Terzahir rasa kagum dan bangga apabila melihat satu pasangan suami isteri ini yang tetap bersemangat untuk melakukan pengubahsuaian serta dekorasi ruang dalaman kediaman mereka meski dengan hanya memiliki jenis rumah kampung yang mungkin kelihatan biasa pada pandangan segelintir mata masyarakat.
Namun begitu, pasangan suami isteri ini tetap tidak patah semangat dan menjadikan jenis rumah yang dimilikinya sebagai penghalang untuk mereka memiliki sebuah rumah yang cantik.
Dalam pada itu, suami pasangan ini juga yang dikenali sebagai Azizi Anuar ada memuat naik beberapa keping foto sebelum dan selepas hasil pengubahsuaian serta dekorasi rumah yang dilakukan menerusi satu hantaran di laman media sosial Facebook.
Jadi, pasti ada di kalangan anda yang sudah tidak sabar untuk melihat hasilnya kan, betul tak? Mari kita lihat bersama beberapa keping foto yang telah dikongsikan oleh IMPIANA buat tatapan anda semua di bawah.
SEBELUM
SELEPAS
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Ibu Mertua Beri Privacy Untuk Anak Menantu Bina Keluarga Sendiri, Tapi Tetap Tinggal Bersama