Sebelum ini impiana ada kongsi beberapa artikel mengenai baja yang diperbuat dari minuman isotonik seperti Redbull. Tanaman yang dibaja dengan air isotonik kebiasaanya tumbuh lebih cepat dan subur.
Apa kaitan minuman isotonik dengan tanaman? Sebenarnya bukan minuman isotonik sahaja, sebarang jenis minimum bergas atau berkabonat memberi hasil yang sama
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Colorado University Boulder, minuman berkabonat mengandungi pelbagai jenis nutrient yang sangat diperlukan untuk tumbesaran tanaman seperti Magnesium, karbon, hydrogen, oksigen, sodium, sulfur, phosphorus dan potassium. Kesemu kandungan ini berupaya menjadikan tanaman anda cepat membesar dan menghijau.
Namun, ada beberapa perkara yang perlu anda perhatikan sebelum membari tanaman anda terapi air berkarbonat
Ads
1. Periksa kondisi medium tanaman atau tanah sebelum terapi diberikan. Jika tanah dalam keadaan lembap, jangan lakukan terapi kerana ia akan menyebabkan akar terendam dalam medium yang terlalu basah dan menyebabkan kematian
2. Pastikan air berkarbonat dalam suhu bilik sebelum terapi dilakukan. Menurut pakar hortikultur Hoffaman, air dalam suhu seuk akan melambatkan tumbesaran tanaman atau daun gugur.
Ads
3. Untuk dapatkan kesan yang lebih baik, lakukan terapi air berkarbonat seminggu sekali dan lakukan di awal pagi. Menurut University of California’s Statewide Integrated Pest Management Program, siraman di waktu pagi membolehkan tanaamn menyerap baik air
4. Lakukan siraman terus pada pangkal pokok. Tak perlu terlalu basah, cukup sekadar kelembapan untuk 1 inci kedalaman tanah
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Musim lembab, hujan setiap hari di beberapa kawasan mungkin antara punca atau musim pembiakkan serangga berkepompom yang terkenal dengan nama kemitetep atau dust warm ini.
Banyak posting berkaitan serangga perosak ni yang IMPIANA baca dan kebanyakkanya tak tahu bahawa serangga ni antara ancaman perosak di dalam rumah. Yatie Eimra berkongsi perinci mengenai serangga ini dan cara mengawalnya
Ulat ni sebenarnya dalam fasa larva sebelum bertukar jadi kupu-kupu. Selain kawasan berdebu, bersawang, kawasan berkelembapan tinggi (macam toilet, bilik stor/bilik yang tak cukup pengudaraan & cahaya matahari yang cukup), ulat habuk ni juga memang suka bersarang kat bawah katil & dalam almari.
Ulat habuk ni makan sawang labah-labah, rambut yang berguguran, bangkai serangga kecil dan juga fabrik. Ulat ni memang boleh sebabkan rasa gatal jika kita digigit.
Hapuskan Ulat Kemitetep Dalam Almari Pakaian
Kalau kupu-kupu bertelur dalam almari memang leceh sangat. Sebab korang takkan tahu kat baju mana ia bertelur.
Keluarkan semua pakaian dari almari.
Cari pakaian/fabrik yang berlubang. Jika ada, asingkan dari pakaian lain sebab kemungkinan ada telur disitu. (Kupu-kupu biasanya bertelur kat sumber makanan dia supaya baby ulat dapat makan dengan cukup).
Basuh pakaian yang berlubang dengan suhu 40°c, pakaian lain boleh dijemur dibawah panas matahari terik ATAU
Basuh jer semua pakaian dengan suhu 40°c (disarankan). Cara ni leceh sikit, tapi sekurangnya korang dapat pastikan semua pakaian dah takde telur kupu² tu.
Almari pakaian korang tu, spray dengan air sabun & campuran cuka (saya gunakan spray cuka serbaguna saya je). Lap seluruh bahagian dalam & luar jika perlu. Cuka ni bersifat asid & mampu membunuh telur-telur serangga & hama.
Untuk elak ulat habuk bersarang dalam almari lagi, boleh gunakan ubat gegat atau bahan penyahlembapan.
Untuk almari baju ni, saya lebih suka ubat gegat dengan wangian bunga macam dalam Gambar 2. Saya beli di Mr. DIY.
Hapuskan Ulat Kemitetep Bawah Katil
Cabut semua cadar & sarung bantal.
Jika bantal dari jenis yang boleh dicuci, sebaiknya cuci & jemur bantal. Jika bantal tak boleh dicuci, spray dengan larutan cuka sebelum jemur bawah matahari.
Vakum tilam & bersihkan bawah katil.
Spray dengan larutan cuka pada keseluruhan tilam & juga bawah katil. Biarkan kering sendiri.
Untuk elak ulat habuk bersarang lagi, boleh letakkan ubat gegat bawah katil. TAPI jika anda ada masalah pernafasan/ada anak kecil lebih baik gunakan daun² yang berbau kuat yang boleh berfungsi halau serangga contohnya daun salam, daun durian belanda, etc. Tukar daun baru bila dah kering.
Kawal Ulat Kemitetep Dalam Rumah
Jujurnya kita hanya mampu kurangkan/kawal jer populasi ulat habuk ni dalam rumah. Takde jaminan pun kupu-kupu takkan masuk dalam rumah & bertelur lagi. Cumanya kena kerap
Bersihkan habuk & sawang
Kena kerap bukak tingkap untuk galakkan pengudaraan bagi bilik yang sentiasa lembap.
Bersihkan almari & katil secara berkala
Vakum kawasan yang susah nampak/nak bersihkan contohnya bawah katil, celah trek pintu/tingkap sliding.
Bagi kawasan perumahan yang banyak kupu ni (biasanya perumahan berdekatan kawasan semak/kawasan yang belum diteroka), salah 1 cara nak kurangkan kupu masuk dengan elakkan buka lampu luar rumah sebab serangga akan mudah tertarik pada cahaya.
Harap-harap sikit sebanyak dapatlah bantu korang atasi masalah ulat habuk atau kemetetep tu
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Warna cat ideal untuk kediaman, jangan sampai tersalah pilih. Memang agak sukar untuk menentukan jenis warna yang akan digunakan sebagai warna utama agar ianya nampak sepadan dengan perabot yang telah kita pilih. Terdapat beberapa faktor yang wajar diberikan pandangan yang serius seperti kombinasi warna asas serta utama dan jenis ruangan yang akan dicat.
Anda pasti tidak mahu kelihatan sama warna dengan rumah orang lain bukan? Sebagai pemilik kediaman anda tentunya ingin muncul dengan idea tersendiri untuk mewarnai mahligai indah yang diidam-idamkan selama ini.
Berikut beberapa panduan pemilihan warna yang boleh anda terapkan di kediaman anda nanti.
TRY AND ERROR DI RUANGAN YANG KECIL
Saat ini anda masih lagi was-was dengan pilihan warna yang ada, jadi cuba dahulu di ruangan dinding yang kecil saiznya agar anda nampak kesannya setelah cat ditepek ke atas dinding. Ataupun anda boleh memilih dinding yang mudah untuk dilihat dan suai padankan perabot anda dengan dinging percubaan tersebut. Tetapi jika ianya nampak tidak sesuai, anda boleh tutupi kesilapan tersebut dengan hiasan wallpaper yang sesuai mengikut cita rasa anda sendiri.
PILIH WARNA YANG SESUAI DENGAN MOOD ANDA
Tahukah anda jika anda tersalah memilih warna untuk bilik tidur, anda akan rasa susah untuk tidur seperti diganggu dan ia mempengaruhi kadar rehat anda dan kesan buruknya amat nyata di pagi hari selepas anda bangun dari tidur yang tidak lena. Oleh itu, pemilihan warna neutral seperti biru air laut serta hijau muda amat sesuai.
