Perabot Kayu Menjadi Buruk Setelah DiCat! Ikuti Teknik yang Betul Ini. “Baru-baru ini saya mengecat sebuah almari kayu lama bagi kelihatan lebih menarik. Namun hasilnya tidak begitu memberangsangkan, ia semakin kelihatan seperti perabot murah. Terdapat kesan cat yang tidak begitu kemas, bagaimanakah cara sebenar bagi mengecat perabot jenis kayu?”- Pembaca IMPIANAPernah tak anda mengalami situasi seperti ini? Niat asal hendak cantikkan perabot lama tapi hasilnya amat mengecewakan. Jadi, jika anda ingin mengelak daripada situasi ini, Anda harus mengetahui langkah yang betul.