Kediaman mewah milik bintang K-pop terkenal, Psy, dilaporkan telah disita oleh pihak berkuasa selepas beliau didapati melakukan kerja-kerja ubah suai tanpa memperoleh kebenaran rasmi.
Psy, yang popular dengan lagu hits “Gangnam Style”, dikatakan telah mengubah suai rumah mewahnya di kawasan Gangnam tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Menurut laporan media tempatan, Psy dilaporkan melakukan pengubahsuaian besar pada kediaman tersebut untuk menambah kemudahan seperti kolam renang dalaman dan studio peribadi.
Namun, kerja-kerja ini dilaksanakan tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa bandar raya Seoul, yang mewajibkan pemilik mendapatkan permit sebelum memulakan sebarang pengubahsuaian yang melibatkan struktur bangunan.
Ads
“Disebabkan pengubahsuaian haram itu, penduduk di kawasan setempat mula bersuara dan membuat aduan kepada pihak berkuasa,” kata sumber.
Pihak berkuasa sebelum ini meminta Psy meruntuhkan kembali binaan yang dibuat kepada bentuk asal namun penyanyi itu berdegil terhadap arahan dikeluarkan.
Ads
Pada Mei lalu, kediaman tersebut disita susulan gagal membayar denda selama setahun tetapi menyelesaikannya pada Oktober lalu.
Untuk rekod, Psy membeli vila mewah itu dengan harga KRW2.2 bilion (RM7 juta) di kawasan UN Village di Hannam-dong pada 2008.
Ads
Baru-baru ini pula, Psy membeli sebuah lagi banglo mewah di Itaewon yang dianggarkan bernilai KRW10 bilion (RM31 juta).
Dengan memberi tumpuan khusus pada bilik tidur, IKEA dengan bangganya telah mengumumkan kempen Make Home Count bersempena pelancaran katalog baharu bagi tahun 2020. Berdasarkan dapatan dari tinjauan global “Life at Home”. IKEA mengakui peranan penting sesebuah bilik tidur di kediaman. Bilik tidur berfungsi sebagai tempat pemulihan dan asas bagi tubuh dan minda yang sihat. IKEA ingin membantu rakyat Malaysia memperoleh ketenangan dan keselesaan di bilik tidur demi kehidupan harian yang lebih baik.
“Kita menghabiskan satu pertiga hidup kita di bilik tidur, berehat dan mengumpulkan tenaga agar kita dapat mengharungi kehidupan seharian kita dengan lebih baik. Namun, kita kini hidup dalam sebuah dunia yang tidak cukup tidur. Secara purata, dunia kini hanya tidur lebih kurang 6 jam sehari. Menerusi kempen ‘Make Home Count” kami, kami berharap dapat menginspirasikan rakyat Malaysia untuk memberikan keutamaan kepada tidur, dengan menggunakan penyelesaian bilik tidur yang bereka-bentuk menarik, mampu milik dan lestari, untuk manjadikan bilik tidur mereka sebagai tempat memperoleh ketenangan yang rehat,” jelas Gerard Jansen, Timbalan Pengarah Runcit, IKEA Asia Tenggara di majlis pelancaran tersebut.
Dapatan yang diperoleh daripada tinjauan Life at Home IKEA mendapati bahawa banyak orang berusaha untuk mendapatkan keseimbangan antara kerja dengan kehidupan seharian mereka. Akan tetapi, dalam usaha ini, mereka juga mengabaikan tidur. Tinjauan juga mendapati orang ramai lazimnya menyamakan tidur yang kurang dengan kejayaan; bahawa keadaan terlalu sibuk hingga sukar mendapatkan tidur yang sempurna merupakan harga yang perlu dibayar untuk mencapai kejayaan. Walau bagaimanapun, hakikatnya adalah tiada jalan pendek kepada kehidupan harian yang baik daripada mendapatkan tidur yang secukupnya bagi melaksanakan hidup yang berkesan.
Jansen menjelaskan, “Di IKEA, kami percaya bahawa tidur amat penting bagi mengekalkan fungsi fizikal dan mental orang ramai untuk berfungsi secara berkesan, memiliki emosi yang terbaik dan menikmati kehidupan. Bilik tidur yang selesa dan dirancang dengan rapi adalah penting untuk mencapai matlamat ini. Namun kami akur bahawa orang ramai adakalanya menghadapi kesukaran untuk memulakan transformasi bilik, sama ada disebabkan oleh kekangan masa ataupun bajet. Oleh itu, untuk membantu rakyat Malaysia mengambil langkah pertama bagi melakukan perubahan yang positif, tumpuan kami yang pertama bagi kempen sepanjang tahun ini menekankan usaha melaksanakan perubahan kecil di bilik tidur yang memberikan impak yang besar.”