PERIKSA DAHULU ADAKAH WARNA CAT SESUAI DENGAN PENCAHAYAAN DI KEDIAMAN ANDA
Sebelum anda membeli cat, anda pasti akan ditunjukkan oleh wakil penjual tentang pilihan kotak warna untuk rujukan anda. Di sini ketelitian anda amat diperlukan dalam menentukan warna apa yang sesuai dengan lampu yang digunakan di rumah kerana di Malaysia terdapat dua jenis lampu yang amat popular digunakan iaitu lampu pijar, warnanya agak kekuningan manakala lampu kalimantang pula menghasilkan warna putih serta sedikit biru.
FAHAMI SUSUNAN KELUARGA WARNA DARI CERAH HINGGA KE WARNA GELAP SERTA KETAHUI JUGA JUMLAH KECERAHANNYA
Berikut adalah di antara dua sebutan yang popular dalam penentuan kadaran warna iaitu Hue dan Saturation. Merah dan biru adalah warna hue. Nilainya bergantung kepada tahap keterangan atau kegelapan sesuatu warna tersebut.
Saturation pula adalah tentang tahap kepekatan sesuatu warna tersebut. Ianya amat penting kerana cara ini dapat menentukan kombinasi warna yang akan anda gunakan samada kuning terang bercampur biru muda atau sebagainya.
UJI WARNA PILIHAN SECARA TERUS PADA DINDING UTAMA PADA SKALA KECIL
Anda boleh cuba padankan segala pilihan warna terus ke atas dinding. Tetapi anda perlu bersedia dengan cat warna asal dinding, kerana anda perlu menutupnya kembali jika segala warna yang anda cuba tidak menetapi citarasa anda. Ini kerana di peringkat permulaan tadi, anda hanya bayangkan warna yang mengikut katalog yang disediakan, tetapi anda kini membawa pulang beberapa sampel yang bersesuaian.
PEMILIHAN WARNA MENGIKUT SKALA LINGKARAN WARNA
Senjata utama para designer adalah skala lingkaran warna. Ianya membantu mereka dalam pemilihan kombinasi warna yang tetap. Contohnya, padanan warna merah terang dan hijau muda merupakan padanan ideal untuk tema gelap-terang. Skala ini membantu adunan warna tersebut tampak hebat apabila diaplikasikannya nanti.
Dekorasi konsep moden kontemporari, wanita puas hati hasil ‘air tangan’ suami. Konsep hiasan rumah moden kontemporari lebih tertumpu kepada pemilihan warna-warna neutral antaranya ‘beige’ dan kelabu bagi mewujudkan suasana damai.
Saat kaki ‘melangkah’ masuk ke kediaman ini, rona kelabu lembut menerpa anak mata, sekali gus mencipta suasana penuh damai. Warna kelabu lembut itu diterapkan pada sofa rekaan moden di ruang tamu yang diserikan dengan hamparan permaidani rona sama bagi menyuntik kesenadaan.
Dinding dibiar polos tanpa corak bagi memberikan efek kediaman yang lebih luas. Konsep moden kontemporari diterjemahkan dengan baik pada setiap sudut ruangan. Tidak terlalu sarat dengan perabot.
Menjengah ke ruang makan keluarga, sebuah meja makan panjang berwarna coklat pekat dengan padanan kerusi rona senada menjadi pilihan. Meja makankayu sering menjadi pilihan pemilik rumah kerana nampak elegan, cukup selamat dan sesuai dengan hampir semua konsep kediaman.
Bagi menaikkan seri kediaman, beberapa unit pokok di letakkan di beberapa ruang kediaman. Biarpun ringkas, namun pokok-pokok tersebut menjadikan kediaman tampak lebih segar.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.