Katil Lama Jadi Kerusi Santai dan Meja Kopi

Share

Katil lama dah tak dapat nak digunakan lagi, diubahsuai menjadi sebuah kerusi panjang. Mungkin anda yang ada katil lama dan terbiar.. Boleh cuba cara ni. Jom lihat hasil kreatif perkongsian Cikgu Syamsul dari Sungai Petani, Kedah. Mungkin anda di luar sana mendapat ispirasi daripada hasil ini.

Kos yang digunakan kurang daripada RM50 untuk membeli wood filler, wood varnish dan skru. Lain-lain bahan telah sedia ada dalam simpanan beliau.

Bahan-bahan yang digunakan ialah:

1 x katil kayu lama / terpakai / rosak.
1 x gergaji kayu
1 x pemutar skru Skru secukupnya.
Tukul.
Pita pengukur.
Kertas pasir secukupnya.
Wood filler.
1 botol wood varnish.

Langkah 1
Leraikan katil kayu yang telah rosak. Kumpul bahagian yang masih boleh digunakan. Untuk membuat bench chair, bahagian kepala katil sangat penting.

Langkah 2
Ukur dan potong bahagian-bahagian kayu yang hendak digunakan.


.


.

Untuk kerusi ini, Cikgu Syamsul buat ukuran 38cm lebar x 160cm panjang mengikut kesesuaian kayu yang sedia ada.

Langkah 3
Kepala katil dah sedia untuk dijadikan tempat bersandar. Potong kakinya untuk rendahkan, lebih sesuai untuk ukuran kerusi. Kayu yang digunakan untuk alas tilam akan jadi platform atau lantai kerusi.


.

Langkah 4
Penyambung asal pada kebanyakan katil boleh guna semula untuk membuat sambungan kayu. Jika ingin beli di kedai atas talian, namanya Iron Bed Fittings Connectors Brackets Joiners Hook Replacement Frame.


.

Rangka kerusi yang akan dihasilkan. Sebelum meletakkan papan untuk dijadikan tempat duduk, pastikan tetulang dibuat supaya kerusi lebih kukuh.


.

Langkah 5
Buat ukuran dan potong papan yang diperlukan. Papan ini ialah papan dari alas tilam pada katil.


.

Langkah 6
Susun dan skrukan papan tadi dengan kemas. Jika tiada skru, paku boleh digunakan sebagai alternatif. Cuma bagi saya, skru lebih kukuh.

Langkah 7
Kerusi hampir siap. Telah disapu wood varnish yang selari dengan warna asal katil. Pastikan kayu-kayu dan papan-papan yang kasar dilicinkan dengan kertas pasir terlebih dahulu. Mulakan dengan kertas pasir yang kasar sehingga yang semakin halus.


.


.


.

Lihat perbezaan warna asal dan warna baru setelah disapu wood varnish. Berseri kan?

Langkah 8
Lebihan papan katil seterusnya digunakan untuk membuat meja untuk melengkapkan set kerusi. Leraikan dan pilih papan yang masih elok.

Langkah membuat meja

Langkah 1
Buat ukuran yang dikehendaki dan bina rangka meja. Tinggi kaki meja adalah 40cm, tidak terlalu rendah, tidak terlalu tinggi. Sesuai dengan kerusi yang dibina.


.

Langkah 2
Papan diikat dengan menggunakan skru. Tebuk lubang terlebing dahulu sebelum diskru kerana papan lama biasanya mudah retak/terbelah jika tersalah cara.


.

Langkah 3
Gunakan wood filler untuk menampal lubang-lubang kesan daripada paku yang telah dicabut semasa proses peleraian. Tujuannya untuk hasil kayu yang lebih licin dan cantik.


.

Langkah 4
Jemur meja yang telah ditampal dengan wood filler. Setelah kering, gosok dengan kertas pasir untuk melicinkan permukaan kayu sebelum disapu wood varnish.

Langkah 5
Setelah selesai sapuan wood varnish kali pertama, setelah kering, gosokkan sekali lagi dengan kertas pasir. Kemudian, sapu woord varnish untuk kali kedua. Tujuannya untuk hasil permukaan kayu yang lebih licin dan cantik.


.


Terima Kasih Cikgu Syamsul berkongsi DIY yang mampu memberi inspirasi pada semua pembaca.

Selamat Mencuba!

Published by
Impiana