Mulai bulan September hingga Disember 2019, IKEA akan menampilkan kepada orang ramai bagaimana perubahan di bilik tidur adalah mudah dengan menggunakan tekstil yang berbeza, dan pada masa yang sama tidak membebankan dari segi perbelanjaan. Ruang pameran yang telah diberi nafas baharu di gedung-gedung IKEA memberi para pelanggan inspirasi yang baharu dan pelbagai yang boleh diambil dan diterapkan di rumah sendiri. Yang baharu pada tahun ini ialah ‘resipi’ produk IKEA yang merupakan satu set produk yang mudah dan mampu dimiliki, justeru membolehkan orang ramai melaksanakan perubahan yang besar di bilik tidur dengan nilai di bawah RM320.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ini memang satu khabar berita gembira buat anda pencinta barangan elektronik jenama terkemuka antarabangsa, Samsung kerana kini anda berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman untuk menggunakan barangan elektrik jenama berkenaan di kedai jualan terbaharu mereka yang terletak di pusat membeli-belah Publika, Kuala Lumpur.
Samsung Malaysia Elektronik bersama Toong Heng Elektronik telah mengumumkan pelancaran kedai jualan terbaharu itu secara rasminya, pada 26 Ogos lalu.
Dengan hasil kerjasama dan langkah kedua-dua jenama ini, para pelanggan bukan sahaja berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan peralatan elektrik jenama tersebut malah pelbagai tawaran istimewa dan potongan harga bakal diberikan kepada pelanggan setia mereka.
“Kerjasama kami dengan Tong Heng Electronics sudah menjangkau lebih 14 tahun sejak syarikat itu mula menyertai rangkaian Pengedar Sah kami pada tahun 2008.
“Jadi, ia sangat penting bagi kami untuk terus kekal optimis memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan kami dengan rangkaian produk inovatif serta pengalaman membeli-belah gaya terkini,” kata Jimmy Tan, Ketua Elektronik Pengguna Samsung Malaysia Elektronik.
Pengarah Urusan Toong Heng Electronics, Wilson Yap, yang turut hadir pada pelancaran itu majlis itu turut berkongsi, “Kami berbangga dengan kerjasama lama kami dengan Samsung, yang merupakan sebuah enama Elektronik Pengguna No.1 selama lebih 14 tahun.
“Seperti sedia maklum, inovasi Samsung sememangnya tidak sama seperti jenama yang lain dan apa yang penting bagi kami hasil kerjasama ini adalah semangat bersama kami untuk menyediakan kedai jualan yang akan mengagumkan semua orang dengan pengalaman pembelian pelanggan kami yang menakjubkan!,” akhirinya.
Dengan ruang kedai berkeluasan kira-kira 1200 kaki persegi, pelanggan akan dapat menikmati pelbagai jenis produk Samsung termasuk rangkaian BESPOKE seperti BESPOKE Jet™M , peti sejuk BESPOKE, BESPOKE CubeTM Air Purifier dan juga BESPOKE AirDresser.
Rangkaian yang direka bertujuan untuk memperkayakan kehidupan pelanggan dengan gaya hidup dan reka bentuk terkini serta ciri teknologi yang sempurna. Selain daripada itu, pengguna juga boleh merasai pengalaman menonton TV Pintar yang mengagumkan daripada rangkaian The Freestyle, The Frame dan Neo QLED 8K.
Sempena pembukaan kedai terbaharu, pelanggan akan menikmati diskaun untuk barangan terpilih dan berpeluang membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM3,000 bermula dari 26 Ogos hingga 4 September 2022.
Bukan itu sahaja, pelanggan juga berhak mendapat jaminan waranti eksklusif selama dua tahun selepas pembelian! Jadi kepada anda semua jangan lupa untuk segera kunjungi kedai Samsung Malaysia Elektronik di pusat membeli-belah Publika, Kuala Lumpur hari ini!
Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai Samsung Malaysia, sila layari laman sesawang rasmi di http://news.samsung.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ada di kalangan anda yang masih mencari Dishwasher atau mesin pencuci pinggan mangkuk yang sesuai untuk anda dan keluarga? Sememangnya terdapat pelbagai pilihan mesin pencuci mangkuk di pasaran tetapi yang manakah paling sesuai dan terbaik untuk anda miliki?
Jangan risau, kami dari team IMPIANA ingin kongsikan kepada anda pilihan terbaik mesin pencuci pinggan mangkuk keluaran jenama SK magic Triple Care Dishwasher yang sememangnya berkualiti yang seharusnya menjadi pilihan utama anda!
Mesti anda tertanya tanya mengapa SK magic Triple Care Dishwasher merupakan pilihan yang terbaik untuk anda kan? Untuk pengetahuan anda, mesin pencuci pinggan mangkuk keluaran jenama SK magic ini mempunyai kelebihan dengan tiga fungsi yang berteknologi tinggi.
SK magic Triple Care Dishwasher ini dilengkapi dengan tiga fungsi pencucian (Triple Care) iaitu membersih, mengeringkan dan pantulan pensterilan UV (Wash, Dry & UV Sterilisation). Ini bermakna anda boleh memiliki semua fungsi pencucian yang lengkap dalam satu mesin!
Untuk memberikan tahap kebersihan pencucian pinggan mangkuk yang maksimum, SK magic Triple Care Dishwasher dilengkapi dengan fungsi kaedah pencucian secara menyeluruh (Wide Moving Wash) dan pengeringan dwihaba (Dual Heat Drying) untuk mencegah bakteria sekunder pertumbuhan daripada kelembapan.
Selain daripada itu, fungsi pantulan pensterilan UV berupaya untuk penyingkiran 17 jenis bakteria dan virus yang berbahaya pada pinggan mangkuk anda. Fungsi ini amat penting dan sesuai bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak, warga emas dan ahli keluarga yang mempunyai sistem penghadaman yang sensitif.
Selain daripada itu, SK magic Triple Care Dishwasher juga telah direka dengan teknologi mendapan air bersama alat penapisan yang membolehkan proses pencucian lebih bersih.
Di samping itu, ia juga direka dengan sistem motor yang berteknologi Inverter. Jadi, anda tifak perlu bimbang jika ia menggunakan kuasa elektrik yang tinggi. Ini kerana, teknologi Inverter yang ada pada SK magic Triple Care Dishwasher boleh menjimatkan kadar penggunaan tenaga elektrik
Untuk pengetahuan anda, sistem motor yang dilengkapi dengan fungsi Inverter ini juga mempunyai tempoh jaminan selama 10 tahun. Menarik bukan?
Lebih menarik lagi SK magic Triple Care Dishwasher juga didatangkan bersama sabun pencuci pinggan mangkuk yang akan diberi secara percuma setiap 4 bulan. Dengan formulasi dari 100% bahan Gred 1 yang berkualiti, ekstrak minyak oren asli dan tanpa bahan pemutih tambahan sememangnya lebih selamat untuk seisi keluarga.
Melihat kepada kecanggihan setiap fungsi & kebolehan yang ditawarkan oleh SK magic Triple Care Dishwasher ini, sudah tentu ia nya sangat sesuai untuk dijadikan hadiah buat para isteri dan ibu bapa. Pasti kesayangan anda tersenyum lebar malah urusan harian mereka juga akan menjadi lebih mudah dan paling penting sangat selamat! Jangan risau tentang poket anda kerana SK magic sentiasa menawarkan bayaran bulanan “rent to own” serendah RM99/sebulan dan SK magic Triple Care Dishwasher akan menjadi milik kekal anda.
Untuk informasi dan maklumat lanjut mengenai mesin pencuci pinggan mangkuk SK magic Triple Care Dishwasher ini, anda boleh layari di laman sesawang https://shop.skmagic.com.my/dishwasher atau ikuti di laman media sosial rasmi SK magic di Instagram, Facebook, YouTube dan TikTok.
Jika anda ingin melihat produk ini secara dekat atau mengetahui lebih lanjut bagaimana mesin pencuci pinggan mangkuk SK magic Triple Care Dishwasher berfungsi, jangan lupa untuk menonton rancangan CASA IMPIANA yang dibawakan khas oleh SK magic.
Rancangan CASA IMPIANA yang akan bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 7.30 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.