Bayangkan pulang dari kerja dengan fikiran yang mendamaikan. Beristirahat bersama keluarga tercinta di rumah yang penuh selesa, kedua-duanya saling melengkapi. Selaku pemaju yang membangunkan kawasan perbandaran baru Seremban 2, IJM Land berpegang teguh dengan konsep ini. Ia merupakan kunci utama bagi mengekalkan hubungan silaturahim yang sedia ada dikalangan komuniti.
Menyingkap kembali pada tahun 70an, Seremban tidak pernah dibayangi sebagai destinasi pilihan untuk kediaman, apatah lagi sebagai peluang pelaburan. Semuanya bermula dengan sebidang tanah ladang getah yang dibeli oleh IJM Land. IJM Land melihat peluang untuk membina sebuah komuniti dari bawah. Oleh itu, IJM mewujudkan Seremban 2 pada tahun 1995 dengan misi untuk menyediakan lebih banyak pilihan rumah serta peluang pelaburan. Ia merupakan suatu usaha untuk memindahkan sebahagian perkhidmatan pentadbiran, perniagaan dan pendidikan di Negeri Sembilan. Dengan populasi penduduk yang melebihi 62,000 orang, Seremban 2 kini mempunyai sebanyak 12,862 buah rumah yang didirikan di dalam kawasan perbandaran tersebut. Namun, perancangan pembangunan Seremban 2 tidak berhenti setakat itu.
Meliputi tanah seluas 3,800 ekar, Seremban 2 menawarkan pelbagai pilihan reka bentuk rumah bermula dari pangsapuri mampu milik sehinggalah banglo mewah. Sehingga kini, kawasan perbandaran bersepadu ini terdiri daripada 30 komuniti kediaman, 7 buah sekolah kebangsaan dan sebuah sekolah antarabangsa, 2 buah taman rekreasi (City Park seluas 15 ekar &Hill Park seluas 30 ekar), Komplek Sukan seluas 34 ekar, beberapa pusat beli-belah dan pusat perniagaan komersial. Jelas sekali, perbandaran ini bertujuan untuk memudahkan dan melengkapkan kehidupan penghuninya dengan adanya kemudahan riadah, makanan, pendidikan dan kesihatan.
“Di Seremban 2, kami sentiasa mementingkan kehidupan berkeluarga dan jalinan silaturahmi sesama tetangga ataupun komuniti secara keseluruhannya. Sepanjang tahun, kami konsisten menganjurkan pelbagai aktiviti dan acara untuk menarik orang awam menyertai kami di samping mencipta kenangan bersama. Ini kerana kami sedar bahawa tulang belakang perbandaran ini ialah penduduknya,” kata Pengurus Besar Kanan (Wilayah Tengah) IJM LAND, Dato’ Hoo Kim See.
Ads
Selepas hampir suku abad, Seremban 2 secara konsisten menambahbaikkan kepelbagaian rumah dan kemudahan. Kini, IJM Land memberikan satu lagi kejutan – rumah moden berkonsep mewah melalui pelancaran Rimbun Alam @ Seremban 2 Heights. Rimbun Alam merupakan gabungan menarik antara konsep keindahan semulajadi, kefungsian dan kemodenan. Merangkumi keluasan tanah lebih 17 ekar dan berpegangan bebas (freehold), Rimbun Alam merupakan pembangunan berketumpatan rendah dengan hanya 6 rumah setiap ekar dan hampir 2 ekar kawasan hijau.
Bangga dengan kelebihan ruang keseluruhan yang berluasan sehingga 2,255 kaki per segi di setiap unit,rumah teres dua tingkat ini terdiri daripada 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Selain itu, ia juga dibinasepenuhnya, jadi tiada pengubahsuaian diperlukan. Ini memastikan fasa pindah masuk penghuninya
adalah kos efisien dan mudah. Memberi suatu nafas baru kepada penghuninya, Rimbun Alam direka dengan ruang rumah yang selesa dan dalam persekitaran yang selamat, sesuai dengan permulaan hidup yang mendamaikan.
Ads
Bermula dari harga serendah RM527,624 seunit, Rimbun Alam menampilkan konsep easy living dengan kemasan premium. Struktur rumah yang membenarkan sumber pencahayaan semulajadi dengan persekitaran yang menyejukkan. Pemilik rumah dapat merasakan ketenangan dan privasi yang maksimum dengan adanya jalan belakang yang disediakan selebar 20 kaki. Bukan itu sahaja, semua rumah dilengkapi dengan kunci digital untuk memastikan keselamatan yang lebih terjamin. Ciri tambahan lain termasuklah tangga beralur, jubin porselin, tingkap besi dan skrin bilik mandi utama. Kesemua ciri ini dilengkapkan bagi memastikan keluarga dapat menikmati masa bersama tanpa sebarang gangguan luar.
“Kami telah lama bergiat dalam industri hartanah. Justeru, kami memahami tuntutan kehendak orang ramai yang menginginkan ruang privasi bersama keluarga. Ini merupakan inisiatif penyelesaian yang terbaik – untuk menghindari gangguan bunyi bising serta menikmati ketenangan hidup,” sambung Dato’ Hoo.
Ads
Berilhamkan Scandinavian, konsep rekaan dalaman Rimbun Alam adalah berasaskan gaya bersejarah Nordic dengan periincian kayu. Ia direka secara strategik – memadankan warna-warna vibrant yang terdapat di fabrik, jubin, perabot kayu dan dinding. Pada dasarnya, skema warna yang digunakan menonjolkan perincian halus reka bentuk ruangan. Dengan saiz perabot besar yang diletakkan di ruang tamu, membuktikan keluasan binaan segenap ruang.
Untuk ruangan rumah utama, penggunaan warna lembut dipadankan dengan nada biru dan hijau yang lebih terang dan berani, mewujudkan reka bentuk yang lebih versatil. Penggunaan tekstur yang berbeza di dalam ruang bilik tidur adalah untuk mencipta kontras visual keras dan lembut untuk menarik perhatian deria penglihatan dan sentuhan.
Di samping itu, setiap bilik tidur membawa identiti yang unik bersesuaian dengan kumpulan usia dan personaliti yang berlainan. Campuran skema warna menghasilkan suasana elegan dan bersemangat untuk kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa.
Bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang lebih sederhana namun tampak moden, Rimbun Alam adalah penyelesaiannya. Mempunyai 102 unit, pemilik ditawarkan dengan ciri-ciri kehidupan yang selesa untuk seisi keluarga. Strategik, lokasi Rimbun Alam terletak berhampiran dengan Plaza Tol Seremban dan Plaza Tol Ainsdale yang memudahkan akses ke Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan dengan pusat komersial dan bandar Seremban. Bukan itu sahaja, pemilik rumah juga boleh ke destinasi seperti KLCC, KLIA, Putrajaya dan Cyberjaya dengan jarak perjalanan hanya 30 hingga 45 minit dari Seremban 2.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://seremban2.ijmland.com/rimbunalam atau hubungi 1800 222 456
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Syarikat cat dan salutan terkemuka, AkzoNobel kini secara rasminya telah memperkenalkan cat semula jadi berasaskan bio dengan teknologi inovatif di bawah jenama Dulux Malaysia.
AkzoNobel melancarkan cat dengan teknologi inovatif terbaharu itu di bawah peneraju jenama Dulux – Dulux Better Living Air Clean Biobased merupakan cat kemasan kilap premium yang boleh membantu anda memiliki udara yang lebih bersih, sihatdan berkualiti.
Dengan teknologi berasaskan bio yang dihasilkan ini dipercayai mampu untuk menyingkirkan segala pencemaran udara dalaman kediaman anda.
Dirumus dengan bahan semula jadi, Dulux Better Living Air Clean Biobased mengandungi Arang Buluh Aktif semula jadi yang berfungsi untuk meneutralkan pencemaran seperti formaldehid, benzena dan Sebatian Organik Meruap (VOC) lain yang terhasil daripada permaidani, perabot dan bahan-bahan binaan.
Selain itu, ia juga mempunyai ciri fungsi antibakteria, antikulapuk dan antikulat untuk melindungi dinding anda di samping mengekalkan udara bersih di dalam rumah.
Secara ringkasnya, Dulux Better Living Air Clean Biobased ini mempunyai pelbagai ciri dan manfaat untuk pengguna.
Dulux Better Living Air Clean Biobased didatangkan dalam pilihan palet warna pastel yang lembut dan cantik untuk ruangan dalaman kediaman anda.
Dengan memberi tumpuan khusus pada bilik tidur, IKEA dengan bangganya telah mengumumkan kempen Make Home Count bersempena pelancaran katalog baharu bagi tahun 2020. Berdasarkan dapatan dari tinjauan global “Life at Home”. IKEA mengakui peranan penting sesebuah bilik tidur di kediaman. Bilik tidur berfungsi sebagai tempat pemulihan dan asas bagi tubuh dan minda yang sihat. IKEA ingin membantu rakyat Malaysia memperoleh ketenangan dan keselesaan di bilik tidur demi kehidupan harian yang lebih baik.
