Hartanah

Kebanjiran Warga China Beli Rumah Di Malaysia, Beri Kesan Kepada Orang Tempatan

Share

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, fenomena kebanjiran warga asing, khususnya dari China, yang membeli hartanah di Malaysia semakin ketara.

Kebanjiran Warga China Beli Rumah Di Malaysia, Beri Kesan Kepada Orang Tempatan

Trend ini telah menarik perhatian ramai kerana ia memberi kesan kepada pasaran hartanah tempatan dan ekonomi negara, serta menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Pulau Pinang.

hartanah di Malaysia

Namun begitu, menurut pakar hartanah Profesor Madya Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), ada kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan, katanya kepada Harian Metro

.

Antara kebimbangan utama ialah peningkatan harga rumah yang menyukarkan rakyat Malaysia, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, untuk memiliki rumah.

Ketidakseimbangan pasaran ini juga membawa kepada lebihan bekalan hartanah premium, sedangkan rumah mampu milik masih sukar dibeli.

Di samping itu, pembelian secara besar-besaran oleh warga asing boleh menimbulkan kebimbangan terhadap kedaulatan tanah dan pengaruh asing dalam hartanah tempatan, yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.

Warga China beli rumah ini turut dikaitkan dengan spekulasi bahawa hartanah itu nanti akan dilakukan semata-mata untuk pelaburan tanpa niat untuk menetap.

hartanah Malaysia

Walaupun pelaburan asing ini membantu merangsang pembangunan, impak kepada rakyat tempatan, terutamanya peningkatan kos hidup dan cabaran dalam pemilikan rumah, menjadi isu yang perlu ditangani.

Kerajaan disarankan untuk mewujudkan polisi khas bagi mengawal pemilikan hartanah oleh warga asing demi menjaga kepentingan rakyat Malaysia.

Kehadiran warga China dalam pasaran hartanah Malaysia membawa peluang besar dari sudut ekonomi, tetapi jika tidak dikawal dengan baik, ia boleh menjadi cabaran besar kepada rakyat tempatan yang masih bergelut untuk memiliki kediaman sendiri.

Mesti Baca: Selepas Lebih Sedekad, Rumah Mewah MICHAEL JORDAN Berjaya Dilelong RM63 Juta


Baca Lagi Di Sini: Pernah Jadi Hotel, Kediaman Mewah Saif Ali Khan & Kareena Kapoor Bernilai RM500 Juta!
Artikel Menarik: Intai Rumah Termahal Di Dunia Milik AMBANI, Menjulang Tinggi Di Tengah Kota

IMPIANA: Kesimpulannya, hanya dengan dasar yang seimbang dan berhemah, Malaysia dapat mengekalkan kestabilan pasaran hartanah sambil menarik pelaburan asing yang sihat.

Sumber: Harian Metro

Published by
Nana