Se

Pokok cili antara yang banyak ditanam di rumah, baik dalam pasu atau di tanah. Senang nak makan, ambil saja.

Tapi masalah biasa bila tanam pokok cili adalah kena serangan bena/ulat putih. Sampai buat pokok mati.

Tak perlu guna racun kimia untuk pulihkan pokok cili yang kena masalah ini. Boleh buat sendiri semburan kawalan serangga seperti dilakukan oleh Lebai Kudin. Cuma guna dua bahan dapur saja.

Selain pokok cili boleh juga sembur pada sayuran yang alami masalah sama.

Baca juga: Guna Belacan Dan Gula Merah Untuk Lebatkan Cili Padi

IKLAN

DIY Air Semburan Untuk Pulih Pokok Cili Kena Serangan Ulat Putih

Hari ini nak kongsi cara buat kawalan serangga sendiri untuk menghalang lalat putih atau bena putih untuk pokok cili dan sayuran.

IKLAN

Alhamdulillah belalang dan semut pun takde. Yang penting tiada racun berbahaya digunakan.

Bahan-Bahannya

1 sudu syampu kanak-kanak (saya guna Johnson’s jenis soft and smooth
1 sudu cuka makan
Bancuh dalam 1 liter airKawal Bena Pada Pokok Cili Guna Syampu “Baby” Je Kawal Bena Pada Pokok Cili Guna Syampu “Baby” Je Kawal Bena Pada Pokok Cili Guna Syampu “Baby” Je Kawal Bena Pada Pokok Cili Guna Syampu “Baby” Je Kawal Bena Pada Pokok Cili Guna Syampu “Baby” Je

Sembur ke seluruh pokok cili terutama bahagian bawah daun. Spray seminggu sekali atau 2 kali ikut keperluan.

IKLAN

Kenapa guna syampu kanak-kanak? Sebab shampu ini tiada kimia merbahaya, kurang berbuih, tidak merosakkan pokok dan tiada kesan sampingan.

Cuma cili perlu dibasuh sebelum dimakan. Selamat mencuba

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI