Kediaman ini dihiasi ikut minat, tanpa sentuhan pakar. Mengenali Puan Rozita Mohd Nor, 11 tahun lalu masih membuatkan hati tertarik dengan kejelitaan dan keayuan wanita ini. Memiliki susuk tubuh kecil molek dan ramah ini membuat sesiapa sahaja senang bersama beliau. Hati terpanggil untuk bertanya khabar sahabat lama ini dan ingin menjengahnya kediaman milik peribadinya yang terletak di Shah Alam ternyata disambut dengan baik.
Walaupun pendemik Covid masih menghatui kita semua, saya masih menjaga SOP yang ditetapkan sebelum melawat ke kediaman Puan Rozita yang mesra dengan panggilan Kak Ogy. Ternyata bila sampai di rumah beliau saya dan team IMPIANA di sambut baik dengan senyuman yang menawan di muka pintu rumah beliau. Kak Ogy ini memang tak lokek dek senyuman.
Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, halaman rumah beliau sudah menarik perhatian saya dan team. Lihat sahaja jubin laluan sebelum tiba ke dalam rumah sudah memiliki citarasa yang menakjubkan. Jubin hitam dan putih dengan susunan retro membuatkan lalaun ini nampak lebih grand.
Pintu masuk terbuka luas menyambut kami team IMPIANA. Perkataan pertama masuk kedalam ruang rumah ini adalah WOW! Macam pergi resort. Tersenyum Kak Ogy bila di usik begitu. Semangnya kediaman beliau kelihatan seakan gaya resort penggunaan sofa dan kemasan dinding yang mengenakan elemen kayu berwarna gelap serta fabrik putih pada material pilihan sofa serta langsir membuatkan ruang dalam kediamannya terasa nyaman dan tenang.
Bagi beliau konsep “evergreen” konsep yang tak lapuk dek zaman ini adalah konsep pilihan beliau dan suami. Pasangan ini cukup romatik jika anda follow Instagram beliau di @rztmhdnr, Kak Ogy adalah seorang gemar melancong sebelum musim pendemik ini semerata negara beliau akan jelajah. Di sinilah mulanya inspirasi menghias kediaman tercipta. ” Bila pergi melancong negara orang ini lah saat terindah, Kak Ogy akan bayangkan konsep yang mana akak suka dan boleh buat dekat rumah. Bila balik Malaysia projek dekor dan hias rumah pun mula la, cerita Kak Ogy”.
Baginya biarlah berdikit-dikit berbelanja untuk menghias ini, tidak perlu membeli barang yang mahal pun kalau nak rumah yang cantik kena pandai dan bijak memilih perhiasan sahaja. Kak Ogy adalah seorang yang pentingkan kualiti dan praktikaliti dalam menghias. Jika dilihat set sofa rumahnya ini sudah tahu pasti cukup berkualiti tinggi. Manakan tidak usia sofa ini sudah lebih 5 tahun bersamanya dan masih cantik dan tersergam indah dalam ruang tamunya.
Sebalik ruang tamu utama terdapar ruang makan yang dibina seperti glass house, ruang makan ini terus melihat halaman rumahnya cukup indah. terdapat juga pintu yang boleh menembusi ruang dapur.
Menyusuri ruang santai yang terletak bersebelahan ruang tamu ini membawa rasa yang lebih tenang pemilihan kemasan dinding wainscoting dikenakan pada ruang tamu utama dan santai sahaja. Ini sudah memberi elemen kalsik Eropah dalam tema sentuhan kediaman beliau. Laluan ruang santai ini membawa terus ke ruang dapur Kak Ogy.
Setiba ke ruang dapurnya pula, perkataan pertama yang terkeluar adalah WOW! Cukup luas dengan susunan kabinet dapur yang teratur dan cukup mengena dengan konsep Klasik Eropah. Tidak terlalu old school dalam sentuhan tetapi ia menyuntik rasa harmoni dan elegan dalam setiap sentuhan dalam ruang dapur beliau. Terdapat satu sudut yang dicipta seakan berada di sebuah cafe hipster dengan rimbunan juntaian pokok money plant yang menghiasi ruang itu membuatkan ia rasa di ruang yang lain.
Kediaman jenis Banglo ini dihiasi dengan cukup sempurna tanpa mengunakan khidmat pakar. Bagi Kak Ogy menghias rumah dengan citarasa dan sentuhan sendiri ini lebih puas berbanding memberi orang lain berkarya di dalam rumah milik peribadinya. Tambahnya lagi, ia lebih suka buat sikit-sikit baru la dapat menikmati keseluruhan dalam kediaman rumah, dan pastinya setiap ruang akan mempunyai keperluan yang betul.
Naik ke tingkat atas pula yang terletak bilik tidur. Kami team IMPIANA sempat merakam kamar utama beliau. Acap kali kita melihat walk in wardrobe akan berada di dalam bilik atau di bilik yang berlainan bukan. Lain pula dengan gaya dan rekaan yang di buat oleh Kak Ogy ini. Sebalik pintu bilik tidur kamarnya adalah binaan kabinet yang berkonsep terbuka untuk walk in wardrobe beliau dan suami dan kemudia barulah ke kamar utama mereka.
Menariknya rekaan binaan banglo ini ia mempunyai tingkap dari aras atas iaitu dari arah kamar utama untuk melihat terus ke ruang tamu di bawah. Rekaan tingkap kayu ini adalah elemen tradisional yang cukup menarik dalam senibina rumah banglo ini.
Jom lihat VIDEO kediaman milik Kak Ogy ini untuk tatapan anda semua.
Artikel Berikut: Idea Pilihan Dinding Dapur Estetik, Mampu Tonjolkan Ruang Luar Biasa