Berita

Kekal Komited Untuk Meningkatkan Kualiti Hidup Orang Ramai, Coway Malaysia Memperbaharui Identiti Jenama Bersempena Ulang Tahun Yang Ke-17

Share

Bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-17, Coway, syarikat Best Life Solution memperkenalkan identiti jenama yang diperbaharui semasa acara Brand Renewal yang diadakan di The Space, Menara Ken TTDI, pada Rabu.Inisiatif pembaharuan jenama ini selaras dengan ulang tahun ke-17 Coway dan menandakan komitmen berterusan Coway untuk meningkatkan kualiti hidup melalui produk inovatif dan perkhidmatan yang telus.

Semasa acara Brand Renewal, wakil-wakil dari Coway Malaysia berkongsi mengenai perjalanan dan evolusi jenama Coway sejak pertama kali ia memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2006. Coway telah mengembangkan penawaran produknya dari penulen air serta penulen udara kepada pengalaman peralatan rumah yang lebih holistik untuk orang ramai di Malaysia. Ini termasuk memperkenalkan rupa baharu Coway, perluasan perniagaan seperti Penyaman Udara Coway serta Kerusi Urut Coway terbaru. 

Oleh itu, Coway juga percaya bahawa untuk mengekalkan relevansi jenama dan sebagai pendorong utama untuk membawakan gaya hidup yang lebih sihat, Coway komited untuk menjadi innovator and caregiver yang mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik – setiap saat setiap hari. 

Duta jenama tempatan Coway Malaysia, Mira Filzah memeriahkan acara tersebut dengan kehadirannya di mana beliau berkongsi maksud “Change” dan bagaimana Coway telah mengubah hidupnya. Pelbagai produk Coway seperti penulen air CORE PLUS, Kerusi Urut Coway, Penyaman Udara Coway, penulen udara NOBLE dan banyak lagi telah dipamerkan semasa majlis tersebut.

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi berkata, “2023 merupakan tahun yang hebat untuk kami di Coway Malaysia. Di samping meraikan tahun ke-17 kami berkhidmat untuk rakyat Malaysia, kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada detik-detik perubahan dalam kehidupan isi rumah Malaysia dengan produk dan perkhidmatan kami. Dan kini, kami melancarkan identiti jenama kami yang diperbaharui yang mewakili komitmen serta dedikasi kami terhadap inovasi, kualiti, dan kepuasan pelanggan, serta visi kami untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.”

Komitmen yang digalas oleh Coway 17 tahun yang lalu untuk menambahbaik kehidupan rakyat Malaysia tidak goyah dan akan terus memenuhi janji ini untuk membawakan pengalaman peralatan rumah yang holistik kepada rakyat Malaysia sebagai syarikat Best Life Solution.

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

Baca artikel berikutnya: Sebanyak 30 Produk Tempatan Terima Penganugerahan MALAYSIA GOOD DESIGN AWARD 2022 (MGDA)

 

Published by
Nazar Rafiqhi