap digunakan meski telah dibersihkan dengan beberapa kali cucian.
Jadi, sudah pasti ada di kalangan anda yang mengalami masalah sedemikian mesti ingin mengetahui cara yang mudah untuk membersihkan ‘kain buruk’ tersebut.
Menerusi satu perkongsian pemilik akaun media sosial Instagram, Jason Jezi telah berkongsi tip dan cara mudah untuk membersihkan ‘kain buruk’ di dapur.
Ads
Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah letakkan ‘kain buruk’ ke dalam sebuah bekas atau baldi kecil.
Kemudian campurkan sedikit ubat gigi bersama satu sudu garam dan air cuka ke dalam bekas tersebut. Selepas itu, tuangkan air suam dan biarkan rendaman ‘kain buruk’ anda selama 20 minit. Akhir sekali, bilas ‘kain buruk’ yang telah direndam dengan air sehingga bersih.
Selain itu, bagi mengekalkan ‘kain buruk’ anda sentiasa kekal bersih dan tidak berbau busuk, anda disarankan untuk melakukan kaedah pembersihan ini seminggu sekali. Mudah sahaja kan caranya? Selamat mencuba!
Sumber: Instagram Jason Jezi
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Mangsa banjir perlu ambil tahu dan langkah berjaga-jagaAcap kali kita mendengar negeri Pantai Timur yang sering menanggung kesan dari punca banjir pada setiap hujung tahun. Tetapi kali ini kesan yang amat dasyat melanda negeri yang tidak pernah mengalaminya.
IMPIANA mengambil kesempatan berkongsi teknik dan cara untuk mangsa banjir menjaga barang elektrik yang telah ditenggelami air. Terutama peti sejuk, jika rumah anda sudah surut dengan air. Jangan terus menghidupkan suis peti sejuk anda. Biarkan ia selama 5 hari atau 7 hari biarkan komponen pada peti sejuk anda betul-betul kering. Komponen tersebut terletak pada belakang peti sejuk anda.
Begitu juga dengan perkakas elektrik lain. Jangan terus guna atau nyalakan suis ini mampu membuatkan perkakas elektrik anda terbakar atau meletop. Jadi elekkan perkara ini berlaku. Tambahan pula, kalau dah rosak nak kena beli baru kan. Ini semua adalah kos yang membuatkan ramai akan pening kepala.
Tip Cuci Rumah Lepas Banjir
1. Langkah pertama, pastikan barang yang tidak perlu terus dibuang dan yang mana masih berguna boleh dibasuh dengan sebaiknya. Hilangkan kesan lumpur dengan sebaiknya.
2. Seimbah keseluruhan dalam rumah dengan air bersih ulang sehingga kesan kotor seperti lumpur bekurangan. Tolak air kotor yang masih berada di dalam rumah.
3. Pastikan susun semula kedudukan asal kedudukan perabot dan hiasan dalam rumah anda.
Langkah Berjaga Musim Banjir
1. Simpan barang berharga di tempat yang mudah di capai dan mudah diselamatkan.
2. Packing baju dan keperluan peribadi ditempat berasingan yang mudah dicapai.
3. Pastikan anda sentiasa berada di dalam keadaan mood bersedia untuk dipindahkan, sewaktu musim banjir.
4. Awasi anak-anak dan jangan terlalu leka mahupun serabut dengan keadaan, bertenang dan berfikir dengan sebaiknya.
Kenderaan Masuk Banjir
Jika kenderaan anda ditenggelami banjir anda perlu lakukan ini.
1. Jangan start enjin.
2. Ambil gambar, catat lokasi, masa dan tarikh kejadian banjir.
3. Bila Banjir dan surut, jangan start enjin lagi tetapi call towing insurans untuk tow kereta ke balai polis untuk buat report.
4. Selepas siap buat report, boleh hantar ke mana-mana workshop panel insurans untuk membuat claims.
Musim durian dah tiba. Bagi peminat tegar, pemburuan durian perlu dilakukan segera. Sebab nanti dah lewat musim, durian mula rasa tak sedap. Buah pula biasanya pada hujung-hujung musim kurang mengancam. Biasanya buah pada kitaran pertama musim sentiasa terbaik.
Tangkai menceritakan segala-galanya ketika hayat si durian
Tapi agak mengecewakan jika buah yang dibeli tidak memuaskan apabila dimakan, kurang nikmat durian. Biasa nya peniaga akan bagitahu semua buah terbaik jadi bagi mengatasi masalah terbeli buah yang tidak sedap ini, jadikan 8 tip ini sebagai panduan
1. Tangkai
Pertama sekali ketika memilih durian perlu lihat pada bahagian tangkainya. Tangkai menceritakan segala-galanya ketika hayat si durian. Durian kalau dah masak ia akan jatuh sendiri kan. Jika durian yang jatuh sendiri, tangkainya kelihatan bergigi. Manakala yang licin itu, maknanya belum masak lagi tapi telah dipetik.
