Berita

KEINDAHAN DAN KEMEWAHAN MIDNIGHT FLOWER COLLECTION DARI AMOUAGE SERLAH PESONA RUANG KAMAR

Share

Amouage telah memperkenalkan ‘PEACE’, iaitu salah satu koleksi baru yang mempesonakan untuk koleksi Midnight Flower Collection dari rangkaian lilin dan semburan bilik. Dalam mencipta Koleksi Midnight Flower Collection pada tahun 2013, yang turut merangkumi ‘Hope’, ‘Love’, ‘Happy’, ‘Smile’, ‘Joy’ dan ‘Sassy’, Pengarah Kreatif Amouage, Christopher Chong, meraikan detik-detik penting menghargai kehidupan yang diterjemah dalam rekaannya.

Aroma yang tenang diilhamkan oleh ambien keharmonian  dan kedamaian pada hari musim luruh yang sempurna, dengan warna-warna menawan, bunyi menenangkan, dan bau yang mengasyikkan. Diorama pada saat yang damai, ia memancarkan esen Oakmoss, Cedarwood, dan Gaiac Wood. Ditambah dengan kehadiran Blackcurrant, Rhubarb, dan Labdanum menceritakan perkara-perkara sederhana dalam kehidupan yang memberikan elemen kegembiraan, dan asas Tuberose mendefinisikan jalan menuju kesejahteraan.

Lilin ‘Peace’ yang dipersembahkan dalam pemegang kaca hijau jed dengan swirls dan tulisan putih suci, dirumus khas dengan lilin mineral yang terbaik untuk meresap aroma yang paling kuat dan akan membakar selama 40 jam. Semburan bilik diadun untuk memberi keberkesanan maksimum dan meninggalkan mana-mana bilik dengan jejak kemewahan yang berlarutan selama berjam-jam.

Koleksi Midnight Flower Collection merangkumi lilin dan semburan bilik boleh didapati di kedai-kedai mandiri Amouage di Muscat, Dubai, Abu Dhabi, Al Ain, Manama, Jeddah, Kuwait City, Doha, Kuala Lumpur, London, Milan dan Rom.

Published by
Asmar Zakri