Hydrangea atau lebih dikenali dengan nama tempatannya bunga Siti Zubaidah atau bunga tiga bulan. Ia bukanlah tanaman yang berasal dari negara-negara Inggeris. Hydrangea sebenarnya berasal dari Jepun dan menghiasi taman-taman kediaman mereka satu ketika dahulu. Ramai beranggapan, Hydrangea hanya sesuai sebagai tanaman iklim sejuk. Ramai juga yang berpendapat bahawa Hydrangea merupakan tanaman bermusim (annual) yang hanya mampu berbunga sekali sahaja. Betul tak? Sebenarnya, untuk Hydrangea tumbuh mekar di laman, ada beberapa perkara yag perlu anda kenal pasti.
Nak tahu cara betul tanam Hydrangea: Kapur dan Sulfur-Teknik Tukar Warna Bunga Hydrangea Yang Perlu Anda Cuba-Part 1
7. Rawatan khas
– Pastikan Hydrangea terima air secukupnya untuk 1-2 tahun pertama sebab kalau air kurang pokok akan cepat layu.
– Hydrangea tidak memerlukan pembajaan yang kerap. Jika terlebih baja, nanti mabuk daun pula. Bila daun terlalu banyak, bunga menjadi kurang.
– Selalu lakukan cantasan untuk mengawal saiz pokok. Cantas lebih kerap apabila bunga sudah layu untuk memberi peluang kepada bunga baru.
– Cantas bahagian pokok yang tidak menghasilkan bunga dan dahan yang terlalu tua. Ia mampu mengurangkan kepadatan pokok di samping elak persaingan. Jadi, baja yang diberikan terus fokus untuk menghasilkan bunga.
8. Cara mengubah bunga Hydrangea
Warna yang terhasil pada bunga hydrangea bergantung kepada pH tanahnya. Dan anda boleh mengawal warna yang anda ingin hasilkan untuk bunga Hydrangea anda. Bunga yang berwarna biru mudah di ubah ke warna pink. Namun sedikit sukar untuk bunga yang berwarna pink menjadi biru. Warna bunga boleh dikawal apabila pokok telah mencapai tempoh matang 2 tahun.
Antara langkah-langkah yang perlu anda lakukan adalah ;
1. Periksa pH tanah anda
2. Untuk mendapatkan bunga berwarna biru, kadar pH perlu direndahkan dengan menambah sulfur atau tanah gambut pada permukaan tanah.
3. Untuk mendapatkan bunga yang berwarna pink, letakkan kapur pertanian pada permukaan tanah.
Tip: AWAS! pH di atas 7.5 akan mengakibatkan pertumbuhan tidak sesuai kepada tanaman dan boleh mengancam nyawa pokok.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI