Kamar Tetamu Mengundang Rasa Syahdu

Share

Mungkin ada di kalangan gengdekor kita yang mempunyai kediaman besar . Atau pun lebihan kamar untuk dikongsi bersama. DI kalangan kita juga tidak ramai yang mahu membina kamar untuk tetamu. Mungkin sudah budaya kita, tetamu jarang mahu menghabiskan masa atau bermalam di kediaman kita. Namun jika lokasi kediaman anda terletak agak jauh daripada pekan mahu pun kediaman hujung minggu anda agak jauh daripada laluan kenderaan awam, mengapa tidak diwujudkan kamar tetamu.

Sebenarnya bila bercakap soal tetamu, bukanlah bermakna tetamu formal. Ia boleh jadi sepupu anda, sanak saudara, ibu bapa mertua yang bertandang, rakan lama mahu pun anak saudara kita yang mahu menghabiskan masa di kediaman kita sementara menanti cuti sekolah. Jadi bagaimana ruang yang ada boleh kita ubah dan hias agar dapat memberi keselesaan kepada mereka?

Siapa tahu dengan pengalaman yang ada, anda kini sudah boleh membina dan menghias HOME STAY sendiri. Sebetulnya kamar tetamu ini boleh dihias dengan menggunakan katil bujang atau pun queen. Terpulang kepada anda.Ia berdasarkan siapakah tetamu yang sering bertandang ke kediaman anda. Jika ibu bapa anda suka datang ke kediaman anda, bolehlah anda menyediakan katil yang cukup sesuai.

Sedar menghias. Selalunya elakkan hiasan yang terlalu banyak dan mudah dibersihkan. Maklumlah bukan setiap hari kamar ini digunakan. Keperluan asas perlu ada termasuk bekas keperluan peribadi. Kabinet almari yang sederhana besar dan mungkin disediakan televisyen sebagai usaha memberi nilai privasi kepada tetamu anda. Tidak salah jika and menyediakan bantal atau selimut lebih. Bagi yang sensitif mungkin boleh menyediakan barangan peribadi sekiranya mereka terlupa untuk bawa seperti berus gigi, tuala dalam , syampu dan sebagainya.

Dari aspek pemilihan warna, tiada batasan. Cuma seeloknya anda memilih warna yang mendamaikan , neutral atau warna lembut sebagai satu terapi. Kita bukan mudah untuk melelepkan mata di kamar baru atau kediaman orang. Itulah yang kita perlu pertimbangkan untuk tetamu kita. Simple-simple je di IMPIANA.

 

Published by
Faizal Yunus