Bagi kebanyakkan orang, pisau merupakan salah satu item paling penting untuk digunakan ketika memasak di dapur. Tetapi akibat dari reaksi kimia antara iron (besi) dengan air dan udara, pisau boleh berkarat dan mungkin membahayakan kesihatan.
Mengikuti perkongsian dari saudara Abdul Rashid Abdul Manaf di akaun Facebooknya, ini langkah paling mudah untuk menghilangkan karat. Hanya dengan bahan yang boleh didapati di dapurini, pisau berkarat akan kembali bersinar seperti baru. Selamat mencuba!
Tip Membersihkan Karat
Apa yang anda perlukan :
1. Sebotol cuka makanan
2. Minyak masak/minyak pelincir
Caranya :
- Rendam pisau yang berkarat kedalam cuka makanan selama 24 jam
- Kemudian bilas dengan air sehingga yakin bersih
- Akhir sekali, sadur pisau dengan minyak masak atau minyak pelincir
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bawah Kuali Hitam Macam Ketiak Berkerak, Guna Sabun Cap Buruh Sahaja Untuk Hilangkan!
Jika hampir setiap hari kita memasak di dapur sudah semestinya periuk dan kuali yang kita gunakan akan menjadi hitam sehingga berkerak.
Apabila kesan kerak pada kuali semakin menebal, semakin susah lah untuk kita mencuci dan menyentalnya. Betul tak?
Kini, anda tidak perlu lagi bimbang kerana ada langkah yang sangat mudah untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan hanya menggunakan sabun buku cap buruh.
Kalau zaman dulu-dulu, sabun buku cap buruh ini hanya digunakan untuk membasuh pakaian kerana ia sangat berkesan untuk menghilangkan kotoran degil yang melekat pada baju.
Namun kini tidak lagi kerana sabun buku cap buruh ini juga dipercayai boleh digunakan untuk menghilangkan hitam bawah kuali. Nak tahu caranya?
Pertama, ambil seketul sabun cap buruh kemudian sagat sehingga halus lalu dicairkan sabun yang telah disagat tadi bersama air di dalam sebuah besen.
Seterusnya, rendam kuali atau periuk yang anda ingin dibersihkan ke dalam air sabun tadi dan dibiarkan semalaman.
Akhir sekali, gosok bahagian bawah kuali dengan dawai pencuci pinggan sehingga bawah kuali anda menjadi putih seperti baru. Mudah kan?
Sumber: Bidadari.my
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Tip Hilangkan Kesan Hangus Pada Permukaan Besi Seterika
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Beli Kepala Paip ‘Shower’ Mahal, Buat Sendiri Guna Paip PVC Lebih Jimat & Mudah!
Kepala paip air pancuran ‘Shower’ mandian di bilik air rumah anda telah rosak? Anda tiada bajet untuk beli baru kerana harganya terlalu mahal? Mesti perkara seperti ini akan merungsingkan anda, betul tak?
Jangan bimbang, kerana ada cara yang mudah boleh anda lakukan untuk mendapatkan kepala pair air pancuran ‘Shower’ mandian tanpa perlu berbelanja besar.
Apa kata, anda hasilkan sendiri kepala paip air pancuran ‘Shower’ ini di rumah dengan hanya paip PVC sahaja. Caranya sememangnya mudah sahaja, anda cuma hanya memerlukan dua bahan sahaja iaitu paip PVC dan penyambung paip PVC.
Cara-caranya, anda perlu memasangkan kedua-dua bahan tersebut dan hasilkan bentuk seperti yang tertera pada gambar di bawah.
Kemudian, tebuk beberapa lubang di bahagian permukaan bawah paip PVC pada kepala paip air pancuran ‘Shower’ untuk saluran air.
Selepas itu, untuk tampak lebih menarik anda boleh warnakan seluruh permukaan luar kepala paip air pancuran ‘Shower’ mandian anda menggunakan cat semburan.
Setelah warna cat semburan telah kering sepenuhnya, anda boleh terus sahaja pasangkan ia di dalam bilik air mandian anda. Mudah sahaja kan? Anda pun boleh membuatnya sendiri di rumah.
Bagi anda yang mahu mendapatkan kedua-dua bahan ini, anda boleh sahaja membelinya di mana-mana kedai ‘hardware’ atau peralatan logam yang berdekatan dengan anda.
Atau, boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Foto: Faceboook Deco Rumah Cara Kita
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Impiana Makeover Ruang Selebriti Saksikan Transformasi Kediaman Shiha Zikir, Warna Hitam Sebagai Pilihan Eksklusif!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Baiki Masalah Air Menitis Dari Aircond, Nak Buat Sendiri Pun Boleh!
Dalam dunia dekorasi rumah, keharmonian estetika dan fungsi adalah kunci. Namun,jika berlaku masalah teknikal seperti air menitis dari aircond memang merunsingkan.
Tak perlu risau lagi, ini panduan mudah untuk memperbaikinya sendiri, memastikan rumah anda tetap selesa dan cantik tanpa perlu bantuan profesional.
Cara baiki air menitik dari aircond
Dah cuci filter, air masih lagi menitik? Mungkin lubang takungan aircond anda tersumbat.
Saya nak kongsi cara saya buka/pasang aircond dan bersihkan lubang takungan yang tersumbat, menyebabkan air menitik dari aircond.
1. Peralatan yang digunakan
– Screwdriver
– Tangga lipat
2. Safety alert
– Matikan suis aircond sebelum mula
– Sekiranya anda gayat atau tidak boleh imbangkan badan semasa gunakan tangga lipat, jangan lakukan kerja ini.
– Facemask, sekiranya anda mempunyai alahan kepada debu/habuk
3. Tanggal housing aircond (gambar pertama)
– Buka screw yang ditanda (merah)
– Unclip housing aircond dekat bahagian atas
– Tanggalkan housing aircond
4. Alihkan panel elektronik (gambar kedua)
– Buka screw yang ditanda (merah)
– Alihkan panel ini kesebelah kanan untuk memberi ruang supaya kita dapat melihat lubang takungan yang tersumbat
– Nota : kotak biru merupakan takungan. Nanti kita akan curah air ke dalamnya.
5. Bersihkan lubang takungan yang tersumbat (gambar ketiga)
– Bersihkan lubang takungan dengan gunakan lidi, wayar keras ataupun cable tie
– Cucuk-cucuk dan tarik-tarik je.
6. Bersihkan kotoran dalam paip takungan (gambar keempat)
– Pergi ke luar rumah, cari paip yang mengandungi air takungan
– Buka paip tersebut, bersihkan kotoran di dalamnya (paip yang ada tape hitam, bulatan biru).
7. Langkah selanjutnya curah air dalam takungan
– Setelah kita bersihkan lubang takungan yang tersumbat, kita akan curah air ke dalam takungan tersebut untuk memastikan yang lubang itu confirm tidak sumbat
– Bila kita curah air ke takungan, air akan keluar daripada paip yang kita buka dekat luar rumah tadi (paip tape hitam, bulatan biru)
– Pasangkan unit aircond semula
– Alang-alang bersihkanlah filter ya.
Cara servis ini juga rujuk video yang dikongsi oleh beliau.
Semoga bermanfaat
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Mesti Baca:Mak Pesan Kerja Rumah Jadikan Rutin, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang
Baca Lagi Di Sini:PANDUAN ‘Checklist’ Penting Keperluan Pindah Masuk Rumah Baru Yang Perlu Disediakan!
Artikel Menarik:10 “Defect” Wajib Periksa Sebelum Pindah Rumah Baru!
Sumber: Fakaruddin Mohd
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI