Kediaman studio konsep industrial, sesuai dijadikan rumah persinggahan atau homestay. Kebanyakan anak muda urban yang sukakan gaya lebih maskulin sangat menyukai tema dekorasi industrial.
Penggunaan batu-bata, kayu, logam dan konkrit merupakan elemen utama dalam desain industrial. Exposed brick wall juga antara salah satu ciri kegemaran para peminat industrial.
Secara ringkasnya ia mempunyai karektor yang unfinished. Menyentuh tentang pemilihan warna pula, biasanya warna natural, coklat, putih dan hitam menjadi warna latar kediaman berkonsepkan dekorasi ini.
Gaya ini mungkin akan ditolak bulat-bulat oleh sesetengah orang yang menganggap ia agak janggal, keterlaluan dan seakan-akan sentuhan ‘tidak siap.’ Namun bagi mereka yang sukakan seni dekorasi pasti menyukainya.
Konsep dekorasi industri biasanya menggunakan warna monokromatik. Material yang digunakan juga ada kalanya daripada bahan terbuang atau kitar semula dan bahan industri seperti besi, aluminium, paip dan getah yang diolah untuk dijadikan elemen hiasan menarik.
Dinding dengan struktur batu-bata saja tanpa kemasan, tiang, paip saluran elektrik dan saluran air juga dibiarkan melintang bebas pada bahagian siling hingga ada sesetengah antara kita berasa tidak selesa. Mungkin nampak macam bangunan yang tidak siap namun itulah ‘look’ dekorasi berkonsepkan industri.
Pada mulanya dekorasi itu menjadi pilihan untuk kafe, restoran, ruang komersial dan pejabat. Bagaimanapun lama-kelamaan dekorasi ini menarik perhatian pemilik kediaman untuk dijadikan tema hiasan rumah mereka.
Generasi muda hari ini juga dilihat cenderung untuk memilih gaya industrial. Sengaja konsep rangka bangunan diketengahkan. Mereka bebas berkarya dengan sentuhan kreatif masing-masing.
Berikut dikongsikan kediaman jenis studio milik Mohd Fadhli
Jenis: Studio tiada bilik, 1 bilik air
Keluasan: 25 x 15 kaki
Kos pembinaan: RM 40k ++ (tak buat kiraan tepat), termasuk wiring dan plaster siling.
Tak termasuk perabot. Kebanyakan perabot terpakai sahaja. TV pun terpakai.
Jenis cat: Cat epoxy clear pada dinding bata dan lantai, luar dan dalam
RM 140 per 5 liter x 2 tong
Bumbung: PU foam metal
Tujuan kediaman dibina: Untuk dijadikan homestay/rumah rehat
Lokasi: Permatang Pauh, Pulau Pinang
BERIKUT DIKONGSIKAN KEDIAMAN STUDIO YANG TELAH SIAP DIBINA
Sumber: Mohd Fadhli
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.