Lokasi merupakan salah satu faktor paling penting perlu diambil kira sebelum membeli sesebuah kediaman. Lokasi yang strategik dapat mempengaruhi potensi nilai hartanah yang anda miliki untuk masa akan datang.
Selain itu, kemudahan awam seperti pusat beli-belah, servis pengangkutan awam dan klinik atau hospital turut dijadikan ukuran supaya anda tidak perlu bergerak jauh sekiranya perlu menggunakan semua perkhidmatan ini.
Kawasan yang mempunyai kemudahan serta kelengkapan ini pastinya menjadi pilihan ramai bagi tujuan bermastautin untuk jangka masa yang panjang mahupun sebagai aset pelaburan yang menguntungkan.
Pembandaran Nyaman Buat Seisi Keluarga
Residensi Setia Seraya merupakan projek pembangunan terbaru daripada peneraju S P Setia. Kediaman jenis kondominium ini telah menyempurnakan lagi latar belakang bandar Putrajaya dengan perumahan yang moden dan bergaya dikelilingi kehijauan lanskap yang mendamaikan.
Ads
Sebagai bangunan kediaman tertinggi di Putrajaya, Residensi Setia Seraya merupakan sebuah pembangunan yang telah dirancang dengan teliti. Terletak di Presint 15 Putrajaya, kediaman ini menjanjikan lokasi yang strategik di mana terdapat akses mudah ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur melalui beberapa lebuh raya utama.
Lebih menarik lagi, perumahan yang terletak betul-betul dalam kawasan pentadbiran ini juga amat mudah untuk diakses kerana ia berada dekat dengan rangkaian lebuhraya utama seperti Lebuhraya MEX, South Klang Valley Expressway (SKVE), B15 Highway , Lebuhraya Kajang SILK, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Kajang Expressway Cheras, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya ELITE.
Ads
Residensi Setia Seraya juga terletak berhampiran kemudahan dan pertubuhan ternama seperti Alamanda Shopping Mall, yang juga merupakan pusat beli belah paling besar di Putrajaya, Sekolah Antarabangsa Nexus, Presint Diplomatik, Masjid Putra, Uniten, IOI City Mall, Hospital Putrajaya, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Universiti Heriot-Watt dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga berada dalam 30km sahaja.
Selain itu, terdapat juga rangkaian pengangkutan awam yang terletak berhampiran dengan Residensi Setia Seraya termasuklah Putrajaya Sentral, Putrajaya Express Rail Link (ERL), Nadi Putra (Bus) yang memudahkan pemilik untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan mudah tanpa perlu memandu.
Terletak berhampiran semua lebuh raya utama, diiringi oleh persekitaran yang harmoni dan reka bentuk kontemporari, Residensi Setia Seraya adalah tempat tinggal yang sesuai bagi keluarga yang menginginkan kenyamanan tempat tinggal yang dikelilingi pelbagai kemudahan.
Ads
Residensi Setia Seraya juga menyediakan pelbagai pilihan rekabentuk kediaman, memenuhi setiap keperluan keluarga anda. Ia bagaikan destinasi percutian dalam bandar, kediaman Setia Seraya Residences yang mempunyai 363 unit keseluruhannya menawarkan 3 jenis susun atur (layout) yang boleh dipilih bergantung pada kesesuaian gaya hidup pemilik.
Unit yang ditawarkan : Jenis A – 1,002 kaki persegi (3 bilik tidur dan 2 bilik air)
Jenis B – 1,202 kaki persegi (4 bilik tidur dan 3 bilik air)
Jenis C – 1,420 kaki persegi (3 bilik tidur, 2 bilik air dan sebuah lanai)
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 03-8861 6500 untuk mengetahui mengenai pakej yang disediakan.
Waktu perniagaan adalah seperti berikut : Isnin hingga Jumaat : 9am – 9pm
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 10am – 6pm
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Seronok bukan kalau hendak membuat mahligai idaman kita tampak lebih cantik dan sempurna, atau memasang hajat untuk mengubah suai rumah kita agar lebih selesa dengan keperluan isi rumah masa kini. Tetapi banyak perkara anda perlu ambil tahu bukan boleh maain buat sahaja. Kalau anda terlalu banyak duit dan tidak kisah untuk membayar sesuatu projek itu tanpa rasa kesal, tidak mengapa.
Tetap jika anda macam saya berkira atau ada kewangan yang cukup-cukup, anda perlulah rancang dengan baik agar tidak berlakunya kesilapan dan kontraktor lari tidak siapkan kerja yang sepatutnya. Malahan lagi menakutkan bila mempunyai kos tersembunyi sewaktu projek dijalankan. Setiap penambahan kerja pasti akan bertambah wang. Kalau masalah kontraktor lari itu sudah pastinya mengundang nahas dalam perjalanan menyiapkan rumah idaman.
Langkah penting yang perlu anda ambil tahu adalah dengan merancang sebaiknya untuk mengelakkan pembaziran, kerana pembaziran itu adalah amalan syaitan. Patuh lah syariah sebelum anda lakukan pembaziran yang berganda dan tidak disedari.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap negara mungkin mempunyai terma yang sama tapi ciri-ciri kediaman atau rumah yang sedikit berbeza. Ciri-ciri sesebuah rumah itu ada yang dibezakan daripada segi jenis rumah, fasiliti, sudut legal, pemilikan tanah, harga dan lain-lain.
Dalam kategori atas tanah (landed), rumah akan dibina dengan satu tingkat, dua tingkat dan tiga tingkat. Tiga tingkat paling maksimum yang admin pernah lihat di Malaysia. Tanah bagi rumah jenis ini dimiliki secara persendirian oleh pemilik rumah tersebut (individual title/geran individu).
