Bayangkan pulang dari kerja dengan fikiran yang mendamaikan. Beristirahat bersama keluarga tercinta di rumah yang penuh selesa, kedua-duanya saling melengkapi. Selaku pemaju yang membangunkan kawasan perbandaran baru Seremban 2, IJM Land berpegang teguh dengan konsep ini. Ia merupakan kunci utama bagi mengekalkan hubungan silaturahim yang sedia ada dikalangan komuniti.
Menyingkap kembali pada tahun 70an, Seremban tidak pernah dibayangi sebagai destinasi pilihan untuk kediaman, apatah lagi sebagai peluang pelaburan. Semuanya bermula dengan sebidang tanah ladang getah yang dibeli oleh IJM Land. IJM Land melihat peluang untuk membina sebuah komuniti dari bawah. Oleh itu, IJM mewujudkan Seremban 2 pada tahun 1995 dengan misi untuk menyediakan lebih banyak pilihan rumah serta peluang pelaburan. Ia merupakan suatu usaha untuk memindahkan sebahagian perkhidmatan pentadbiran, perniagaan dan pendidikan di Negeri Sembilan. Dengan populasi penduduk yang melebihi 62,000 orang, Seremban 2 kini mempunyai sebanyak 12,862 buah rumah yang didirikan di dalam kawasan perbandaran tersebut. Namun, perancangan pembangunan Seremban 2 tidak berhenti setakat itu.
Meliputi tanah seluas 3,800 ekar, Seremban 2 menawarkan pelbagai pilihan reka bentuk rumah bermula dari pangsapuri mampu milik sehinggalah banglo mewah. Sehingga kini, kawasan perbandaran bersepadu ini terdiri daripada 30 komuniti kediaman, 7 buah sekolah kebangsaan dan sebuah sekolah antarabangsa, 2 buah taman rekreasi (City Park seluas 15 ekar &Hill Park seluas 30 ekar), Komplek Sukan seluas 34 ekar, beberapa pusat beli-belah dan pusat perniagaan komersial. Jelas sekali, perbandaran ini bertujuan untuk memudahkan dan melengkapkan kehidupan penghuninya dengan adanya kemudahan riadah, makanan, pendidikan dan kesihatan.
“Di Seremban 2, kami sentiasa mementingkan kehidupan berkeluarga dan jalinan silaturahmi sesama tetangga ataupun komuniti secara keseluruhannya. Sepanjang tahun, kami konsisten menganjurkan pelbagai aktiviti dan acara untuk menarik orang awam menyertai kami di samping mencipta kenangan bersama. Ini kerana kami sedar bahawa tulang belakang perbandaran ini ialah penduduknya,” kata Pengurus Besar Kanan (Wilayah Tengah) IJM LAND, Dato’ Hoo Kim See.
Selepas hampir suku abad, Seremban 2 secara konsisten menambahbaikkan kepelbagaian rumah dan kemudahan. Kini, IJM Land memberikan satu lagi kejutan – rumah moden berkonsep mewah melalui pelancaran Rimbun Alam @ Seremban 2 Heights. Rimbun Alam merupakan gabungan menarik antara konsep keindahan semulajadi, kefungsian dan kemodenan. Merangkumi keluasan tanah lebih 17 ekar dan berpegangan bebas (freehold), Rimbun Alam merupakan pembangunan berketumpatan rendah dengan hanya 6 rumah setiap ekar dan hampir 2 ekar kawasan hijau.
Bangga dengan kelebihan ruang keseluruhan yang berluasan sehingga 2,255 kaki per segi di setiap unit,rumah teres dua tingkat ini terdiri daripada 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Selain itu, ia juga dibinasepenuhnya, jadi tiada pengubahsuaian diperlukan. Ini memastikan fasa pindah masuk penghuninya
adalah kos efisien dan mudah. Memberi suatu nafas baru kepada penghuninya, Rimbun Alam direka dengan ruang rumah yang selesa dan dalam persekitaran yang selamat, sesuai dengan permulaan hidup yang mendamaikan.
Bermula dari harga serendah RM527,624 seunit, Rimbun Alam menampilkan konsep easy living dengan kemasan premium. Struktur rumah yang membenarkan sumber pencahayaan semulajadi dengan persekitaran yang menyejukkan. Pemilik rumah dapat merasakan ketenangan dan privasi yang maksimum dengan adanya jalan belakang yang disediakan selebar 20 kaki. Bukan itu sahaja, semua rumah dilengkapi dengan kunci digital untuk memastikan keselamatan yang lebih terjamin. Ciri tambahan lain termasuklah tangga beralur, jubin porselin, tingkap besi dan skrin bilik mandi utama. Kesemua ciri ini dilengkapkan bagi memastikan keluarga dapat menikmati masa bersama tanpa sebarang gangguan luar.
“Kami telah lama bergiat dalam industri hartanah. Justeru, kami memahami tuntutan kehendak orang ramai yang menginginkan ruang privasi bersama keluarga. Ini merupakan inisiatif penyelesaian yang terbaik – untuk menghindari gangguan bunyi bising serta menikmati ketenangan hidup,” sambung Dato’ Hoo.
Berilhamkan Scandinavian, konsep rekaan dalaman Rimbun Alam adalah berasaskan gaya bersejarah Nordic dengan periincian kayu. Ia direka secara strategik – memadankan warna-warna vibrant yang terdapat di fabrik, jubin, perabot kayu dan dinding. Pada dasarnya, skema warna yang digunakan menonjolkan perincian halus reka bentuk ruangan. Dengan saiz perabot besar yang diletakkan di ruang tamu, membuktikan keluasan binaan segenap ruang.
Untuk ruangan rumah utama, penggunaan warna lembut dipadankan dengan nada biru dan hijau yang lebih terang dan berani, mewujudkan reka bentuk yang lebih versatil. Penggunaan tekstur yang berbeza di dalam ruang bilik tidur adalah untuk mencipta kontras visual keras dan lembut untuk menarik perhatian deria penglihatan dan sentuhan.
Di samping itu, setiap bilik tidur membawa identiti yang unik bersesuaian dengan kumpulan usia dan personaliti yang berlainan. Campuran skema warna menghasilkan suasana elegan dan bersemangat untuk kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa.
Bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang lebih sederhana namun tampak moden, Rimbun Alam adalah penyelesaiannya. Mempunyai 102 unit, pemilik ditawarkan dengan ciri-ciri kehidupan yang selesa untuk seisi keluarga. Strategik, lokasi Rimbun Alam terletak berhampiran dengan Plaza Tol Seremban dan Plaza Tol Ainsdale yang memudahkan akses ke Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan dengan pusat komersial dan bandar Seremban. Bukan itu sahaja, pemilik rumah juga boleh ke destinasi seperti KLCC, KLIA, Putrajaya dan Cyberjaya dengan jarak perjalanan hanya 30 hingga 45 minit dari Seremban 2.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://seremban2.ijmland.com/rimbunalam atau hubungi 1800 222 456