Kalau Ada Pesakit Asma Dekat Rumah 5 Tanaman Hijau Ni Sesuai Ditanam

Share

Secantik mana pun kediaman kamu itu, tidak akan benar-benar hidup kalau tidak dihiasi dengan pepohon hijau. Bukan sahaja mendamaikan, tanaman rumah sangat penting untuk pengudaraan segar. Bagi anda yang mempunyai masalah sesak nafas, 5 tanaman ini dapat membantu anda memberi udara yang segar dan bersih. Harmoni dari alam semula jadi ke kediaman anda dengan pilihan 5 tanaman hijau seperti dibawah:

1 – Peace Lily

Seperti namanya begitu jugalah fungsinya. Memberi damai ruang rumah yang didiami. Tumbuhan ini memerlukan pencahayaan terus dari luar jadi pastikan ia di sudut yang betul. Peace Lily juga dikenali sebagai the communicative plant yang mampu memberikan isyarat apabila ia perlu disiram dan dijaga.

 

TIP: Ruang luas putih dan bersiling tinggi mampu menyerlahkan Peace Lily di kediaman.

 

2 – Dieffenbachia Camilla

Tempatkan di ruang cahaya. Suhu sesuai untuk tumbuhan ini adalah di bawah 65 darjah. Pun begitu, ia agak rapuh dan kering di hujungnya. Pastikan anda menjaganya dengan cermat. Apa yang pasti Dieffenbachia Camilla mampu memberi pengudaraan yang baik bagi setiap kediaman.

 

TIP: Perlu rajin menjaganya dan pastikan jangan dibiar ia kering. Tempatkan di ruang luas dan punya banyak sumber cahaya.

 

3 – Ficus Elastica

Permukaan daun tumbuhan ini berkilat dan berbentuk. Daunnya juga agak keras dan besar. Oleh itu, sesuai dijadikan ilham dekorasi yang mengisi kekosongan kediaman. Cukup hanya dengan menyiram sekali seminggu dan akan hidup dalam kediaman anda dengan memberi pengudaraan yang baik.

 

TIP: Rumit sedikit sebenarnya penjagaan Ficus Elastika kerana saiznya yang besar tetapi jika bijak dalam susun letak ia akan menjadi sudut tumpuan yang sangat menarik.

 

 

4 – Lidah Buaya

 

Juga dikenali sebagai Aloe vera dan mempunyai kandungan kira-kira 95 peratus air. Menurut kajian menanam Lidah Buaya dalam kediaman mampu menjadikan suasana dan persekitaran lebih sejuk dan tidak kering.

 

TIP: Jadi lebih kreatif dengan menanam Lidah Buaya dalam balang yang lebih kecil berbanding pasu besar.

 

5 – English Ivy

 

English Ivy memiliki bahan kimia organik yang mampu mengurangkan rasa sakit kepala dan mual. Mudah tumbuh dan mudah dijaga kerana tidak perlu disiram selalu. Tidak perlu pencahayaan terus. Tumbuhan malar menjalar ini boleh diletakkan di tepi tingkap atau gantungkan di tempat tinggi.

 

TIP: Kalau mahu menanam English Ivy di ruang kediaman, rajinkan diri untuk pangkas ya, kalau tidak tak ubahlah seperti semak di luar rumah.

 

 

 

Published by
Impiana