Ini memang satu khabar berita gembira buat anda pencinta barangan elektronik jenama terkemuka antarabangsa, Samsung kerana kini anda berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman untuk menggunakan barangan elektrik jenama berkenaan di kedai jualan terbaharu mereka yang terletak di pusat membeli-belah Publika, Kuala Lumpur.
Samsung Malaysia Elektronik bersama Toong Heng Elektronik telah mengumumkan pelancaran kedai jualan terbaharu itu secara rasminya, pada 26 Ogos lalu.
Dengan hasil kerjasama dan langkah kedua-dua jenama ini, para pelanggan bukan sahaja berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan peralatan elektrik jenama tersebut malah pelbagai tawaran istimewa dan potongan harga bakal diberikan kepada pelanggan setia mereka.
“Kerjasama kami dengan Tong Heng Electronics sudah menjangkau lebih 14 tahun sejak syarikat itu mula menyertai rangkaian Pengedar Sah kami pada tahun 2008.
“Jadi, ia sangat penting bagi kami untuk terus kekal optimis memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan kami dengan rangkaian produk inovatif serta pengalaman membeli-belah gaya terkini,” kata Jimmy Tan, Ketua Elektronik Pengguna Samsung Malaysia Elektronik.
Ads
Pengarah Urusan Toong Heng Electronics, Wilson Yap, yang turut hadir pada pelancaran itu majlis itu turut berkongsi, “Kami berbangga dengan kerjasama lama kami dengan Samsung, yang merupakan sebuah enama Elektronik Pengguna No.1 selama lebih 14 tahun.
“Seperti sedia maklum, inovasi Samsung sememangnya tidak sama seperti jenama yang lain dan apa yang penting bagi kami hasil kerjasama ini adalah semangat bersama kami untuk menyediakan kedai jualan yang akan mengagumkan semua orang dengan pengalaman pembelian pelanggan kami yang menakjubkan!,” akhirinya.
Dengan ruang kedai berkeluasan kira-kira 1200 kaki persegi, pelanggan akan dapat menikmati pelbagai jenis produk Samsung termasuk rangkaian BESPOKE seperti BESPOKE Jet™M , peti sejuk BESPOKE, BESPOKE CubeTM Air Purifier dan juga BESPOKE AirDresser.
Ads
Rangkaian yang direka bertujuan untuk memperkayakan kehidupan pelanggan dengan gaya hidup dan reka bentuk terkini serta ciri teknologi yang sempurna. Selain daripada itu, pengguna juga boleh merasai pengalaman menonton TV Pintar yang mengagumkan daripada rangkaian The Freestyle, The Frame dan Neo QLED 8K.
Sempena pembukaan kedai terbaharu, pelanggan akan menikmati diskaun untuk barangan terpilih dan berpeluang membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM3,000 bermula dari 26 Ogos hingga 4 September 2022.
Bukan itu sahaja, pelanggan juga berhak mendapat jaminan waranti eksklusif selama dua tahun selepas pembelian! Jadi kepada anda semua jangan lupa untuk segera kunjungi kedai Samsung Malaysia Elektronik di pusat membeli-belah Publika, Kuala Lumpur hari ini!
Ads
Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai Samsung Malaysia, sila layari laman sesawang rasmi di http://news.samsung.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baru-baru ini, tular di laman media sosial Twitter perkongsian oleh seorang individu wanita berkongsi kisah seorang mak cik yang telah mengumpul barangan tidak berguna di kediamannya.
Menerusi entri yang sama, beberapa keping foto yang memaparkan keadaan ruang dalaman dan persekitaran kediaman wanita terbabit turut dikongsikan bersama orang ramai.
Amat mengejutkan, pemilik kediaman terbabit kelihatan begitu sangat tidak kemas dengan lambakan barang-barangan terpakai yang sudah tidak digunakan lagi. Malah, bukan itu sahaja kediaman wanita tersebut kelihatan begitu sudah tidak lagi selesa dan sesuai untuk didiami.
Mungkin ada yang masih belum mengetahui, tabiat sikap suka menyimpan barangan yang tidak digunakan untuk satu jangka tempoh masa lama telah diklasifikasikan sebagai satu masalah penyakit mental yang dikenali sebagai ‘Hoarding Disorder’. Masalah penyakit ‘Hoarding Disorder’ ini boleh mendatangkan pelbagai masalah yang mudarat di kemudian hari.
