Kediaman studio konsep industrial, sesuai dijadikan rumah persinggahan atau homestay. Kebanyakan anak muda urban yang sukakan gaya lebih maskulin sangat menyukai tema dekorasi industrial.
Penggunaan batu-bata, kayu, logam dan konkrit merupakan elemen utama dalam desain industrial. Exposed brick wall juga antara salah satu ciri kegemaran para peminat industrial.
Secara ringkasnya ia mempunyai karektor yang unfinished. Menyentuh tentang pemilihan warna pula, biasanya warna natural, coklat, putih dan hitam menjadi warna latar kediaman berkonsepkan dekorasi ini.
Gaya ini mungkin akan ditolak bulat-bulat oleh sesetengah orang yang menganggap ia agak janggal, keterlaluan dan seakan-akan sentuhan ‘tidak siap.’ Namun bagi mereka yang sukakan seni dekorasi pasti menyukainya.
Konsep dekorasi industri biasanya menggunakan warna monokromatik. Material yang digunakan juga ada kalanya daripada bahan terbuang atau kitar semula dan bahan industri seperti besi, aluminium, paip dan getah yang diolah untuk dijadikan elemen hiasan menarik.
Dinding dengan struktur batu-bata saja tanpa kemasan, tiang, paip saluran elektrik dan saluran air juga dibiarkan melintang bebas pada bahagian siling hingga ada sesetengah antara kita berasa tidak selesa. Mungkin nampak macam bangunan yang tidak siap namun itulah ‘look’ dekorasi berkonsepkan industri.
Pada mulanya dekorasi itu menjadi pilihan untuk kafe, restoran, ruang komersial dan pejabat. Bagaimanapun lama-kelamaan dekorasi ini menarik perhatian pemilik kediaman untuk dijadikan tema hiasan rumah mereka.
Generasi muda hari ini juga dilihat cenderung untuk memilih gaya industrial. Sengaja konsep rangka bangunan diketengahkan. Mereka bebas berkarya dengan sentuhan kreatif masing-masing.
Berikut dikongsikan kediaman jenis studio milik Mohd Fadhli
Jenis: Studio tiada bilik, 1 bilik air Keluasan: 25 x 15 kaki Kos pembinaan: RM 40k ++ (tak buat kiraan tepat), termasuk wiring dan plaster siling. Tak termasuk perabot. Kebanyakan perabot terpakai sahaja. TV pun terpakai. Jenis cat: Cat epoxy clear pada dinding bata dan lantai, luar dan dalam RM 140 per 5 liter x 2 tong Bumbung: PU foam metal Tujuan kediaman dibina: Untuk dijadikan homestay/rumah rehat Lokasi: Permatang Pauh, Pulau Pinang
BERIKUT DIKONGSIKAN KEDIAMAN STUDIO YANG TELAH SIAP DIBINA
Pengemar timun jepun boleh cuba cara Asyraf Rahim ni. Taman timun jepun dekat balkoni rumah sahaja dah dapat hasil yang cukup mengujakan. Tengok la kesegaran timun jepun hasil tanaman sendiri ini.
Timun jepun ni memang sedap dan ranggup kalau buat ulam berbanding dengan timun biasa. Timun jepun ni kurang berair dan banyak khasiatnya. Harganya pun lebih mahal dari timun biasa.
Elok subur walaupun kali pertama menanamnya, paling menarik timun jepun ini ditanam di balkoni rumahnya saja. 45 hari dari semai benih dah boleh kutip hasilnya.
Beliau turut berkongsi kaedah penanaman yang dilakukan. Bagi yang nak mencuba boleh jadi perkongsiannya sebagai panduan. Paling penting penjagaannya.
Timun Jepun kebun balkoni
Kaedah Hidroponik
Benih F1 Green Eagle
Media cocopeat+perlite (tanpa campuran tanah). Semai benih dalam cawan dulu, bila dah naik empat daun boleh alih ke pasu.
Kaedah siraman, waktu mula-mula seminggu sekali. Bila dah mula berbuah, daun lebat, dua hari sekali. Kadang-kadang sehari sekali. Pasu yang digunakan ada floater sebagai water level indicator.
Timun jepun ini jenis menjalar – saya pakai jaring trelis ikat pada railing balkoni.
Tuaian -45 hari dari semaian benih, ke tuaian buah.
Kalau lihat dari penggunaan baja pun dah mencabar. Bagaimanapun kata Asyraf beliau banyak belajar ilmu tanaman ini di YouTube Bright Agrotech dan Hidroponikpedia dalam bahasa Indonesia. Tapi bila lihat hasil begini memang puas hati.
Mencuci jubin terutamanya di dapur mahupun bilik air bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Lebih lagi jika ada kotoran yang sudah lama tidak dicuci atau degil. Oleh itu, sedikit tekanan atau tugas menyental perlu dilakukan.
Tahukah anda, Menyental akan mengakibatkan permukaan jubin anda calar dan menghakis lapisan perlindungannya? Ada yang mengambil langkah mudah dengan menggunakan bahan peluntur berat untuk mencuci kotoran degil pada jubin. Namun, masalah lain pula yang timbul. Ia memberi ancaman kepada kesihatan.
Jadi apakah cara yang paling berkesan untuk mencuci jubin di bilik air dan dapur tanpa perlu menyental dengan teruk dan tidak membahayakan kesihatan? Apa kata kita guna bahan ajaib yang banyak membantu dalam tugas-tugas pembersihan di rumah iaitu baking soda. Namun sebelum menggunakan nya, anda perlu campurkan dengan beberapa bahan lain untuk menjadikan ia lebih berkesan.
Caranya:
Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
2. Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.
Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.
Tip tandas sentiasa bersih dan wangi:
Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.
Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.
Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Panduan Menghias Bilik Mandi:
Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
Pasang cermin muka di dinding bilik air.
Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian
Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak:
Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.
Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kondominium konsep dekorasi ala rumah kampung. Tak kiralah rumah anda memang terletak di kampung atau berada di dalam bandar sekalipun, anda boleh menggunakan konsep ala kampung ini.
Kediaman yang dimiliki oleh Azmir Bakor ini dijadikan rumah persinggahan oleh pemilik kediaman. Bagaimanapun rumah ini dijadikan sebagai homestay jika pemilik kediaman tidak datang ke rumah tersebut.
Hiasan dalaman rumah ini berkonsepkan rumah ala kampung. Selain menggunakan dinding dan lantai kayu, warna deko rumah pun memang berunsurkan warna coklat. Kebiasaannya hiasan ruang tamu rumah kampung banyak menggunakan perabot kayu selain perabot kayu jati. Boleh juga gabungkan barangan lama dan baru agar hiasan ala kampung menjadi lebih menarik dan menawan.
Jom kita ‘cuci mata’ tengok dekorasi kondominium milik Azmir Bakor ini.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.