Tangkai yang masih segar, bermakna ia baru gugur. Ini menunjukkan buah masih segar dan kandungan gas dalam buah pun tak banyak dan isinya enak.
Cungkil sikit pada bahagian kulit tangkai. Kalau kulitnya tebal, ia bermaksud isinya pun tebal. Kalau bahagian dalam kulit nya kuning, ini bermakna isi dalamnya kuning.
2. Pilih yang ringan
Jangan sibuk nak ambil durian yang berat. Ini antara salah satu kesalahan yang kerap dilakukan oleh pembeli. Bila berat, dia ingat isinya banyak. Buah berat tak bermaksud isinya banyak. Ia menunjukkan ia masih mentah atau terlalu berair dan kemungkinan busuk.
3. Goncang
Perasan tak kalau kita nak beli durian, penjual tua akan ketuk-ketuk dan goncang? Baik anda buat sendiri. Kot-kot ditipu. Kalau kedengaran benda bergoncang dalam tu, ia menunjukkan isinya kering dan sudah masak. Isi kering tak bermakna kering kontang. Ia bermakna enak dimakan lah tu.
4. Bentuk fizikalnya bulat
Orang kata kalau jenis bulat ini isi nya tebal. Tapi sebanrnya bergantung kepada jenis. Tapi kalau boleh, berusaha ambil yang bulat lah ya.. durian bukit banyak bulat. Itu yang sodap.. makan seulas pun dah kenyang
5. Tengok kulit
Durian dengan durinya halus dan rapat, ia menunjukkan isi dagingnya jenis yang lembik. Kalau yang durinya besar-besar dan jarang, ini menunjukkan isinya padat. Bila makan tu tak susah nak kemas. Isinya boleh kita makan sampai nampak biji bersih suci.
6. Tepuk manja
Tepuk-tepuk manja pada permukaan kulit durian. Jangan kuat-kuat, nanti tembus pula durinya. Kalau boleh gunakan sesuatu yang solid. Kalau peniaga, dia guna parang untuk belah durian tu. Kalau dengar bunyi merdu “buk-buk” maksudnya durian dah matang. Kalau bunyinya macam pantul cepat “kedepek” bermakna durian masih muda
7. Tampok/juring lima
Macam manggis, nak tentukan isi di dalam ada berapa kita akan tengok tampuk. Sama seperti durian. Anda perlu pilih yang ada tampuk lima di bahagian bawah durian. Kalu 6 atau lebih, jangan ambil. Ini bermakna isinya tak banyak. Pastikan juring atau tampuk tersebut jelas sampai ke sisi kulit durian.
8. Aroma yang menawan
Selesai ketujuh-tujuh tip, barulah tip ke-8 dilakukan. Bau durian sedekat yang boleh. Kalau boleh, biar durinya betul-betul terkena sedikit pada hidung. Kalau baunya harum manis, ini bermakna durian masih optimum. Kalau tidak berbau, ini bermakna durian sudah masuk angin. Durian yang dah masuk angin rasanya hambar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pernah atau tidak anda melihat sebuah binaan rumah yang telah dihasilkan serta dibina sepenuhnya daripada kayu buluh? Tidak dinafikan, memang jarang-jarang untuk dapat kita lihat binaan rumah yang sedemikian.
Tambahan pula, dengan perubahan era zaman yang semakin moden dan maju kehadapan, memang sudah pasti binaan rumah seperti ini kelihatan asing dan sesuatu yang sangat luar biasa pada masa kini.
Namun meski begitu, tiada apa yang mustahil atau penghalang bagi membangunkan binaan rumah sedemikian pada masa kini. Baru-baru ini, terdapat satu akaun di laman media sosial Facebook yang dikenali sebagai Rumah Impian telah memuat naik beberapa keping foto di laman maya berkenaan.
Menerusi hantaran tersebut telah memaparkan sebuah binaan rumah yang telah siap dibina sepenuhnya daripada kayu buluh lantas sekaligus membuatkan binaan rumah ini mendapat perhatian ramai.
Lihat sahaja lah hasilnya, binaan rumah berkenaan sememangnya tampak sangat unik dan luar biasa berbanding dengan binaan rumah yang lain. Jadi tidak hairan lah mengapa rumah ini telah meraih perhatian wargamaya.
Semoga binaan rumah ini dapat dijadikan sebagai satu sumber idea dan inspirasi kepada orang khususnya buat mereka yang sememangnya gemar dengan alam semula jadi.
Sumber: Facebook Rumah Impian
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.