Rentetan masalah yang berlaku, dua anak perempuan kepada wanita terbabit terpaksa berkongsi di dalam sebuah bilik kecil bersama ekoran masalah lambakan barangan tidak berguna yang ada di ruang tamu, dapur serta bilik tidur yang lain.
Difahamkan, wanita terbabit telah mengumpul kesemua barangan terpakai yang tidak berguna seperti botol-botol plastik, surat khabar lama dan pelbagai barangan rosak selama 20 tahun.
Foto: Twitter Marina Ibrahim
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Menyingkap sebalik kediaman tradisional yang di bawa jauh dari Kedah ke Kuala Lumpur ini membuatkan ramai yang ingin tahu apa kelebihan rumah tradisional ini.
Ukiran dinding, pintu dan kisi-kisi bermotif flora, fauna dan geometrik berfungsi sebagai aliran udara menunjukkan rumah berkenaan sebagai simbol kemegahan masyarakat Melayu lama suatu ketika dulu.
Meskipun rumah yang sudah berusia 100 tahun itu bukan didirikan di tanah asalnya hari ini, usaha Badan Warisan Malaysia (BWM) mengambil inisiatif menyelamatkan rumah berkenaan begitu dihargai.
Rumah berkenaan didakwa milik seorang penghulu Mukim Bagan Semak kampung Sungai Kechil, di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Abu Seman Nayan juga dikenali sebagai Penghulu Abu Seman, sebagai tatapan generasi hari ini.
Rumah Abu Seman dibawa berpindah dengan jarak sejauh 400 kilometer (km) dari tapak asalnya di Kedah dan kini tidak lagi sunyi berbanding sebelum ini yang hanya ditemani cengkerik dan unggas hutan. Sesuai rumah yang berada di segi tiga emas pusat bandaraya pastinya tidak terlepas melalui pencemaran bunyi.
Namun, bezanya sebaik berpeluang berada di dalam badan rumah yang lanjut usianya, ketenangan masih dirasai seolah diri kita kekal berada di zaman kegemilangannya.
Apatah lagi melihat satu-persatu perkakas dan peralatan terdapat di dalam rumah itu membuatkan kita leka memandangkan tidak lagi menjumpainya di zaman ini.
Kisi-kisi dengan motif tersendiri mengikut sudut tertentu berfungsi sebagai pengaliran udara menjadikan setiap ruang rumah sejuk dan tenang malah mampu melupakan sejenak bunyi kebisingan di luar.
Rumah yang dibina hanya menggunakan bahan kayu berkualiti seperti cengal, meranti dan balau menjadi antara faktor utama struktur bangunan rumah itu masih utuh hingga hari ini.
Malah, pihak BWM mengambil langkah memulihara keaslian bahan binaannya dengan menyapu minyak enjin kenderaan terpakai supaya tidak dimamah usia mahupun serangga.
Kini rumah Abu Seman sudah cantik dan terpelihara keasliannya. Sesiapa saja boleh mengunjunginya malah mampu melepaskan rindu untuk mengimbas kenangan suasana kampung seperti dulu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masihkah anda ingat dengan kelengkapan perabot seperti sofa yang diperbuat daripada anyaman kayu rotan dan sebagainya? Memang betul-betul mengimbaui kenangan dan memori pada zaman dahulu kan?
Tidak dinafikan, dengan peredaran zaman masa kini yang sudah berubah dan bertambah maju dengan kehadiran pelbagai kelengkapan perabot yang lebih moden, kelengkapan perabot yang diperbuat kayu rotan ini telah kurang mendapat permintaan ramai.
Meski begitu, kelengkapan perabot ini masih lagi mempunyai peminatnya yang tersendiri ekoran struktur reka bentuknya yang tampak unik dan klasik sepanjang zaman.
Jadi, buat anda yang lebih mengemari rekaan hiasan dalaman rumah tampak lebih klasik dan estetik maka kelengkapan perabot yang diperbuat daripada anyaman kayu rotan ini adalah pilihan yang tepat untuk anda.
Lihat sahaja lah pada gambar yang tertera, dengan penggunaan kelengkapan perabot seperti sofa yang diperbuat daripada anyaman kayu rotan ini tidak dapat disangkalkan lagi boleh membuatkan dekorasi hiasan dalaman rumah tampak lebih cantik, menarik dan berbeza daripada yang lain.
Sekiranya anda ingin memiliki sofa kayu rotan ini, anda boleh mendapatkan dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.