Sains

Kajian Kes Dedah Kawasan Berisiko Tinggi Pembentukan SINKHOLE Di Kuala Lumpur & Ampang Jaya

Share

Kajian Kes Dedah Kawasan Berisiko Tinggi Pembentukan SINKHOLE Di Kuala Lumpur & Ampang Jaya. Kejadian seorang wanita warga India terjerumus ke dalam lubang benam di Masjid India baru-baru ini cukup membimbangkan ramai pihak.

Ramai yang bimbang dengan keselamatan diri apabila berada di lokasi ini. Adakah rumah yang di didiami di kawasan berpontensi untuk pembentukan sinkhole ini benar-benar selamat untuk diduduki dan terhindar dari bencana.

Pendedahan daripada Public Health Malaysia mengenai kajian kes kawasan berisiko tinggi pembentukan sinkhole di Kuala Lumpur dan Ampang Jaya ini boleh dijadikan panduan.

Kajian “Sinkhole Susceptibility Hazard Zones Using GIS and Analytical Hierarchical Process (AHP): A Case Study of Kuala Lumpur and Ampang Jaya”

oleh Rosdi et al. (2017)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kawasan yang berisiko tinggi terhadap pembentukan sinkhole, yang boleh memberi implikasi serius terhadap pembangunan infrastruktur dan keselamatan awam.

Kajian ini menggunakan gabungan teknologi GIS dan AHP untuk menghasilkan peta risiko yang boleh membantu dalam perancangan bandar dan mitigasi bencana.

5 Parameter Utama

Lima parameter utama yang digunakan dalam kajian ini termasuk jenis batuan, penggunaan tanah, kedalaman air bawah tanah, dan lain-lain, adalah faktor penting dalam perkembangan sinkhole.

Lokasi Kejadian Sinkhole Sebelum Ini:

• Ampang
• Pudu
• Kepong
• Kg. Baru

Lokasi dengan Risiko Rendah (Low Risk):

• TTDI
• Bukit Jalil
• Sg. Besi

Lokasi dengan Risiko Tinggi (High Risk):

• Pudu
• Cheras
• KLCC

Lokasi dengan Risiko Sangat Tinggi (Very High Risk):

• Kepong
• Kg. Baru
• Ampang
• Pandan Jaya

Kajian ini juga menyarankan agar teknologi ini diterapkan secara meluas dalam perancangan bandar dan pengurusan risiko bencana untuk mengurangkan kesan negatif terhadap infrastruktur dan keselamatan awam.

Sekadar info, lubang benam (sinkhole) berlaku akibat pergerakan tanah.Mendapan tanah dipercayai akibat beberapa kemungkinan. Antaranya perubahan kandungan air dalam tanah di bawah permukaan muka bumi. Keupayaan struktur tanah untuk menanggung beban daripada atas akan berkurangan sekiranya kandungan air atau kelembapannya berkurangan.

Misalnya tanah yang lembap bersifat lempung seperti ‘clay’. Andai berlaku pengeringan, lempung dan lodak ini akan mengecut menyebabkan struktur tanah berubah.

Kestabilan tanah akan bertambah buruk jika muka air bawah tanah atau ‘water table’ menurun secara mendadak mengakibatkan kekurangan tekanan hidrostatik untuk menyokong beban yang sedia ada.

Andaian kedua berkemungkinan daripada pemampatan tanah yang tidak seimbang. Isu itu berlaku akibat tanah yang ditambak menggunakan bahan buangan pembinaan bercampur dengan bahan bukan batuan sekali gus menyebabkan mendapan di luar jangka.

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:

Berdepan Risiko Rumah Bocor, Bumbung Konkrit Rata Tinggi ‘Maintenance’ Tak Sesuai Cuaca Di Malaysia
Baca lagi Di Sini:“Jangan Pakai Concrete Slab…”, Tukang Ini Kongsi Panduan Pilih Bumbung Terbaik Untuk Rumah
Artikel Menarik: “Jangan Pakai Concrete Slab…”, Tukang Ini Kongsi Panduan Pilih Bumbung Terbaik Untuk Rumah

IMPIANA: Semoga lebih berwaspada dengan lokasi kawasan berpontensi dengan pembentukan sinkhole ini. Semoga pihak berwajib mengambil langkah serius dalam mengenalpasti kawasan berpontensi ‘sinkhole’ bagi mengelakkan bencana berlaku.

Sumber: Public Health Malaysia

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Binti Abd Wahab