Perabot Kayu Menjadi Buruk Setelah DiCat! Ikuti Teknik yang Betul Ini. “Baru-baru ini saya mengecat sebuah almari kayu lama bagi kelihatan lebih menarik. Namun hasilnya tidak begitu memberangsangkan, ia semakin kelihatan seperti perabot murah.Terdapat kesan cat yang tidak begitu kemas, bagaimanakah cara sebenar bagi mengecat perabot jenis kayu?”- Pembaca IMPIANAPernah tak anda mengalami situasi seperti ini? Niat asal hendak cantikkan perabot lama tapi hasilnya amat mengecewakan. Jadi, jika anda ingin mengelak daripada situasi ini, Anda harus mengetahui langkah yang betul.Kita berfokus kepada perabot jenis kayu. Sekiranya anda mempunyai struktur kayu di laman seperti gazebo, dek kayu, perabot, pagar kayu dan sebagainya, anda wajib membuat rawatan kayu dalam tempoh dua atau tiga tahun sekali. Bagi proses seperti merawat perabot kayu kesayangan, anda harus mengetahui beberapa tip dan info mengenainya. IMPIANA berkongsi kepada anda bagaimana struktur yang kelihatan usang boleh kembali baru dengan teknik mengecat yang betul.
Pemilihan jenis cat haruslah bersesuaian untuk kayu. Cat jenis ini kebanyakan tidak mengeluarkan bau seperti cat yang lain. Bahan asasnya iaitu air memudahkan anda untuk tidak menggunakan terpeting.
Sebelum proses mengecat, anda harus gosok dahulu permukaan perabot dengan kertas pasir halus supaya tiada sebarang kotoran. Permukaan yang bebas daripada kotoran memudahkan proses mengecat dan lapisan cat dapat melekat dengan baik pada perabot. Lap permukaan dengan kain basah bagi meresap debu dan biarkan mengering.
Ads
Gunakan berus sebagai medium sapuan. Sebaiknya sapuan tersebut mestilah dua atau tiga lapisan kerana andai hanya sekali sapuan maka ia kurang berkesan dalam memberi perlindungan pada permukaan perabot.
Ads
Cat permukaan yang telah disapu dengan primer kayu atau primer serbaguna ( gunakan primer serbaguna jika anda ingin mengecat pada permukaan cat lama).
Ads
Biarkan kering sepenuhnya lalu gosok sekali lagi menggunakan kertas pasir yang halus secara perlahan dan bersihkan debu dengan kain basah.
Kehadiran cicak di dalam kediaman bukan lah sesuatu yang comel. Sisa tinggalannya paling merimaskan. Silap-silap boleh kena sakit jantung sebab terperanjat tiba-tiba ia keluar tah dari celah mana.
Ini cara-cara mudah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi kehadiran cicak di dalam kediaman anda.
1. Guna kulit telur
Letak atau susun kulit telur yang telah dibersihkan di kawasan atau tempat yang berpotensi menjadi laluan cicak. Petua ini kerap digunakan oleh nenek moyang kita dahulu. Mungkin sebab cicak tak suka bau kapur yang terhasil dari kulit telur.
Seperti di masjid biru istanbul, memang agak sukar untuk membersihkan setiap inci ruang dalam masjid yang besar. Untuk mengatasi masalah najis cicak tersebut, kulit telur dihancurkan menjadi serbuk dan dicampur ke dalam cat.
Tapi kulit telur tersebut harus diganti dengan setiap bulan.
2. Serbuk kopi Campurkan serbuk kopi bersama tembakau. Gaul rata. lebih mudah cincang sikit tembakau untuk memudahkan proses berikutnya.
Ambil batang mancis atau pencungkil gigi dan sapu kan sedikit gam. Lekatkan adunan kopi dan tembakau tadi pada bahagian yang telah dialiskan gam kemudian letak di dalam ruang yang menjadi rumah cicak seperti almari.
Nanti mati lah cicak tu kalau dah makan tembakau tadi. Kopi tu hanya nak menarik perhatian cicak sahaja.
3. Bawang Perasan tak Orang Putih suke gantung bawang kat tingkap. Sebenar Nya selain untuk tujuan pengeringan, bawang merah dan bawang putih mampu mencegah cicak masuk rumah.
Cicak tak suka bau bawang terutamanya bawang putih. Selain digantung pada tingkap, boleh juga anda hasilkan pati bawang. Kisar bawang tersebut dan tapis kan. Sembur jusnya di kawasan laluan cicak. Cuma anda tahan atau tidak je lah bau bawang tu.
