Selain tanaman indoor seperti alovera, lidah mertua dan sebgainya, kaktus juga dikatakan mempunyai keupayaan menyerap radiasi. Kaktus mengandungi flavonoid yang dikenali sebagai bahan antioksidan yang dapat melawan allergi dan virus. Ada juga pakar menyatakan bahawa kaktus sebagai salah satu bahan anti kanser. Kesan dari anti radang yang terdapat pada kaktus berupaya menyembuhkan iritasi kulit serta mempercepatkan pertumbuhan sel kulit yang baru. Universiti Arizona meneliti kandungan Pektin yang terdapat di dalam kaktus dan mendapati ia berupaya menurukan LDL (Low-density lipoprotein
cholesterol) yang terperangkap dalam tubuh. Disamping itu juga, ia dapat membantu memnstabilkan kadar glukosa darahKaktus yang di jadikan sebagai hiasan atau indoor plant didapati berupaya menyerap radiasi Elektomagnatik yang terdapat di dalam kediaman anda. Di Jepun, pekerja memilih kaktus sebagai tanaman hiasan di atas meja yang diletakkan bersebelahan dengan monitor komputer untuk menghindari radiasi yang dipancarkan. Kaktus bukan sekadar membekalkan oksigen,s ia juga meneutralkan medan elektromagnatik yang terperangkap di dalam kediaman anda yang berpunca dari TV.
Satua kajian lebih kukuh telah dilakukan oleh Institut Geobiologi Swiss pada 1980-an mendapati orang yang kerap menghadap computer dan TV bakal menderita sakit kepala. Namun, setelah di tempatkan kaktus pada persekitaran pengidap, masalah itu dapat dikurangkan.
Sumber: http://www.ilmutani.com