Laman

Kapur Sirih, Belacan dan Abu Arang Baja Organik Untuk Pokok Cili Berbuah Lebat

Share

Pokok cili ni nampak macam mudah sahaja untuk di tanam kan. Tapi sebanarnya cili adalah antara tanaman yang mudah kene serangan penyakit dari virus dan kulat. Oleh itu, daya tahan pokok amat penting bagi mengatasi masalah ini.

BAJA UNTUK MEMPERTINGKATKAN IMUNISASI POKOK CILI

Untuk bagi pokok cili kuat, tidak mudah patah, tidak mudah diserang penyakit serta berbuah banyak – untuk penanaman bersekala besar

Bahan-bahan:
Belacan 1/2 kg
Gula merah 1/2 kg
Air tanpa klorin 2.5 litre

Cara-cara:

1. Rendam belacan hingga larut/hancur dalam air tanpa klorin 2.5 litre dalam bekas yg sesuai.

2. Masukkan gula merah dan kacau hingga larut.

3. Tutup kedap bekas ini dan simpan di tempat redup selama 1 bulan. Cukup sebulan buka, kacau dan tapis dgn kain. Simpan dalam botol yang sesuai.

Cara guna:

100 ml + 20 litre air. Sembur pada pagi hari, seminggu sekali pada pokok2 cili dari mula penanaman.

ELAK DAUN POKOK CILI KERINTING

Atasi masalah daun pokok cabai/cili kerinting secara organik. Sesuai untuk semua daun yang diserang hama atau kutu juga

Bahan-bahan: 

100 g daun patawali atau daun hempedu bumi atau daun betik. (daun yg pahit)
1 sudu makan kapur sirih.
100 g kunyit hidup
Air 3-5 litre

Cara-cara: 

1. Ketiga-tiga bahan tadi ditumbuk halus, perah dan tapis ambil airnya.

2. Campur dengan 3-5 LITRE air.

3. Sembur/spray keseluruhan pokok dan di bawah daun-daun yg bermasalah.

MENYUBUR DAN PENGGALAK BUAH POKOK CILI

Untuk Suburkan Pokok Cili Guna Abu

Bahan-bahan:

3 kg abu
10 litre air

Cara-cara: 

1. Campur dan kacau ke dua-dua bahan.

2. Buang serpihan tidak terbakar yg timbul.

3. Rehatkan bancuhan ini 24 jam.

4. Lepas 24 jam abu akan mendap ke bawah dan tinggal air yg jernih.

5. Ambil 1 cawan air jernih ini dan campur dgn 10 litre air dan sembur pada pokok cili.

Published by
Impiana