“Kita menghabiskan satu pertiga hidup kita di bilik tidur, berehat dan mengumpulkan tenaga agar kita dapat mengharungi kehidupan seharian kita dengan lebih baik. Namun, kita kini hidup dalam sebuah dunia yang tidak cukup tidur. Secara purata, dunia kini hanya tidur lebih kurang 6 jam sehari. Menerusi kempen ‘Make Home Count” kami, kami berharap dapat menginspirasikan rakyat Malaysia untuk memberikan keutamaan kepada tidur, dengan menggunakan penyelesaian bilik tidur yang bereka-bentuk menarik, mampu milik dan lestari, untuk manjadikan bilik tidur mereka sebagai tempat memperoleh ketenangan yang rehat,” jelas Gerard Jansen, Timbalan Pengarah Runcit, IKEA Asia Tenggara di majlis pelancaran tersebut.
Dapatan yang diperoleh daripada tinjauan Life at Home IKEA mendapati bahawa banyak orang berusaha untuk mendapatkan keseimbangan antara kerja dengan kehidupan seharian mereka. Akan tetapi, dalam usaha ini, mereka juga mengabaikan tidur. Tinjauan juga mendapati orang ramai lazimnya menyamakan tidur yang kurang dengan kejayaan; bahawa keadaan terlalu sibuk hingga sukar mendapatkan tidur yang sempurna merupakan harga yang perlu dibayar untuk mencapai kejayaan. Walau bagaimanapun, hakikatnya adalah tiada jalan pendek kepada kehidupan harian yang baik daripada mendapatkan tidur yang secukupnya bagi melaksanakan hidup yang berkesan.
Jansen menjelaskan, “Di IKEA, kami percaya bahawa tidur amat penting bagi mengekalkan fungsi fizikal dan mental orang ramai untuk berfungsi secara berkesan, memiliki emosi yang terbaik dan menikmati kehidupan. Bilik tidur yang selesa dan dirancang dengan rapi adalah penting untuk mencapai matlamat ini. Namun kami akur bahawa orang ramai adakalanya menghadapi kesukaran untuk memulakan transformasi bilik, sama ada disebabkan oleh kekangan masa ataupun bajet. Oleh itu, untuk membantu rakyat Malaysia mengambil langkah pertama bagi melakukan perubahan yang positif, tumpuan kami yang pertama bagi kempen sepanjang tahun ini menekankan usaha melaksanakan perubahan kecil di bilik tidur yang memberikan impak yang besar.”
Mulai bulan September hingga Disember 2019, IKEA akan menampilkan kepada orang ramai bagaimana perubahan di bilik tidur adalah mudah dengan menggunakan tekstil yang berbeza, dan pada masa yang sama tidak membebankan dari segi perbelanjaan. Ruang pameran yang telah diberi nafas baharu di gedung-gedung IKEA memberi para pelanggan inspirasi yang baharu dan pelbagai yang boleh diambil dan diterapkan di rumah sendiri. Yang baharu pada tahun ini ialah ‘resipi’ produk IKEA yang merupakan satu set produk yang mudah dan mampu dimiliki, justeru membolehkan orang ramai melaksanakan perubahan yang besar di bilik tidur dengan nilai di bawah RM320.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Baru-baru ini, orang ramai telah dikejutkan dengan khabar berita bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan telah hilang sejak lapan bulan yang lalu.
Hebahan khabar berita kehilangan bekas personaliti berkenaan bukan sahaja telah mengejutkan orang ramai malah jiran tetangga di kawasan kediamannya yang terletak di Seksyen 3, Shah Alam.
Hasil tinjauan media di kediaman Zalina atau nama sebenarnya, Zalina Shaharah Azman mendapati rumah bekas personaliti tersebut berada dalam keadaan berselerak dan tidak terurus seperti sudah ditinggalkan beberapa bulan.
Mari kita lihat foto keadaan kediaman Zalina yang sempat dirakam oleh IMPIANA menerusi paparan Buletin Utama, TV3, pada Selasa.
Manakala, keadaan pagar rumah di kediamannya pula seperti masih dalam pembinaan.
Dalam pada itu, media melaporkan barang kepunyaan mangsa seperti kad pengenalan, kad kredit, kunci kereta dan wang tunai sebanyak RM600 masih berada di kediamannya.
Lantas, paparan rakaman video yang memaparkan keadaan kediaman milik Zalina telah mencuri perhatian dan pelbagai reaksi wargamaya.
“Seramlah kes Zalina Azman ni, tengok rumah dia pun dah macam qualified untuk shooting found footage horror movie. How on Earth someone could vanish just like that,” tulis seorang wargamaya.
“Tgk keadaan rumah mnyeramkn seperti dia tkprnh tinggal disitu atau dtg jengok sesekali. Mngkin dia ada rumah lain..mngkin dia hilang ingatan kluar rumah tnpa bwk kereta dn dokumen diri..pelik juga,” tulis lagi netizen lain.
Sekadar informasi, kehilangan Zalina, 58 dilaporkan oleh anaknya, Mikhael Norman pada 29 November 2021 selepas gagal menghubunginya sejak 24 November 2021.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sumber: YouTube TV3 Malaysia, Astro Awani Online, BERNAMA
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.