4. Lada hitam Bancuh lada hitam bersama air suam dan biarkan dalam 1 jam. Kemudian ditapiskan dan masukkan air rendaman tadi kedalam botol penyembur.
Sembur air lada hitam tadi di kawasan laluan cicak. Ada juga yang sarankan campur dengan serbuk cili. Tapi IMPIANA khuatir bahaya kepada isi rumah anda pula tambahan serbuk cili tadi boleh meninggalkan kesan kotoran pada tempat yang disembur.
5. Perangkap gam Perangkap gam atau paper trap paling mudah didapati. Selain kegunaannya untuk menangkap lalat, ia mampu memerangkap cicak.
Tampal paper trap pada bahagian lampu dan bucu siling. Kalau cicak lalu ia akan terperangkap dan anda lebih mudah membuang bangkai cicak yang telah melekat.
6. Air sejuk Sembur air sejuk pada cicak. Tapi anda perlukan air yang betul-betul sejuk berais. Bila terkena air sejuk tersebut, ia akan melumpuhkan pergerakkan cicak.
Bila dah jatuh dan tak boleh gerak, apa lagi SMASH IT.
7. Sos Tabasco Campur sos tabaso bersama air dan masukkan dalam botol penyembur. Sembur belakang almari dan rak. Jangan guna pada dinding ananti nampak kotor. Baunya yang tajam tak di gemari oleh serangga perosak di dalam rumah termasuk cicak dan tikus.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramadhan bakal meninggalkan kita, Alhamdulillah! Sedangkan ini adalah masa untuk muhasabah diri dan rohani, kita tidak dapat menafikan bahawa kita sudah menghitung hari untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ini bermaksud memeriahkan rumah kami untuk musim perayaan dan bersiap sedia untuk menganjurkan perhimpunan menarik bersama keluarga, kawan, jiran dan saudara mara! Dari ruang tamu anda, dan ruang makan ke dapur, ia akan menjadi lokasi tumpuan rumah terbuka. Tinggalkan kesan memori indah yang tidak dapat dilupakan pada tetamu anda dengan petua penting ini untuk menyediakan rumah anda dan menjadi tuan rumah yang sempurna semasa sambutan Raya dengan Cosentino.
Silestone Kitchen – Ethereal Dusk
Hidangkan Perhiasan dan Juadah Raya kepada Tetamu Anda di atas Meja Kopi di Ruang Tamu
Ruang tamu memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana yang mesra, di mana setiap ruang di dalam kediaman memainkan peranan yang penting. Meja kopi menjadi elemen dekor paling penting dalam ruang tamu, satu kemestian untuk menyediakan hidangan Raya yang lazat dan enak. Untuk memastikan ruang tamu anda bergaya, anda boleh memilih kemasan permukaan avant-garde Cosentino Ethereal oleh Silestone dengan warna seperti Ethereal Dusk yang mempamerkan gaya yang lebih moden. Untuk menambah ruang kediaman anda pada majlis yang meriah ini, anda juga boleh memaparkan pelbagai barangan hiasan perayaan seperti bunga segar untuk mencipta suasana semula jadi dan menyegarkan suasana Raya anda.
Anjurkan Jamuan Raya Anda di Ruang Makan Moden dan Anggun
Salah satu acara utama Hari Raya ialah menikmati jamuan istimewa yang dimasak sendiri bersama-sama ahli keluarga. Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai meja makan yang berkualiti dan kukuh untuk memastikan semua orang boleh duduk dengan selesa. Menjadi tuan rumah pasti ingin menempatkan para tetamu dengan keadaan yang selesa boleh mempertimbangkan untuk memasang salah satu Cosentino’s Ethereal dengan permukaan silestone yang terdapat dalam Ethereal Glow yang semata-mata tulen dan elegan, membawakan aksen warna ke setiap sudut atau Ethereal Noctis yang sinonim dengan kecanggihan. Dengan Ethereal asas putih neutral, anda boleh memilih untuk menggunakan pinggan mangkuk perayaan anda yang menetapkan gaya yang menakjubkan untuk hidangan
juadah raya. Selepas menyambut Hari Raya ruang kediaman anda pasti meninggalkan seribu rasa kemanisan dengan sentuhan moden yang masih mencuri perrhatian anda sendiri.
