Senibina

Kehilangan Tokoh Seni Bina, Arkitek Utama Masjid Negara Meninggal Dunia Pada Usia 95 Tahun

Share

Malaysia telah kehilangan seorang tokoh seni bina yang amat disegani, arkitek utama di sebalik pembinaan Masjid Negara, yang meninggal dunia pada usia 95 tahun.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia seni bina tempatan dan antarabangsa, terutamanya dalam konteks seni bina Islam yang penuh dengan nilai estetika dan simbolisme.

Masjid Negara

Berita duka mengenai pemergian Allahyarham telah dikongsikan oleh bekas Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia, Profesor Sarly Adre Sarkum, melalui laman media sosial, Facebook.

“Kita telah kehilangan seorang tokoh yang sangat disegani dalam komuniti seni bina, Datuk Baharuddin Abu Kassim. Beliau adalah seorang arkitek negara dan tokoh yang sumbangannya telah membentuk struktur alam bina kita,” kata beliau pada Selasa.

Menurut Sarly, visi dan dedikasi Datuk Baharuddin, yang diterjemahkan melalui reka bentuk Masjid Negara, akan terus memberi inspirasi kepada generasi arkitek dan rakyat Malaysia.

Masjid Negara

Beliau turut mendoakan agar Allah SWT menempatkan Allahyarham di syurga tertinggi dan memberi kesabaran serta kekuatan kepada keluarganya untuk menghadapi kehilangan ini.

Pembinaan Masjid Negara, yang bermula pada tahun 1963, dilaksanakan oleh tiga arkitek daripada Bahagian Rekabentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan. Masjid yang menjadi rumah ibadat utama bagi umat Islam ini dibina di atas tanah seluas 5.2 hektar dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

Mesti Baca:5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Baca Lagi Di Sini:Ubahsuai Rumah Flat 30 Tahun Dengan Sentuhan Kontemporari Dan Tropikal Ini menarik!
Artikel Menarik:Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu

Sumber : Sinar Harian 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE
untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Published by
Nana