1. Rumah teres / Terraced house
Rumah jenis ini boleh dikatakan agak padat kerana tiada ruang kosong antara rumah jenis ini. Di kiri atau kanan rumah pasti ada sebuah rumah yang lain. Rumah teres kadang-kadang dibina dua-dua, tiga-tiga atau lebih. Sedikit tanah kosong akan didapati di belakang atau di depan rumah teres yang biasanya akan digunakan untuk bercucuk-tanam. Nama lain untuk rumah teres ini ialah linked house.
2. Rumah berkembar / Semi-detached
Definisi rumah semi-detached atau nama lainya semi-d, rumah berkembar, separa terpisah adalah seperti kembah siam keran rumah jenis ini duduk bersebelahan, tertampal di tengah dan di tepi yang bertentangan akan ada ruang kosong. Di ruang kosong ini biasanya pemilik rumah akan tambahkan tempat letak kereta, bercucuk-tanam, buat landscaping. Lebih menarik, ada pemilik rumah membeli semi-d secara berpasangan dan menjadikannya satu biji rumah yang lebih besar yakni banglo!
3. Banglo / Bungalow
Lonely soldier boy ialah frasa yang kita boleh fikirkan bila bercerita tentang banglo. Rumah banglo akan mempunyai kawasan yang agak luas untuk dirinya sendiri dan jarak antara satu rumah banglo dengan rumah banglo yang lain pun agak jauh. Rumah banglo juga dikenali sebagai detached house (rumah terpisah). Pemilik rumah banglo harus dan semestinya bercucuk-tanam di sekeliling rumah!
STRATA
Dalam kategori strata (level), rumah dibina bertingkat-tingkat di sebuah kawasan tanah. Dan setiap tingkat akan beberapa unit-unit rumah. Tanah bagi rumah jenis ini dimiliki secara kongsian dengan semua pemilik unit rumah tersebut (strata title/geran strata). Strata adalah kata nama plural untuk stratum dan bermaksud layer atau level dari sudut bahasa. Di Malaysia, agak sukar untuk membezakan rumah jenis strata kerana kebanyakannya meminjam ciri-ciri satu sama lain.
4. Flat / Pangsapuri
Flat biasanya dibina dalam satu kawasan dan mempunyai beberapa blok di dalamnya. Setiap blok akan mempunyai 3 ke-14 tingkat atau lebih. Rumah jenis ini adalah rumah yang paling murah dan kebanyakan rumah jenis ini kosnya rendah atau sederhana rendah. Pada kebiasaannya, flat tidak dilengkapi dengan sebarang servis seperti pengawal keselamatan atau lif . Pemilik rumah flat hanya memiliki kawasan rumahnya saja dan koridor panjang di luar rumah adalah milik bersama. Daripada segi tempat meletak kereta, konsep siapa cepat dia dapat dan jarang sekali menyediakan tempat meletak kenderaan jenis berbumbung.
Dua ciri lain tentang flat ialah tingkap rumah ini adalah jenis ‘naco’ dan berlantaikan simen. Pada pendapat peribadi saya, rumah flat adalah pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa pendek dan panjang. Jika anda hendak membuat pelaburan hartanah pertama, jangan sisihkan flat daripada pilihan anda!
Selain menjadi tempat kediaman, rumah juga merupakan pelaburan yang menguntungkan. Begitulah langkah bijak yang diambil oleh penyanyi Black Hanifah dalam menaik taraf kehidupannya.
Tidak dilahirkan dalam keluarga kaya dan mewah menyebabkan pelantun lagu Teman Pengganti ini berusaha keras meraih kesenangan hidup sehinggalah berjaya mengumpul beberapa aset demi masa depan. Tahniah!
Baru-baru ini, nama Black kembali menjadi bualan apabila dia membuka sebuah villa peranginan di Pulau Langkawi, Kedah yang dikenali sebagai Rindu D’Villa. Khabar gembira itu dikongsikan Black sendiri di Instagram miliknya sebelum ini dengan menunjukkan setiap perkembangan pembinaan villa berkenaan.
Villa sempena nama puteri kesayangan
Lebih manis, dia menamakan villa itu sempena nama puteri kesayangan iaitu RIndu Dayyana. Rindu D’Villa dibina berkonsepkan Bali yang terletak di Cow Hill, Kedawang, Langkawi mengambil masa kira-kira tiga bulan.
Jelas pemilik nama Hanifah Md Hanafiah ini, Rindu D’Villa dibina Black sendiri dan dibantu empat pekerja yang dibawa dari Kuala Lumpur.
Dia yang kini berusia 36 tahun berkata Rindu D’Villa sudah bersedia menerima kunjungan tetamu dan tempahan sudah mula dibuka pada bulan Mac.
Pelaburan Masa Depan
Difahamkan, Black juga tidak menolak kemungkinan bakal menambah villa di sekitar lokasi tersebut pada masa depan kerana menganggap ia satu pelaburan yang baik untuk masa depan keluarga.
Saban tahun, pasti ada aset baru yang dimiliki anak seni ini. Januari tahun lalu misalnya, Black berkongsi proses ubah suai kediaman dua tingkat miliknya yang serba moden dan eksklusif.
Pada tahun 2019, dia dilaporkan menghadiahkan ibu bapanya banglo dan tiga chalet iaitu D’Sawah Chalet di Kupang, Baling, Kedah yang harganya dianggarkan mencecah RM200,000!
Black menjelaskan kediaman itu dibina atas tanah milik bapanya selepas mereka berhasrat menetap di kampung.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.