Juadah istimewa menjadi simbol utama dalam menyambut Hari Raya,ikatan mesra di antara sanak saudara dan sahabat handai. Ikatan mesra yang terpisah selama dua tahun ini bakal di serlahkan kembali dengan Raya tahun ini. Oleh itu, countertop yang berkualiti adalah penting untuk kerja dapur yang lasak dan hidangan yang lazat lebih berseri. Hanya dalam masa untuk Raya tahun ini, anda boleh mengubahnya dengan koleksi Ethereal by Silestone Cosentino yang dibuat dengan HybriQ+ yang eksklusif dan teknologi mampan yang mengurangkan kehadiran silika kristal dengan ketara untuk memastikan tiada bahaya atau gas buatan dikeluarkan. Oleh itu, anda boleh yakin bahawa apa-apa makanan yang disediakan di atasnya lebih selamat untuk dimakan oleh keluarga dan tetamu anda.
Silestone Mesa Salon – Ethereal GlowEthereal Haze – Detalle
Dalam memilih tema dekorasi, agak sukar untuk kita tentukan jenis warna yang akan kita gunakan sebagai warna utama agar ianya nampak sepadan dengan perabot yang kita pilih. Terdapat beberapa faktor yang wajar diberikan pandangan yang serius seperti kombinasi warna asas serta utama dan jenis ruangan yang akan dicat.
Anda pasti tidak mahu kelihatan sama warna dengan rumah orang lain, pastinya sebagai pemilik kediaman kita ingin muncul dengan idea tersendiri untuk mewarnai mahligai indah kita.
Oleh itu, IMPIANA menggariskan beberapa panduan pemilihan warna yang boleh anda terapkan di kediaman anda nanti.
Try and error di ruangan yang kecil
Saat ini anda masih lagi was-was dengan pilihan warna yang ada, jadi cuba dahulu di ruangan dinding yang kecil saiznya agar anda nampak kesannya setelah cat ditepek ke atas dinding. Ataupun anda boleh memilih dinding yang mudah untuk dilihat dan suai padankan perabot anda dengan dinging percubaan tersebut. Tetapi jika ianya nampak tidak sesuai, anda boleh tutupi kesilapan tersebut dengan hiasan wallpaper yang sesuai mengikut citarasa anda sendiri.
2. Pilih warna yang sesuai dengan mood anda
Tahukah anda jika anda tersalah memilih warna untuk bilik tidur, anda akan rasa susah untuk tidur seperti diganggu dan ia mempengaruhi kadar rehat anda dan kesan buruknya amat nyata di pagi hari selepas anda bangun dari tidur yang tidak lena. Oleh itu, pemilihan warna neutral seperti biru air laut serta hijau muda amat sesuai.
3. Periksa dahulu adakah warna cat anda sesuai dengan pencahayaan di kediaman
Sebelum anda membeli cat, anda pasti akan ditunjukkan oleh wakil penjual tentang pilihan kotak warna untuk rujukan anda. Di sini ketelitian anda amat diperlukan dalam menentukan warna apa yang sesuai dengan lampu yang digunakan di rumah kerana di Malaysia terdapat dua jenis lampu yang amat popular digunakan iaitu lampu pijar, warnanya agak kekuningan manakala lampu kalimantang pula menghasilkan warna putih serta sedikit biru.
4. Fahami susunan keluarga warna dari cerah hingga ke warna gelap serta ketahui jumlah kecerahannya.
Berikut adalah di antara dua sebutan yang popular dalam penentuan kadaran warna iaitu Hue dan Saturation. Merah dan biru adalah warna hue. Nilainya bergantung kepada tahap keterangan atau kegelapan sesuatu warna tersebut.
Saturation pula adalah tentang tahap kepekatan sesuatu warna tersebut. Ianya amat penting kerana cara ini dapat menentukan kombinasi warna yang akan anda gunakan samada kuning terang bercampur biru muda atau sebagainya.
5. Uji warna pilihan secara terus ke dinding utama pada skala kecil
Anda boleh cuba padankan segala pilihan warna terus ke atas dinding. Tetapi anda perlu bersedia dengan cat warna asal dinding, kerana anda perlu menutupnya kembali jika segala warna yang anda cuba tidak menetapi citarasa anda. Ini kerana di peringkat permulaan tadi, anda hanya bayangkan warna yang mengikut katalog yang disediakan, tetapi anda kini membawa pulang beberapa sampel yang bersesuaian.
6. Pemilihan warna mengikut skala lingkaran warna
Senjata utama para designer adalah skala lingkaran warna. Ianya membantu mereka dalam pemilihan kombinasi warna yang tetap. Contohnya, padanan warna merah terang dan hijau muda merupakan padanan ideal untuk tema gelap-terang. Skala ini membantu adunan warna tersebut tampak hebat apabila diaplikasikannya nanti.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.